omniture

GenScript Biotech Corporation tandatangan perjanjian eksklusif dengan firma bioteknologi PH untk edar ujian imuniti lebih cepat, tepat dan berpatutan untuk COVID-19

Genscript
2020-09-02 09:26 477

SINGAPURA, 2 September 2020 /PRNewswire/ -- GenScript Biotech Corporation ("GenScript", Kod: 1548.HK) memasuki perkongsian eksklusif dengan syarikat bioteknologi Filipina, IP Biotech.). Ini akan membolehkan firma ini mengedarkan kit ujian perintis yang direka untuk mengukur tahap peneutralan antibodi dalam pesakit COVID-19 yang pulih. Kit Pengesanan Antibodi Neutralisasi SARS CoV-2 cPass™ yang baru dibangunkan ialah komponen penting dalam proses ujian nasional untuk mengukur antibodi peneutralan dalam populasi. Ini dapat membantu para saintis untuk menyelidik jika mereka yang sebelum ini telah dijangkiti mempunyai imuniti terhadap jangkitan semula. Kit Pengesanan Antibodi Neutralisasi SARS CoV-2 cPass™ (Kit sVNT cPass™) kini telah dibenarkan untuk penggunaan kecemasan di Singapura. Ujian ini kini sedang dikaji untuk kebenaran penggunaan kecemasan di Amerika Syarikat dan Kanada.

Kit sVNT cPass™ adalah tepat dan berpatutan dan akan menjadi komponen penting dalam pengurusan komprehensif pandemik COVID-19. Ia merupakan kit ujian "cepat" pertama yang dapat mengesan antibodi peneutralan (NAbs). NAbs merujuk kepada jenis antibodi khusus yang telah terbukti mengganggu jangkitan semula virus dan mungkin menjadi petunjuk potensi imuniti yang baik menentang COVID-19. NAbs terbukti boleh menjadi petunjuk imuniti dalam jangkitan virus lain.

Keputusan daripada kit sVNT cPass™ boleh ditentukan dalam masa kurang dari sejam di kebanyakan tetapan klinikal dan makmal. Sebab kaedah pengujian yang digunakan oleh kit sVNT cPass™ tidak perlu menggunakan sel virus hidup untuk menguji antibodi peneutralan, tidak seperti kaedah tradisional yang biasa digunakan; kit ini tidak memerlukan penggunaan langkah pembendungan keselamatan biologi khusus – yang mempermudah dan memendekkan proses ujian secara drastik sambil mengurangkan kos yang berkaitan.

Dibangunkan bersama oleh Fakulti Perubatan Duke-NUS Singapura, Agensi untuk Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Singapura, dan GenScript Biotech Corporation, kit ujian sVNT cPass™ mendapat kelulusan FDA di Filipina pada 11 Ogos. 

Perkongsian strategik antara IP Biotech dan Tembusu Healthcare, syarikat diagnostik dan penjagaan kesihatan Singapura yang terkemuka, membolehkan IP Biotech menjadi pengedar tunggal kit ujian sVNT cPass™ di negara ini.

"Filipina kini mempunyai kes COVID-19 disahkan yang terbanyak di Asia Tenggara. Kami berhasrat menjadikan Kit Pengesanan Antibodi Peneutralan SARS CoV-2 cPass™ tersedia kepada masyarakat di Filipina secepat mungkin dengan bekerjasama dengan IP Biotech dan Tembusu Healthcare. Kami berganding bahu untuk menggunakan sepenuhnya keupayaan, kepakaran dan sumber bersama kami, yang akan membantu kami melayani komuniti di Filipina dengan lebih baik," kata Dawn Lee, Pengarah Jualan Wilayah Asia Pasifik di GenScript.

Latar Belakang IP Biotech dan Tembusu Healthcare 

IP Biotech ialah pengimport bioteknologi dan farmaseutikal, pemborong, pentadbir runcit vaksin yang berkualiti tinggi dan berpatutan di Filipina. Rakan kongsi strategik, Tembusu Healthcare ialah syarikat diagnostik dan penjagaan kesihatan terkemuka yang beribu pejabat di Singapura.

Latar Belakang GenScript Biotech Corporation

GenScript Biotech Corporation (Kod Saham: 1548.HK) ialah kumpulan bioteknologi global. Dibina berdasarkan teknologi sintesis gen terkemukanya, GenScript dibahagikan kepada empat platform utama termasuk platform organisasi penyelidikan kontrak sains hayat (CRO), platform organisasi pembangunan dan pengeluaran kontrak biologi (CDMO), platform terapi sel global, dan platform produk sintesis perindustrian.

GenScript ditubuhkan di New Jersey, AS dalam tahun 2002 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong dalam tahun 2015. Operasi perniagaan GenScript berada di lebih 100 negara dan wilayah seluruh dunia dengan entiti sah yang terletak di AS, Tanah Besar China, Hong Kong, Jepun, Singapura, Belanda dan Ireland. GenScript menyediakan produk dan perkhidmatan premium, mudah dan boleh dipercayai untuk lebih 100,000 pelanggan.

Pada tahun 2019, GenScript mempunyai lebih daripada 3,700 pekerja secara global, 37% memegang sarjana dan/atau ijazah Ph.D. Di samping itu, GenScript memiliki beberapa hak milik intelek dan rahsia dagangan, merangkumi lebih daripada 100 paten dan lebih 270 permohonan paten masih belum diluluskan.

Didorong oleh misi korporat "menjadi orang dan alam semulajadi lebih sihat melalui bioteknologi", GenScript berusaha untuk menjadi syarikat bioteknologi yang paling dipercayai di dunia. Setakat 31 Disember 2019, produk dan perkhidmatan GenScript telah disebut oleh 42,200 artikel jurnal yang disemak rakan sekerja di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, lawati laman sesawang rasmi GenScript https://www.genscript.com.

Source: Genscript
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Infectious Disease Control Contracts