omniture

Poladrone, Syarikat Dron Tempatan Melancarkan "Oryctes" - Dron Pertanian Pintar Kelapa Sawit Pertama di Dunia

Poladrone
2020-08-25 15:32 561

CYBERJAYA, Malaysia, 25 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Oryctes, dron pertanian pintar bagi industri kelapa sawit yang pertama di dunia, telah dirasmikan dan dilancarkan hari ini, dalam majlis MyDroneX Exclusive yang diadakan di Futurise, Cyberjaya.

YB Dato' Saifuddin Abdullah (tengah), Menteri Komunikasi dan Multimedia, melancarkan dron Oryctes, diiringi (dari kiri ke kanan) Mahadhir Abd Aziz, CEO Futurise; Kapten Chester Voo Chee Soon; CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM); Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; YB Dato' Saifuddin Abdullah; Najib Ibrahim, CEO Cyberview; Cheong Jin Xi, CEO Poladrone; dan Surina Shukri, CEO MDEC.
YB Dato' Saifuddin Abdullah (tengah), Menteri Komunikasi dan Multimedia, melancarkan dron Oryctes, diiringi (dari kiri ke kanan) Mahadhir Abd Aziz, CEO Futurise; Kapten Chester Voo Chee Soon; CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM); Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; YB Dato' Saifuddin Abdullah; Najib Ibrahim, CEO Cyberview; Cheong Jin Xi, CEO Poladrone; dan Surina Shukri, CEO MDEC.

Dengan kapasiti tangki sebanyak 16L, Oryctes berupaya menjalankan operasi penyemburan tepat pada skala sentimeter di tengah-tengah pokok sawit. Dron ini, yang merupakan alat agroteknologi terkini yang dibangunkan menggunakan teknologi pesawat udara tanpa pemandu (UAV), telah direkabentuk dan dikembangkan sepanjang tempoh 12 bulan oleh pasukan jurutera dron di Malaysia.

Dinamakan bersempena nama saintifik kumbang badak (Oryctes rhinoceros), Oryctes telah direka khusus untuk membendung masalah serangga perosak ini yang telah sekian lama merosakkan anak pokok sawit muda. 

Oryctes berupaya menyembur racun serangga terus ke atas puncak pokok sawit untuk melindungi pucuk-pucuk muda daripada serangan kumbang badak, dan merupakan satu inovasi yang berpotensi untuk mengurangkan atau menghapuskan keperluan penyemburan manual.

Menurut Cheong Jin Xi, CEO Poladrone, inovasi di sebalik pembangunan Oryctes adalah dalam algorithm kecerdasan buatan (AI) yang memberikan dron keupayaan untuk mengenal pasti bahagian tengah sawit melalui suatu proses automatik.

Pertama, dron pemetaan akan meninjau kawasan ladang dan menangkap imej resolusi tinggi; kemudiannya, Airamap, satu perisian AI akan menganalisa data imej untuk mengenal pasti pokok, dan menyediakan perjalanan penerbangan; dan akhirnya, informasi ini dihantar kepada Oryctes untuk operasi penyemburan automatik.

"Dron di Malaysia biasa dipandang sebagai alat rekreasi, tetapi pengunaan komersial dron telah meningkat mendadak sejak kebelakangan ini. Dengan kemajuan dalam industri UAV, dron semakin senang untuk dikendali dengan lebih selamat. Semasa pembangunan Oryctes, kami merekanya untuk menjadi satu titik permulaan untuk petani tempatan kedalam dunia automasi pertanian," kata Jin Xi.

Oryctes telah dibangunkan dengan sokongan daripada Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) dan Kementerian Komunikasi dan Media melalui Global Technology Fund. Oryctes mampu menyembur 2-3 hektar setiap jam, dan dilengkapi dengan sistem penyemburan yang senang diubahsuai untuk tanaman berlainan jenis: penyemburan tepat untuk kelapa sawit dan penyemburan menyeluruh untuk tanaman landai seperti padi.

Majlis perasmian dan pelancaran Oryctes telah disempurnakan oleh YB Dato' Saifuddin Abdullah, Menteri Komunikasi dan Multimedia, dan turut dihadiri Datuk Isham Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan; Puan Surina Shukri, CEO MDEC; Tuan Mahadhir Abd Aziz, CEO Futurise; Captain Chester Voo Chee Soon; CEO Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM); and Tuan Najib Ibrahim, CEO Cyberview.

Pada 2017, industri kelapa sawit Malaysia telah menyumbang 3.8%, atau RM44.8 bilion, kepada KDNK negara, dan merupakan penyumbang terbesar bagi industri pertanian. Kejayaan dalam mengawal kumbang badak berpotensi untuk meningkatkan hasil tuaian industry kepala sawit, di mana adalah dianggar sebanyak 25% kerugian hasil tuaian adalah disebabkan oleh serangga perosak tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi Oryctes kit media.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200825/2898405-1?lang=0

 

Source: Poladrone
Keywords: Agriculture Computer Software Computer/Electronics New products/services Trade show news