omniture

"Minggu Restoran Halal Korea 2020" bakal berlangsung dalam talian: KTO bawakan video "Halal TV" untuk pelancong beragama Islam yang rindukan Korea

Korea Tourism Organization
2020-09-08 09:00 2915

SEOUL, Korea Selatan, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- Korea Tourism Organization ("KTO", dipimpin oleh Presiden Ahn Young-bae) akan menyiarkan "Halal TV" kira-kira selama dua bulan bermula dari 14 September hingga 16 November melalui saluran YouTube (https://www.youtube.com/c/WOWKOREASUPPORTERS) bagi mempromosikan keindahan pelancongan Korea buat bakal pelancong beragama Islam walaupun perjalanan ke luar negara dihadkan ekoran pandemik COVID-19.

"Tinjauan ke atas Perjalanan Pelancong Beragama Islam ke Korea" ("Survey on Muslim Tourists' Travel to Korea") KTO mendedahkan bahawa ramai umat Islam mendapati kekurangan restoran Halal menyusahkan semasa lawatan mereka ke Korea. Oleh itu, organisasi pelancongan telah menganjurkan sebuah acara tahunan yang digelar "Minggu Restoran Halal Korea" ("Halal Restaurant Week Korea") sejak beberapa tahun yang lalu bagi menangani isu ini. Tujuan utama acara ini adalah untuk memberi maklumat yang andal mengenai restoran mesra umat Islam yang menyajikan makanan Halal serta tawaran istimewa, termasuk kupon diskaun.

Walau bagaimanapun, tahun ini, KTO menjalankan promosi dalam talian untuk acara berkenaan memandangkan ia menjadi sukar buat pelancong beragama Islam berkunjung secara fizikal ke Korea ekoran pandemik global. Ia merancang untuk menyiarkan video bertema Halal yang baharu di saluran YouTube. Video pertama berjudul "Halal K-Food Cooking Studio," memaparkan resepi makanan Korea Halal yang juga mudah diikuti. Dihoskan oleh Cef Choi Gwang-ho (pemenang MasterChef Korea Musim ke-3), ia membawakan resepi mudah beberapa hidangan makanan Korea yang popular, seperti Bibimbap, Tteokbokki dan K-Ramyeon (mi), menggunakan bahan-bahan yang mudah didapati di luar Korea.

Dalam video kedua yang digelar "Halal Restaurant Tasty Party," ekspatriat beragama Islam di Korea akan berkongsi pandangan mereka mengenai beberapa restoran Halal yang terkenal di seluruh Seoul. Ia akan dihoskan oleh Zahid Hussain, yang pernah berada dalam rancangan Korea popular yang dikenali sebagai "Non-summit TV Talk Show". Panel akan memperkenalkan beberapa restoran yang mengambil bahagian dalam acara Minggu Restoran Halal Korea dan mempromosikan pelbagai makanan Halal, bermula daripada hidangan makanan tradisional seperti Shakshouka dan Kebab kepada masakan gabungan seperti Halal Bulgogi.

Sejumlah 10 video akan dimuat naik pada setiap hari Isnin bermula dari 14 September hingga 16 November di saluran YouTube KTO (https://www.youtube.com/c/WOWKOREASUPPORTERS). Khususnya, acara promosi dalam talian akan dianjurkan, yang mana penonton akan berpeluang untuk memenangi kad hadiah apabila mereka menyiarkan foto atau video membuat hidangan masakan yang diperkenalkan melalui video pertama Halal TV ("Halal K-Food Cooking Studio") di akaun rangkaian sosial mereka dan meninggalkan pautan dalam bahagian komen, atau menulis komen mengenai video tersebut.

 

Source: Korea Tourism Organization
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Food/Beverages Multimedia/Online/Internet Travel New products/services Future Events