omniture

Music China 2020: ekspo alat muzik yang harus dihadiri untuk dorong semula perniagaan

Shanghai INTEX
2020-09-03 10:00 643

SHANGHAI, 3 September 2020 /PRNewswire/ -- Music China, bersama-sama dianjurkan oleh CMIA, Shanghai INTEX dan Messe Frankfurt, kembali ke Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai mulai 28-31 Oktober 2020. Meskipun berlakunya tekanan ke bawah yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, Shanghai, sebagai pusat ekpo China, telahpun menyaksikan banyak pameran perdagangan sejak bulan Julai, seperti China Joy dan Pesta Buku Shanghai. 

Music China, salah satu pameran perdagangan alat muzik yang terbesar di dunia, telah memainkan peranan penting dalam industri muzik global. Tahun lalu, Music China menjadi tuan rumah kepada lebih daripada 2,400 pempamer dari lebih 34 negara dan wilayah, menarik 122,519 hadirin dari 78 negara dan wilayah. Ia tidak syak lagi merupakan pintu masuk yang terbaik untuk mendapatkan maklumat secara langsung mengenai pasaran.

Memasuki edisi ke-19, Music China akan terus memanfaatkan sepenuhnya kelebihannya dan bertindak sebagai platform pemadanan perniagaan. Jenama-jenama yang akan mengadakan pameran di Music China 2020 termasuk AKG, Aria, AXL, Bechstein, Buffet, Casio, Conn-Selmer, Dunhuang, Fengling, Hsinghai, JBL, Jinyin, JOYO, Kawai, Levy's, NUX, Parsons, Pearl River, PianoDisc, Pioneer DJ, Saga, Samick, Schimmel, Seiler Steinway, Taylor, Yamaha dan Yanagisawa. Jenama-jenama ini dijangka akan menggembirakan audiens menerusi koleksi produk utama mereka.

Bagi audiens luar negara yang tidak dapat mengunjungi sendiri pameran tersebut ekoran pandemik, Music China menubuhkan platform pameran secara dalam talian- "ekspo awan" yang membolehkan mereka "melawat" pameran dan membuat perjanjian kesemuanya di rumah. Ia membolehkan audiens untuk menikmati fungsi-fungsi yang sama sebagaimana ekspo di tapak, melihat paparan produk, berinteraksi dengan pempamer atau memenuhi rancangan pembelian.

Berdasarkan laman sesawang rasmi, pameran dalam talian akan mempamerkan seleksi terbaik produk-produk pempamer dan reruai VR mereka. Sekiranya berminat dengan produk atau syarikat tertentu, audiens boleh mengklik untuk "Menempah" ("Reserve") masa untuk berbual dengan pempamer secara peribadi. Pempamer juga akan disiarkan dalam bilik strim langsung yang dikategorikan mengikut katalog produk, memperkenalkan produk mereka dan berinteraksi dengan audiens.

Meskipun dengan wabak yang sedang berlaku, dunia kembali ke landasan dengan usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap negara dan wilayah. Dalam keadaan yang sukar ini, Music China berusaha untuk menyediakan platform untuk jenama-jenama menunjukkan kehadirannya dalam pasaran global, selain untuk audiens mencari peluang perniagaan yang berpotensi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Music China 2020, sila kunjungi laman sesawang rasmi kami: www.musicchina-expo.com.

Hubungi:
Cik Arlene Zhu 
+86-21-6295-5609
zhuliwen@shanghai-intex.com

Source: Shanghai INTEX
Keywords: Banking/Financial Service Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Music