omniture

Crown Equipment Perkenal Tempat Letak Tangan Industri Termaju Ergonomik Baharu

D4 Armrest Crown peroleh anugerah reka bentuk antarabangsa
Crown Equipment Corporation
2020-08-28 00:17 961

SINGAPURA, 28 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Crown Equipment Corporation, sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia, memperkenalkan D4 Armrest sebagai pilihan untuk forklift timbal balas duduk Siri Crown C-5, Siri Crown FC dan Siri Crown SC. Ia direka bentuk secara ergonomik untuk membantu meningkatkan pengalaman dan keselesaan pengendali, yang akhirnya membantu meningkatkan produktiviti dalam seluruh operasi. Baru-baru ini, tempat letak tangan ini meraih GOOD DESIGNÒ Award, mengukuhkan lagi pengiktirafan antarabangsa Crown untuk kecemerlangan dalam reka bentuk industri.

D4 Armrest direka secara ergonomik untuk membantu meningkatkan pengalaman dan keselesaan pengendali, yang akhirnya membantu meningkatkan produktiviti dalam seluruh operasi.
D4 Armrest direka secara ergonomik untuk membantu meningkatkan pengalaman dan keselesaan pengendali, yang akhirnya membantu meningkatkan produktiviti dalam seluruh operasi.

 

"Pereka dan jurutera Crown menjalankan kajian lapangan yang meluas bagi memastikan reka bentuk tempat letak tangan baharu kami menggabungkan dengan betul konteks kerja pengendali, keperluan fisiologi dan keperluan kognitif. Hasilnya ialah salah satu tempat letak tangan termaju yang paling ergonomik dalam industri yang direka bentuk untuk keselesaan dan operasi yang optimum," kata David Sultana, Pengarah Pemasaran – Asia Pasifik, Crown Equipment. "Tempat letak tangan ini penting untuk menyediakan pengendali dengan persekitaran kerja yang selesa dan produktif yang tidak membuat mereka rasa sakit pada akhir syif. Hal ini penting memandangkan pengurus gudang bergelut untuk menarik dan mengekalkan pekerja mahir dalam pasaran buruh yang terhad."

D4 Armrest yang boleh disesuaikan sepenuhnya mempunyai kawasan permukaan yang besar dengan pad lut udara yang menyerap kelembapan daripada lengan pengendali dan boleh diganti apabila berlakunya haus dan koyak. Ia mempunyai butang hon bersepadu, pemegang pencengkam terbina dalam dan pelarasan atas/bawah dan hadapan/belakang yang membolehkan pengendali untuk mengendalikan forklift dengan mudah dan selesa dengan cara yang lebih produktif. Bagi Siri Crown FC dan Siri Crown SC, pelanggan boleh memilih salah satu daripada empat pilihan susun atur kawalan hidraulik bionik bersepadu:

  • Pilihan hujung jari untuk pengendali yang memerlukan pergerakan tangan pantas dan minimum untuk mengendalikannya dan penggabungan fungsi hidraulik yang mudah. Ia mempunyai kawalan arah yang diaktifkan oleh ibu jari, sokongan pergelangan tangan dan kawalan sentuhan-lembut dengan jarak optimum.
  • Pilihan dwi-tuas untuk pengendali yang memakai sarung tangan berat dalam penyejuk beku dan persekitaran simpanan sejuk. Ia mempunyai kawalan arah yang diaktifkan oleh jari dan dua tuas kawalan berbilang paksi.
  • Pilihan mini-tuas untuk pengendali yang memerlukan kawalan yang tepat dan menggunakan pelbagai kaedah kawalan (jari, cengkaman-picit dan sebagainya). Kawalan jarak boleh ubah dapat dilaraskan-lapangan untuk memberi keserbabolehan jarak agar sepadan dengan pilihan pengendali.
  • Pilihan kombinasi untuk pengendali yang lebih suka pilihan dwi-tuas untuk fungsi-fungsi yang paling banyak digunakan namun turut memerlukan kawalan hidraulik lebih baik untuk penyambungan.

Pengenalan D4 Armrest diiringi oleh pengatur Work Assist® baharu yang boleh dibeli sebagai salah satu daripada tiga kit untuk trak timbal balas duduk elektrik. Pengatur satu-poket, tiga-poket dan papan keratan bermagnet ini boleh ditambah untuk kelebihan ergonomik tambahan di samping mengoptimumkan kecekapan pengendali dan kefleksibelan aplikasi.

Latar Belakang Crown Equipment Corporation 

Crown ialah salah sebuah syarikat pengendalian bahan yang terbesar di dunia dengan reputasi untuk reka bentuk produk yang memenangi anugerah, kejuruteraan dan teknologi termaju serta perkhidmatan selepas jualan yang unggul. Falsafah perniagaan Crown memanfaatkan proses yang bersepadu secara vertikal untuk mereka bentuk, mengeluarkan dan mengedarkan penyelesaian berpandangan jauh dan inovatif yang dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan pengendalian pelanggan. Crown mengeluarkan pelbagai jenis forklift serta teknologi pengautomatan dan pengurusan pengangkutan.

Ibu pejabat global syarikat ini terletak di New Bremen, Ohio, AS, dengan ibu pejabat serantaunya terletak di Australia, China, Jerman dan Singapura. Bilangan kakitangannya melebihi 16,100 orang di seluruh dunia. Crown mengendalikan jaringan perkhidmatan dan pengedaran yang melebihi 500 lokasi jualan di lebih 80 negara. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai idea-idea Crown bagi membantu pelanggan memajukan produktiviti operasi mereka, kunjungi crown.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200824/2895375-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181002/2253114-1logo?lang=0

Source: Crown Equipment Corporation
Keywords: Machinery Mining/Metals Transportation Awards New products/services