KUALA LUMPUR, Malaysia, 3 September 2020 /PRNewswire/ -- Sesi karaoke selalu menjadi salah satu hiburan yang paling menghiburkan di dunia, kerana ianya menggabungkan minat seseorang terhadap muzik dan juga melakukan aktiviti sosial bersama keluarga dan rakan semasa berkumpul sambil menyanyikan lagu kegemaran mereka. Aktiviti ini juga memberikan peluang kepada seseorang untuk berkongsi detik-detik yang menyeronokkan bersama orang-orang yang mereka kasihi. JOOX, platform paling berdedikasi di Asia, menjadikan aktiviti ini menjadi jauh lebih mudah diakses dan digunakan oleh semua orang pada bila-bola masa sahaja. Ini kerana fungsi dan fitur karaoke yang unik disediakan oleh JOOX termasuk fitur terbaharunya "Quick Sing", yang membolehkan peminat muzik tanah air untuk bernyanyi dan menari mengikut rentak korus lagu kegemaran mereka pada bila-bila masa sahaja.
JOOX menyaksikan peningkatan sebanyak 30% dari segi jumlah pengguna fitur Karaoke JOOX di Malaysia, Hong Kong dan Macau, Indonesia, Myanmar dan Thailand. JOOX terus berkembang secara pesat sejak ianya dilancarkan pada tahun 2015 dengan peningkatan yang sangat memberangsangkan sebanyak 533% pada tahun 2019 untuk jumlah keseluruhan pengguna di Asia Pasifik.
Seiring dengan peningkatan penggunaan JOOX sebagai salah satu saluran hiburan terutamanya untuk berkaraoke maka JOOX telah meningkatkan fungsi karaokenya dengan menawarkan fitur-fitur unik seperti penapis kecantikan, "sticker", penyesuaian suara dan pertandingan karaoke. Bukanitu sahaja, ada lagi fitur terbaharu yang lebih mengasyikkan iaitu "Quick Sing", suatu fungsi yang sangat menyeronokan untuk untuk pengguna JOOX menyanyi, menari dan menunjukkan bakat mereka kepada dunia. Dengan wujudnya fitur "Quick Sing" ini, para pengguna tidak perlu lagi menyanyikan lagu kegemaran mereka secara keseluruhan kerana fitur ini menyediakan bahagian korus lagu untuk terus dinyanyikan, sekaligus membolehkan pengguna fokus kepada bahagian lagu yang paling menarik dan mempamerkan gerakan tarian kreatif mereka dalam video sambil diiringi oleh lagu kegemaran mereka.
Adakah anda mengimpikan untuk menyanyi, menari dan berkongsi satu pentas dengan idola tempatan ataupun antarabangsa kegemaran anda? Impian anda akan tercapai dengan fitur "Quick Sing" di JOOX ini. Jangan lepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam Pertandingan "Quick Sing", yang tampil dengan dua tema berbeza setiap minggu. Semakin banyak anda menghantar penyertaan karaoke "Quick Sing" ini, maka semakin tinggilah peluang anda untuk membawa pulang hadiah-hadiah menarik. Pertandingan "Quick Sing" "Nyanyi & Menang iPhone 11" yang dilancarkan baru-baru ini, memberi peluang kepada pengguna JOOX untuk memenangi iPhone 11. Nantikan Pertandingan "Quick Sing" yang lebih menarik pada masa akan datang.
Sekiranya anda minat menyanyi dan cita-cita anda adalah untuk menjadi penyanyi terkenal inilah peluang keemasan yang dinanti-nantikan. Di bulan September ini, pengguna JOOX boleh menyertai "Be The Star 2020", sebuah pertandingan pencarian bakat baharu yang dilancarkan di seluruh Malaysia. Dengan hanya mengirimkan video nyanyian karaoke Quick Sing, pemenang akan menerima hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 serta berpeluang melancarkan lagu di JOOX. Lagu tersebut akan dihasilkan oleh kumpulan produksi profesional di bawah sebuah label muzik. Adakah anda telah bersedia untuk menggapai cita-cita yang anda impikan? Maklumat lanjut acara pencarian bakat ini akan di umumkan JOOX melalui laman rasmi Facebook JOOX dari masa ke masa oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai acara ini di galakkan untuk melayari laman rasmi Facebook JOOX.
Jangan ketinggalan untuk mencuba kehebatan fungsi ini. Nantikan lebih banyak cabaran "Qucik Sing" yang akan dibawakan oleh JOOX, seperti #ToBeYoungChallenge dan #DanceMonkeyChallenge, yang pasti menyeronokkan di samping memberi peluang kepada anda untuk memenangi hadiah menarik.
Cara Mudah Penggunaan Fitur "Quick Sing":
Angie Tan, Pengurus JOOX Malaysia berkata, "Dengan JOOX, karaoke kini menjadi hiburan dan pengalaman interaktif yang bukan sekadar nyanyian sahaja. JOOX selalu berusaha untuk memenuhi permintaan para pengguna JOOX yang gemar berkaraoke, iaitu dengan pengenalan fitur baru. "Quick Sing", yang menawarkan lebih banyak peluang kepada pengguna untuk berinteraksi dan menciptakan memori indah bersama keluarga dan rakan-rakan. Pelancaran fitur baru ini menjadi istimewa semasa dunia masih memerangi wabak Covid-19 apabila ramai peminat muzik, terutamanya golongan belia yang merindukan lebih banyak aktiviti hiburan semasa mereka berada di rumah. Pengguna fitur ini boleh membuat video pendek untuk menunjukkan bakat menari dan muzik mereka kepada dunia. Dengan pelbagai kempen "Quick Sing" seperti 'Be The Star 2020' yang akan datang, kami menjadikan karaoke sebagai bentuk hiburan interaktif, dan yang dapat membantu peminat menemui dan mengenali pengguna-pengguna JOOX yang berbakat di bidang muzik."
Sertail artis popular dalam video "Quick Sing" sekarang. https://bit.ly/2QdGGQA
Ciptakan pengalaman muzik anda supaya lebih menyeronokkan dan memuaskan melalui fitur baru "Quick Sing" di JOOX, dan sertailah artis kegemaran anda dengan menyanyi dan menari. Dengan lebih daripada 30 juta lagu dalam pustaka muziknya dari seluruh dunia, JOOX menghubungkan anda ke artis kegemaran anda, lagu, album dan senarai lagu persendirian Nikmati muzik pilihan anda pada bila-bila masa dan dimana jua anda berada dengan memuat turun JOOX di telefon melalui Apple App Store dan Google Play Store, atau layari laman web JOOX. Lebih banyak muzik dan persembahan secara langsung oleh artis tempatan dan antarabangsa, serta pertunjukan dan program baru yang menarik, yang akan dibawa oleh JOOX kepada anda.
Perhatian:
Kempen "Sing & Win iPhone 11" akan berakhir pada 3 September ini.