omniture

Hikvision lancar AX PRO untuk penyelesaian penggera tanpa wayar komprehensif

Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
2020-09-08 17:18 504

HANGZHOU, China, 8 September 2020 /PRNewswire/ -- Hikvision, penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan terasnya, mengumumkan generasi baharu sistem penggera tanpa wayar - AX PRO - membawakan penyelesaian penggera komprehensif untuk aplikasi kediaman mahupun komersial.

Sistem penggera tanpa wayar AX PRO Hikvision
Sistem penggera tanpa wayar AX PRO Hikvision

Penyelesaian penggera komprehensif dan bersepadu  

Rangkaian produk AX PRO yang baru dilancarkan merangkumi hab panel kompak untuk pelbagai jenis pengesan dan peranti persisian, meliputi pengesanan pencerobohan, pengesahan video, pengesanan asap, pengesanan banjir dan pengautomatan kediaman. Dibangunkan dengan mengutamakan pemasang dan pengguna, sistem berkenaan boleh dikonfigurasi mengikut pelbagai keperluan. Kerumitan pemasangan adalah minimum maka pengguna akhir boleh mengurus sistem dengan mudah menerusi antara muka pengguna intuitifnya.

Hab panel AX PRO dengan rekaan dwi-cip RF 

Hab AX PRO sendiri menyokong beberapa protokol untuk integrasi tanpa wayar, menerima sambungan sehingga 210 peranti persisian. Panel telah direka bentuk dengan dwi-cip RF (frekuensi radio), membawakan teknologi tanpa wayar Tri-X dan CAM-X, untuk menghalang gangguan merentas saluran dan mendayakan penghantaran mesej penggera yang berkelajuan tinggi dan andal secara serentak.

Rangkaian luas pengesan dan pilihan persisian 

Berserta panel berkenaan, Hikvision membangunkan rangkaian pengesan dan sensor yang luas untuk menyesuaikan sistem dengan keperluan pemasangan yang berbeza, seperti pengesan PIR-Glass Break tergabung, pengesan keselamatan, kontak pintu, sensor asap, pengesan kebocoran air dan sebagainya.

Turut disediakan ialah pengesan PIRCAM inframerah pasif tanpa wayar, yang mengesan isyarat inframerah dalam lingkungan lebih 12 meter dan mengumpul gambar sebarang objek yang bergerak. Dengan PIRCAM, pengguna boleh melihat gambar aktiviti yang dikesan bagi mengesahkan pemberitahuan penggera, menerima amaran walaupun sebelum penceroboh menyedari bahawa mereka telah dirakam dalam video. PIRCAM juga dilengkapi dengan lampu LED untuk pengimejan berkualiti tinggi dalam gelap.

Dibina dengan memberi keutamaan dari segi praktis, Hikvision telah mencipta pelbagai jenis peranti persisian bagi memaksimumkan keselamatan pengguna dan membantu aktiviti-aktiviti harian mereka. Peranti ini termasuk pilihan butang panik yang statik dan mudah alih untuk memastikan penghuni selamat, manakala papan kekunci LED tanpa wayar atau fob rantai kunci ergonomik memberi pelbagai pilihan kawalan untuk disesuaikan dengan keutamaan pengguna.

Pengesahan Penceroboh sebagai satu Perkhidmatan 

Sekiranya dipilih oleh pelanggan, panel hab AX PRO boleh disambungkan kepada kamera IP mereka melalui awan atau sub-strim bagi memulakan Pengesahan Penceroboh sebagai satu Perkhidmatan (IVaaS). Perkhidmatan ini menyediakan pengesahan video langsung atau rakaman video 7 saat untuk pengguna bagi mengesahkan peristiwa mencemaskan pada sistem dengan cepat dan cekap.

Keserasian aplikasi 

Pengguna akan bertanggungjawab dan kekal terhubung menggunakan AX PRO memandangkan ia serasi sepenuhnya dengan aplikasi Hik-Connect proprietari Hikvision. Aplikasi ini menyediakan pemberitahuan suara dan klip video untuk pengguna dan membolehkan mereka mengawal dan memantau sistem penggera mereka dari jauh. AX PRO juga menyokong aplikasi Hik-ProConnect, yang boleh menyediakan bantuan konfigurasi penuh untuk pemasang dan membolehkan mereka menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan keselamatan berasaskan awan dengan kebenaran pelanggan.

Latar Belakang Hikvision 

Hikvision ialah penyedia penyelesaian IoT dengan video sebagai kecekapan utamanya. Menampilkan tenaga kerja R&D yang luas dan berkemahiran tinggi, Hikvision mengeluarkan rangkaian lengkap produk dan penyelesaian komprehensif untuk pelbagai pasaran menegak. Selain industri keselamatan, Hikvision memperluas jangkauannya kepada teknologi rumah pintar, automasi industri dan industri elektronik automotif untuk mencapai visi jangka panjangnya. Produk Hikvision juga menyediakan kepintaran perniagaan yang berkuasa untuk pengguna akhir, yang dapat membolehkan operasi yang lebih cekap dan kejayaan komersial yang lebih besar. Komited dengan kualiti dan keselamatan terbaik produknya, Hikvision mendorong rakan kongsi untuk memanfaatkan banyak sumber keselamatan siber yang ditawarkan Hikvision, termasuk Pusat Keselamatan Siber Hikvision. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi kami di www.hikvision.com.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200907/2909661-1?lang=0

Source: Hikvision Digital Technology Co., Ltd.
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics High Tech Security Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Retail Telecommunications New products/services