omniture

JA Solar Bekalkan Modul untuk Projek Hibrid Solar-Angin Terbesar di Korea Selatan

JA Solar Technology Co., Ltd.
2020-08-28 00:35 1042

BEIJING, 28 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- JA Solar mengumumkan bahawa ia membekalkan modul untuk projek loji janakuasa fotovolta kawasan pergunungan yang terbesar di Korea Selatan, yang dipasang dengan kapasiti 93MW dan dibina di atas tanah ladang angin 40MW sedia ada. Dengan penggabungan loji janakuasa fotovolta tersebut, projek hibrid angin-solar telah menjadi yang terbesar seumpamanya di Korea Selatan dengan jumlah kapasiti terpasang mencecah 133MW.

Seluruh projek hibrid angin-solar dijangka menjana kuasa elektrik sebanyak 120 juta kWj setiap tahun, yang akan memenuhi keperluan kira-kira 30,000 isi rumah dan menjadikan pendapatan tahunan mencecah kira-kira 30 bilion won (kira-kira 25 juta dolar AS). Loji janakuasa fotovolta 93MW tersebut dijangka dapat mengurangkan emisi gas rumah hijau kira-kira sebanyak 56,000 tan setiap tahun, bersamaan dengan 310,000 batang pokok pain yang ditanam.

Projek ini menggunakan tanah kosong di ladang angin bagi pemasangan loji janakuasa fotovolta demi memenuhi permintaan pasaran Korea Selatan yang semakin meningkat terhadap tenaga bersih dan dalam masa yang sama meningkatkan penggunaan tanah dengan berkesan. Menerusi aplikasi baharu penjanaan tenaga angin dan solar ini, keandalan bekalan kuasa ditingkatkan dan kos dikurangkan.

Projek yang terkini ini merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan JA Solar untuk meneroka dengan aktif aplikasi inovatif tenaga boleh diperbaharui sekaligus memberi tumpuan pada pembangunan teknologi fotovolta. Ia telah membekalkan modul untuk projek yang menggabungkan produk PV dengan teknologi canggih, termasuk penghantaran 490MW Huanghe Hydropower untuk projek penghantaran voltan ultra tinggi (UHV) miliknya di Wilayah Qinghai, projek solar-berserta-penyimpanan 32MW di Hokkaido dan projek dwimuka-berserta-penjejak yang pertama di Malaysia. Melalui aplikasi produk fotovolta canggih yang inovatif ini, syarikat ini tekal memacu penggunaan cekap dan pembangunan tenaga solar.

Sejak penembusan JA Solar ke dalam pasaran PV solar Korea Selatan pada tahun 2011, ia telah membina reputasi yang cemerlang dan kumpulan pelanggan yang setia dalam pasaran PV yang berkembang pantas menerusi produk serta perkhidmatan berkualiti tingginya. Produk berkecekapan tinggi JA Solar telah memperoleh perakuan produk daripada Korean Industrial Standards (KS) dan telah diiktiraf oleh media industri tempatan dan pelanggan. Pada tahun 2018, JA Solar secara rasminya menubuhkan cawangan Korea Selatan bagi memberi sokongan dan perkhidmatan yang lebih tepat pada masanya dan cekap untuk pelanggan tempatan. Pada tahun 2019, cawangan ini memenangi "Anugerah Prestasi Pasaran Terbaik" daripada Industri Solar/ESS Korea Selatan.

 

 

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities