omniture

Sunway Hotels & Resorts tandatangani perjanjian 3-tahun dengan Amadeus tingkatkan kecekapan dan kesetiaan pelanggan

Kumpulan hotel Asia terkemuka akan menggunakan penyelesaian Amadeus yang fleksibel dan berpatutan untuk membawa pengalaman tetamu diperibadikan.
Amadeus and Sunway Hotels & Resorts
2020-08-31 10:00 626

KUALA LUMPUR, Malaysia, 31 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Amadeus, penyedia penyelesaian teknologi hospitaliti yang terkemuka dalam industri, mengumumkan satu perjanjian baharu bersama Sunway Hotels & Resorts, salah sebuah kumpulan hotel antarabangsa yang paling terkenal di Asia, bagi menyampaikan penyelesaian teknologi komprehensif bagi membolehkan mereka menyelaraskan tempahan dan program kesetiaan dalam seluruh 11 hartanah bebas Sunway di Malaysia, Kemboja dan Vietnam, selain pembangunan masa depan yang melibatkan sebuah hotel baharu di negeri bahagian selatan Malaysia, Johor, yang dijadualkan untuk dilancarkan pada tahun 2021.

Sunway Putra Hotel is situated within easy reach to the heart of Malaysia’s capital city, Kuala Lumpur
Sunway Putra Hotel is situated within easy reach to the heart of Malaysia’s capital city, Kuala Lumpur

 

The Banjaran Hotsprings Retreat is encircled by natural caves, geothermal hot springs and pristine jungle
The Banjaran Hotsprings Retreat is encircled by natural caves, geothermal hot springs and pristine jungle

 

A complete host of leisure facilities await in Sunway City Kuala Lumpur
A complete host of leisure facilities await in Sunway City Kuala Lumpur

Sebagai sebahagian daripada perjanjian selama 3 tahun, kumpulan hotel berkenaan akan melaksanakan Sistem Tempahan Pusat, Penyelesaian Pengurusan Tetamu dan penyelesaian pengurusan laman sesawang iHotelier® Amadeus dalam pelbagai fasa. Secara kolektif, produk ini akan menggabungkan dan mengatur data tetamu dan operasi yang penting serta menyediakan pandangan yang boleh diambil tindakan. Ini merupakan langkah yang tepat pada masanya, memandangkan pendekatan didorong data terhadap pemerolehan dan pengekalan tetamu adalah lebih penting berbanding sebelum ini – menurut kajian Amadeus baru-baru ini. 76% peneraju industri hospitaliti kanan di seluruh dunia merancang untuk menyasarkan audiens baharu untuk menebus pendapatan yang terjejas daripada campuran perniagaan biasa mereka, dengan 75% berkongsi bahawa data berpandangan ke hadapan akan menjadi sangat penting untuk melaksanakan rancangan pemulihan mereka dalam konteks COVID-19.

"Sebagai hotel bebas, ia boleh menjadi suatu cabaran untuk bersaing dengan hartanah berjenama lebih besar yang mempunyai akses kepada lebih banyak sumber, termasuk tawaran teknologi yang seragam. Dengan melaksanakan penyelesaian Amadeus dalam perniagaan kami, kami dapat melaksanakan teknologi yang paling relevan untuk proses kami. Ini dapat menurunkan kos operasi keseluruhan kami di samping mendapat akses kepada keupayaan yang kami perlukan untuk membawa pelbagai jenis tawaran kepada tetamu kami," kata Dato' Tan Kia Loke, Pengarah Urusan Kanan Sunway Group untuk Pejabat Pengerusi.

Penyelesaian hospitaliti Amadeus membolehkan kumpulan ini menawarkan perkhidmatan yang amat diperibadikan kepada tetamunya. Dato' KL Tan menyambung: "Sebagai sebuah kumpulan hotel dengan lebih 3,300 bilik tamu dan vila dalam seluruh portfolio yang pelbagai, yang bermula daripada percutian kesihatan yang mewah dengan vila peribadi sehinggalah hartanah 3-bintang dengan kemudahan mesyuarat konvensyen, keperluan dan permintaan daripada tetamu kami sangat berbeza dalam seluruh hartanahnya. Dengan menggabungkan semua data tetamu dan menyediakan pandangan berharga terhadap profil tetamu individu, penyelesaian ini membolehkan kami untuk mencipta pengalaman yang diperibadikan dan tidak dapat dilupakan, yang akan membantu ke arah meningkatkan kekerapan tetamu untuk kembali semula."

Melalui Sistem Tempahan Pusat Amadeus, Sunway Hotels & Resorts akan dapat mengatur portfolio, kadar dan inventorinya pada platform terpusat, menyediakan keupayaan teras yang diperlukan untuk mengurus pengedaran dan perdagangan hotel. Reka bentuknya yang boleh diskala membolehkan hotel individu menyesuaikan platform mengikut keperluan individu mereka. Di samping itu, pendekatan yang mengutamakan API membantu mengurangkan kesukaran migrasi yang mahal, menjadikannya lebih mudah untuk pelbagai hartanah dalam seluruh kumpulan tersebut untuk memperkenalkan teknologi baharu ini.

