omniture

Sampel Koronavirus HIDUP pertama berjaya diuji dengan robot pembasmian kuman LED UV-C OTSAW

OTSAW
2020-08-26 00:49 1355

SINGAPURA, 26 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- OTSAW telah membina mesin pemusnah Koronavirus manusia pertama di dunia yang berjaya diuji di makmal menggunakan LED UV-C yang dipatenkan dengan OTSAW, iaitu O-RX. Keberkesanan mesin ini telah diuji di makmal menggunakan sampel hidup Koronavirus manusia berkepekatan tinggi yang diterbangkan dari Amerika Syarikat dengan keputusan yang baru dikeluarkan.

 

OTSAW DIGITAL PTE LTD. Singapura. Robot pembasmian kuman UV-C LED OTSAW
OTSAW DIGITAL PTE LTD. Singapura. Robot pembasmian kuman UV-C LED OTSAW

Berdasarkan keputusan dan ujian yang dilakukan oleh A*STAR yang disiapkan pada 21 Ogos, sebanyak 99.9% keberkesanan untuk pembasmian kuman telah dicapai dalam masa 5 minit, dengan jarak kerja O-RX OTSAW sejauh 2.5m, melebihi spesifikasi pesaing dalam pembasmian kuman yang belum diuji di makmal.

Robot pembasmi kuman O-RX OTSAW ini dari segi konsep, reka bentuk, pembangunan dan pengeluaran dibuat oleh pasukan di Singapura. Bateri robot ini boleh bertahan selama lima jam, dan lampu LED menjadikannya mesra alam. Robot ini juga boleh membasmi kuman seluas 4000 kaki persegi (371.6 meter persegi) pada setiap jam.

Syarikat OTSAW yakin dapat menerajui teknologi pembasmian kuman. Pematuhan robot boleh berdasarkan ramalan.  Teknologi ini ialah satu keperluan apabila membeli robot perkhidmatan disinfeksi, bagi mendapatkan keputusan makmal yang sebenar. Beberapa penemuan telah memberi kepastian baharu dalam memberi impak di dunia untuk membantu melalui waktu yang sukar ini.

Ia merupakan satu keputusan yang praktikal dan mencabar bagi mendapatkan sampel virus hidup, kerana sampel diberi keutamaan untuk perkembangan vaksin. Dalam OTSAW terdapat etos syarikat bahawa ujian berasaskan sains ialah satu-satunya cara untuk memastikan kecekapan dan keberkesanan terhadap Koronavirus bagi robot Pembasmi Kuman O-RX OTSAW.

Ketua Pegawai Eksekutif/ Pengasas OTSAW Ling Ting Ming berkata, "Dunia telah melalui perubahan drastik dan bersedia secara sosial dan ekonomi untuk perubahan yang akan datang. OTSAW dan robot O-RX kini menjadi sebahagian daripada dunia baharu apabila kita memulakan semula dan memfokuskan untuk menyatukan umat manusia dan mengalahkan virus ini."

OTSAW ialah pelopor global dalam teknologi robotik canggih dan kecerdasan buatan generasi akan datang untuk aplikasi penjagaan kesihatan, penghantaran keselamatan dan mudah alih bagi meningkatkan keselamatan, proses perniagaan dan kehidupan seharian. Untuk maklumat tambahan, sila layari http://www.otsaw.com.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi Cecilia Yap di PR@otsaw.com, +65 9380 4067.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200825/2898420-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200825/2898420-1LOGO?lang=0

Source: OTSAW
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals New products/services