omniture

CNPC adakan acara hari terbuka untuk projek saluran paip minyak dan gas Myanmar-China

China National Petroleum Corporation
2020-08-28 03:33 1290

BEIJING, 28 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Hari terbuka bagi projek saluran paip minyak dan gas Myanmar-China telah diadakan oleh Syarikat Petroleum Nasional China (CNPC) pada 25 Ogos. Acara ini merupakan bahagian pertama daripada acara siri hari terbuka syarikat itu.

 

Dengan bertemakan "One Belt, One Future" (Satu Jalur, Satu Masa Depan) acara dalam talian ini menyerlahkan teknologi maklumat dan mempamerkan pemandangan indah Myanmar dan tapak pembinaan projek saluran paip.

Kisah anti-pandemik tentang bagaimana CNPC bekerjasama dan menyokong pembangunan tempatan juga diceritakan semasa acara ini.

Projek CNPC yang paling banyak dilaburkan di Myanmar merangkumi pembinaan saluran paip minyak mentah dan gas asli Myanmar-China serta sokongan pelabuhan minyak mentah Pulau Made.

Menjelang bulan Jun, 33.12 juta tan minyak mentah dan 33 bilion meter padu gas asli telah dihantar melalui saluran paip.

Bekas terminal minyak terdahulu di pulau itu kini telah berkembang menjadi pelabuhan minyak mentah moden berskala besar 300,000 tan dan projek saluran paip ini telah menjadi ikon kerjasama perdagangan dan ekonomi antara China dan Myanmar.

Sebagai syarikat tenaga antarabangsa yang komprehensif, CNPC telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan syarikat dalam perusahaan huluan dan hiliran bersepadu untuk menyumbang kepada pembangunan industri tenaga tempatan.

Syarikat ini, pada masa ini memberikan sokongan teknikal canggih, sering dikenali dengan perkhidmatan yang boleh dipercayai, oleh lebih daripada 60 buah negara serta bekalan minyak dan peralatan untuk 78 buah negara dan wilayah.

Projek syarikat ini telah menghasilkan lebih daripada AS$60 bilion cukai untuk kerajaan negara-negara yang mengambil bahagian dalam Inisiatif Jalur dan Jalan dan mewujudkan hampir 100,000 pekerjaan yang stabil.

CNPC sering memenuhi peranan dalam kesejahteraan masyarakat yang telah menguntungkan lebih daripada 3 juta orang, hasil daripada situasi saling menguntungkan yang terjalin antara CNPC dan pelbagai negara, rakan kongsi dan masyarakat setempat.

Menurut Xu Wenrong, naib presiden CNPC, acara hari terbuka ini ialah usaha inovatif untuk mempromosikan syarikat kepada masyarakat di negara-negara berbeza.

Xu menyatakan kesediaan beliau untuk bekerjasama dengan kerajaan, rakan kongsi dan mereka dari semua lapisan masyarakat dan mempererat kerjasama dalam lebih banyak bidang dan pada tahap yang tinggi dalam pembangunan komuniti minyak dan gas dengan kepentingan bersama dan mewujudkan masa depan yang cerah.

Lebih banyak aktiviti hari terbuka untuk projek CNPC di Timur Tengah, Afrika, Amerika Syarikat, Asia Tengah dan Rusia sedang dalam perancangan, yang akan membantu peserta dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai CNPC melalui media sosial di dalam dan luar negara.

Video - https://cdn5.prnasia.com/202008/cnpc/video.mp4

 

 

Source: China National Petroleum Corporation
Keywords: Oil/Energy Utilities Broadcast feed announcements