omniture

Xinhua Silk Road: Firma tenusu Cina, Yili menyaksikan lonjakan pendapatan, keuntungan dalam Suku ke-2

Xinhua Silk Road
2020-08-31 10:49 654

BEIJING, 31 Ogos 2020 /PRNewswire/ -- Inner Mongolia Yili Industrial Group Co., Ltd., satu daripada gergasi tenusu Cina, menjana pendapatan sebanyak 26.88 bilion yuan dalam suku kedua tahun ini, meningkat sebanyak 22.49 peratus tahun ke tahun, syarikat mengumumkan pada hari Khamis.

Produk Yili
Produk Yili

Yili juga melaporkan pertumbuhan sebanyak 79.28 peratus tahun-ke-tahun dalam keuntungan bersih selepas menolak keuntungan dan kerugian tidak berulang dalam Suku ke-2, yang mencecah 2.397 bilion yuan.

Didorong oleh prestasi yang kukuh dalam Suku ke-2, prestasi Yili dalam separuh pertama tahun ini menunjukkan pertumbuhan yang lebih kukuh dari yang dijangkakan dan indikator utamanya, seperti pendapatan, keuntungan bersih dan jumlah perolehan aset, masih berada dalam kalangan yang tertinggi dalam industri tenusu Asia.

Dari Januari ke Jun, syarikat menyaksikan pendapatannya mencecah 47.528 bilion yuan, dengan keuntungan bersih selepas menolak keuntungan dan kerugian tidak berulang sebanyak 3.766 bilion yuan.

Pandemik coronavirus secara tiba-tiba bukan hanya satu krisis tetapi juga ujian kepada semua syarikat, kata Pan Gang, pengerusi dan presiden Yili, sambil menambah bahawa Yili menempuhi ujian tersebut dan menunjukkan momentum pertumbuhan yang kuat di tengah-tengah usaha berterusannya untuk mengukuhkan daya saing utama dan keupayaan anti risiko syarikat.

Dengan penekanan terhadap kualiti dan inovasi untuk mencipta produk yang sihat, Yili telah lama komited dalam mempromosi pengurusan kualiti dan mengumpulkan semua kuasa pengeluaran untuk menjaga keselamatan pengguna.

Di pasaran Asia Tenggara, syarikat hanya mengambil masa lebih setahun untuk membantu anak syarikatnya Chomthana memenangi "Anugerah Kualiti FDA 2020" yang dikeluarkan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan Thailand (FDA) selepas Yili memperoleh Chomthana dengan rasmi pada tahun lalu.

Selain itu, Yili juga sedang mempercepatkan pembangunan model peruncitan baharu dengan matlamat untuk terus memanfaatkan kelebihan salurannya untuk memberikan pengguna pengalaman dan perkhidmatan membeli belah yang lebih mudah dan cepat. Data menunjukkan bahawa dalam separuh pertama tahun 2020, pendapatan Yili daripada perniagaan e-dagang meningkat sebanyak 49 peratus tahun ke tahun.

Di masa hadapan, Yili akan mematuhi kepercayaan korporat bahawa "Yili mewakili kualiti", meneroka perniagaan baharu dengan aktif, menubuhkan model baharu, dan memimpin pembangunan industri tenusu dengan konsep perniagaan yang berkualiti tinggi, sihat dan lestari dalam usaha untuk merealisasikan versinya untuk menjadi pembekal makanan sihat paling dipercayai dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/315783.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200828/2902352-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Beverages Non-Alcoholic Beverages Publishing/Information Service