omniture

Yahsat Rangsang Keupayaan Generasi Thuraya Dengan Komitmen Melebihi AS$500 Juta

Thuraya Telecommunications Company
2020-08-27 20:00 906

- Airbus dipilih untuk bina 'Thuraya 4-NGS,' sistem telekomunikasi mudah alih jalur L generasi akan datang

- Sistem masa depan perluas liputan, tingkat kelajuan, ubah produk dan penyelesaian

- Pelaburan akan perkukuh kepimpinan Yahsat dan Thuraya dalam industri penyelesaian komersial dan kerajaan di seluruh wilayah EMEA dan APAC

ABU DHABI, UAE dan TOULOUSE, Perancis, 27 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Airbus telah dipilih oleh Al Yah Satellite Communications Company (Yahsat), pengendali satelit global terkemuka UAE, untuk membina Thuraya 4-NGS, sistem telekomunikasi mudah alih generasi akan datang yang akan mendorong kemajuan berterusan perniagaan jalur L Thuraya. Thuraya 4-NGS akan memberikan keupayaan dan fleksibiliti yang lebih tinggi sambil meningkatkan kapasiti dan liputan di seluruh Eropah, Afrika, Asia Tengah dan Timur Tengah, yang memungkinkan penyelesaian mobiliti generasi berikutnya untuk semua segmen pelanggan, termasuk pertahanan, pemerintahan dan perusahaan.

Thuraya 4-NGS (Next Generation System)
Thuraya 4-NGS (Next Generation System)

Ini merupakan tonggak utama dalam komitmen Yahsat untuk mengubah Thuraya dan melancarkan sistem generasi berikutnya, yang memerlukan baik pulih lengkap untuk platform ruang dan daratnya, yang membolehkan rangkaian perkhidmatan, produk dan penyelesaian baharu, di seluruh kawasan liputan yang lebih besar. Keupayaan baharu ini akan mendorong kepimpinan merentasi banyak barisan produk yang strategik, seperti maritim, IoT, dan penyelesaian data yang menawarkan spekturm keupayaan daya pemprosesan yang luas dan kelajuan tertinggi yang terdapat di pasaran, sambil memperkukuhkan kekuatan Thuraya di pasaran suara MSS.

Sistem generasi Thuraya seterusnya akan memberikan banyak peluang kepada pelanggan, rakan kongsi perkhidmatan, pengeluar perkakasan dan penyepadu, meningkatkan pengalaman pengguna di darat, laut dan udara bagi menyokong pelbagai segmen pelanggan, termasuk pemerintah, pengguna dan perusahaan.

Tambahan pula, portfolio penyelesaian canggih bagi menyokong pengguna pemerintahan dan pertahanan akan mempercepatkan kepimpinan Thuraya dalam pasaran ini, baik di UAE, di peringkat serantau mahupun global. Sementara itu, semua produk dan perkhidmatan sedia ada akan terus disokong oleh segmen ruang dan darat Thuraya, yang membolehkan kesinambungan perkhidmatan semasa dan selepas program transformasi.

Komitmen paling baharu daripada Yahsat ini menjadikan jumlah terkini pelaburan terikat setakat ini melebihi US$500 juta, dan lebih banyak lagi dijangkakan pada tahun-tahun akan datang, termasuk pilihan dengan Airbus bagi membina Thuraya 5-NGS (tambahan satelit serupa dengan Thuraya 4-NGS), menguatkan lagi liputan dan keupayaannya di seluruh wilayah Asia Pasifik.

Khaled Al Qubaisi, Pengerusi Lembaga Pengarah Yahsat dan Ketua Pegawai Eksekutif Aerospace, Renewables & ICT Mubadala, menyatakan, "Komitmen setengah billion dolar US itu, akan menegaskan kedudukan kami sebagai peneraju pasaran, perintis dan pengubah industri. Kami mencipta ekosistem satelit yang pelbagai guna dan fleksibel yang dapat disesuaikan dengan pertumbuhan dan diversifikasi masa depan dan Thuraya 4-NGS ialah tonggak utama dalam misi berterusan kami untuk menyediakan penyelesaian satelit yang maju tetapi mampu milik dengan tahap prestasi, kebolehpercayaan dan keselamatan di tahap peneraju dalam teknologi hari ini."

Ali Al Hashemi, Ketua Pegawai Eksekutif Thuraya dan Pengurus Besar Yahsat Government Solutions (YGS), meneruskan, "Thuraya 4-NGS mewakili evolusi penting keupayaan jalur L kami, yang membolehkan rangkaian penyelesaian FSS/MSS saling beroperasi yang lebih luas untuk pelanggan Thuraya dan YGS.  Hal ini akan menjadi sangat penting dalam memberikan penyelesaian pertahanan yang unggul, seperti komunikasi medan perang, untuk pengguna kerajaan kami, sambil menawarkan portfolio MSS yang lengkap kepada semua pelanggan dan rakan kongsi terkini dan akan datang untuk mendorong fasa inovasi dan perkembangan seterusnya.

Jean-Marc Nasr, Ketua Airbus Space Systems, berkata, "Hubungan yang dibina dengan Yahsat bermula sejak lebih 10 tahun dahulu, pemilihan kami ialah bukti inovasi dan kecemerlangan kejuruteraan satelit geopegun Airbus. Thuraya 4-NGS, selain elektrik, juga akan memanfaatkan teknologi muatan terproses terkini kami yang memberikan peningkatan fleksibiliti dan kemampuan penyesuaian sepanjang hayatnya di orbit. Projek baharu Yahsat memperkukuhkan kedudukan Airbus Defence and Space sebagai nombor satu dunia dalam satelit pendorongan elektrik."

Berdasarkan Platform Airbus Eurostar Neo elektrik sepenuhnya yang canggih, Thuraya 4-NGS akan menggabungkan antena 12-meter jalur L yang besar bersama muatan dengan pemprosesan kemasukan yang memberikan fleksibiliti penghalaan yang maju sehingga 3200 saluran dengan peruntukan kuasa dinamik untuk sebahagian besar alur sorot. Perkara ini dijadualkan beroperasi pada tahun 2024.

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1225048/thuraya_telecommunications_company.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1225075/Thuraya_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1225047/Yahsat_Logo.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1225046/Airbus_Logo.jpg?p=medium600

 

 

 

Source: Thuraya Telecommunications Company
Related Links:
Keywords: Aerospace/Defense Computer Hardware Computer/Electronics Internet Technology Maritime/Shipbuilding Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment Transportation Accounting news, issues Contracts New products/services