Sementara itu, Penyelesaian Pengurusan Tetamu Amadeus akan menyediakan Sunway Hotels & Resorts dengan gambaran keseluruhan 360-darjah terhadap profil tetamu mereka melalui pandangan pangkalan data tetamu yang diperkemas dan disatukan. Pandangan ini membolehkan hotel-hotelnya untuk memperibadikan setiap titik sentuh daripada perjalanan tetamu dan membuka lebih banyak peluang. Sebagai contoh, sebuah hotel boleh menyasarkan tetamu dengan komunikasi yang berkesan dan disesuaikan bagi menyampaikan tawaran atau penaiktarafan yang diperibadikan. Mereka juga boleh mencadangkan jadual perjalanan tempatan untuk membantu memberi pengalaman yang unik. Akhirnya, tahap pemperibadian yang dipertingkatkan ini dapat membantu strategi-strategi jualan silang dan kesetiaan.

"Kami berbangga dapat bekerjasama dengan salah sebuah kumpulan hospitaliti yang terkemuka di Asia dan berharap dapat menjadi sebahagian daripada rancangan pertumbuhannya di seluruh rantau ini," kata Maria Taylor, Ketua Bahagian Komersial, Asia Pasifik, Hospitaliti, Amadeus. "Penyelesaian yang tangkas menjadi jauh lebih penting untuk membantu hotel APAC bertahan dan berkembang maju. Sebagai penyedia teknologi pelancongan yang terkemuka dengan jejak yang luas di rantau ini, kami berkedudukan baik untuk menyokong peluasan ini. Kami menyediakan penyelesaian yang tangkas dan terkemuka dalam industri yang membolehkan syarikat-syarikat hospitaliti untuk membuat keputusan didorong data yang membantu menggalakkan permintaan yang menguntungkan, meningkatkan kecekapan operasi dan meningkatkan kesetiaan."

Latar Belakang Amadeus

Pelancongan memperkasa kemajuan. Amadeus memperkasa pelancongan. Penyelesaian Amadeus menghubungkan pengembara kepada perjalanan yang mereka inginkan melalui ejen pelancongan, enjin gelintar, pengusaha pelancongan, syarikat penerbangan, lapangan terbang, hotel, kereta dan kereta api.

Kami telah membangunkan teknologi kami melalui perkongsian dengan industri pelancongan selama lebih 30 tahun. Kami menggabungkan pemahaman yang mendalam dari segi bagaimana orang ramai menjelajah dengan keupayaan untuk mereka bentuk dan menyampaikan sistem yang paling kompleks, dipercayai dan kritikal yang diperlukan oleh pelanggan kami. Kami membantu menghubungkan lebih 1.6 bilion orang setahun kepada penyedia pelancongan tempatan dalam lebih 190 negara.

Kami merupakan sebuah syarikat, dengan 19,000 pekerja dalam 70 pejabat. Kami mempunyai penetapan minda global dan kehadiran global di mana sahaja pelanggan kami memerlukan kami.

Tujuan kami adalah untuk membentuk masa depan pelancongan. Kami bersemangat dalam usaha kami terhadap teknologi lebih baik yang menjadikan perjalanan lebih baik.

Amadeus ialah sebuah syarikat IBEX 35, tersenarai di Bursa Saham Sepanyol di bawah AMS.MC. Syarikat ini juga merupakan sebahagian daripada EuroStoxx50 dan telah diiktiraf oleh Dow Jones Sustainability Index sejak lapan tahun yang lalu.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Amadeus, kunjungi www.amadeus.com atau www.amadeus-hospitality.com.

Latar Belakang Sunway Hotels & Resorts

Sunway Hotels & Resorts mengendalikan 11 hotel dan pusat peranginan di Malaysia, Kemboja dan Vietnam, membawakan koleksi sebanyak lebih 3,300 bilik tamu, suit dan vila.

Portfolio aset dan perkhidmatan hospitaliti yang pelbagai daripada bahagian ini merangkumi pemilikan dan pengurusan kluster hotel dengan kemudahan konvensyen, mesyuarat dan pameran berskala besar dalam sebuah bandar bersepadu, sehinggalah destinasi vila peribadi, percutian kesihatan dan portfolio hotel 5, 4 dan 3-bintang dalam pembangunan guna campur.

Pada tahun 2021, sebuah hotel serba baharu di Sunway Iskandar Puteri, Johor dijangka dibuka. Hotel dengan 288-bilik akan dihubungkan ke Sunway Big Box Village, enklaf runcit yang pertama seumpamanya dan taman ekstrem. Tambahan lagi, Sunway Big Box Village hanya dalam jarak pemanduan selama lima (5) minit dari jambatan penghubung sempadan Malaysia-Singapura.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sunway Hotels & Resorts, kunjungi www.sunwayhotels.com 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200827/2901202-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200827/2901202-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200827/2901202-1-c?lang=0

Source: Amadeus and Sunway Hotels & Resorts
Keywords: Computer/Electronics Hotels and Resorts Travel Contracts New products/services