omniture

"freezeframe" (FF) umum perkongsian pengedaran baharu ketiga mereka tahun ini, mempercepat akses pelanggan kepada produk freezeframe asli di Australia dan seluruh Asia

Self Care Corporation Pty Ltd
2020-09-05 00:31 973

SYDNEY, 5 September 2020 /PRNewswire/ -- Self Care Corporation, pengeluar freezeframe, jenama penjagaan kulit klinikal No.1 Australia, hari ini mengumumkan perkongsian baharu dengan Zorgen Health yang berpusat di Australia, satu daripada syarikat pengedaran eksport terbesar Australia dengan tumpuan untuk menghubungkan pengguna di seluruh Asia dengan produk premium buatan Australia. 

Berkuatkuasa serta merta, perjanjian ini memberikan Zorgen hak untuk mengedarkan produk freezeframe di Australia serta melalui saluran-saluran digital merentas tanah besar China, Hong Kong dan Asia Tenggara.

"Kini apabila injunksi sementara ditempatkan dan tindakan Mahkamah berlanjutan terhadap individu dan entiti Self Care yang dipercayai bertanggungjawab untuk mengedarkan freezeframe bukan asli, ia penting untuk kita bekerja dengan rakan kongsi pengedaran yang boleh dipercayai untuk memberikan freezeframe asli kepada ramai peminat kami di China dan seluruh Asia. Kami mempertimbangkan ramai rakan kongsi dan berasa yakin bahawa prinsip etika Zorgen digabungkan dengan kepakaran dan rangkaian pengedaran kami yang kuat akan membantu kami berkembang di China dan Asia Tenggara, memastikan pengguna dan jenama kami tetap selamat," kata Sonia Amoroso, Ketua Pegawai Eksekutif.

Perjanjian ini ialah langkah penting untuk jenama setelah munculnya kumpulan pemalsuan yang merangkumi di Hong Kong, tanah besar China, Australia dan New Zealand.

Self Care telah memutuskan hubungan terhadnya dengan Freezeframe Co., Limited, dan Freezeframe Co., Limited tidak mempunyai kuasa untuk menjual produk freezeframe, mahupun memberi kuasa kepada sebarang pihak lain untuk mengedarkan freezeframe. Self Care tidak pernah membekalkan sebarang produk Freezeframe kepada Freezeframe Co., Limited mahupun kepada sebarang syarikat bersekutunya yang termasuk Freezeframe China Co Pty Ltd sejak Mac 2019. Akibatnya, produk freezeframe yang dibekalkan oleh Freezeframe Co., Limited atau syarikat-syarika atau platform-paltform yang mengaku diberi kuasa oleh Freezeframe Co., Limited tidak mungkin produk freezeframe asli yang berasal dari Self Care di Australia.

Injunksi Mahkamah interim telah diberikan di Australia terhadap Freezeframe China Co Pty Ltd dan syarikat serta individu lain yang dikaitkan dengan Freezeframe Co., Limited, menghalang mereka dari terus membekalkan produk freezeframe. Perintah mahkamah ini telah dilaksanakan sejak 25 Oktober 2019 dan masih berterusan.

Perkongsian baharu dengan Zorgen ini akan menggalakkan rangkaian freezeframe yang semakin berkembang untuk memastikan bekalan produk "freezeframe" asli yang berterusan dan selamat, termasuk jualan krim mata nombor 1 di Australia REVITALEYES "freezeframe" dan produk popular BREAST ENHANCER, TUMMY TUCK dan LASH PRESCRIPTION.

Satu-satunya cara untuk memastikan produk freezeframe adalah asli ialah dengan membeli daripada rakan kongsi pengedaran Self Care yang dipercayai. Pautan boleh didapati di  www.freeze-frame.com dan www.freezeframe.com.cn., akaun sosial rasmi Weibo: freezeframe医学美容护肤 atau WeChat: freezeframe芙日菲.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638431-1LOGO?lang=0

 

Source: Self Care Corporation Pty Ltd
Keywords: Cosmetics & Personal Care Household/Consumer/Cosmetics Contracts