omniture

Danone Lancar Formula Baru Susu Tumbesaran Dumex Dugro yang Ditambah Baik di Malaysia dan Berhasrat Meningkatkan Kesedaran Ramai Mengenai Anemia disebabkan Kekurangan Zat Besi di kalangan Kanak-kanak

Danone
2020-09-09 10:34 473
  • Bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak dengan lebih baik, Danone telah merumus semula dan memperkuat rangkaian Susu Tumbesaran Dumex Dugro (untuk kanak-kanak berumur 12 bulan dan ke atas), jenama bersejarah bagi Danone di Malaysia;yang telah  dibeli lebih daripada 3 juta kali dalam masa setahun[1]
  • Pelbagai laporan telah  melahirkan   kebimbangan mengenai kesan pandemik terhadap kekurangan zat makanan, dengan anemia kekurangan zat besi (IDA) sebagai kekurangan nutrient mikro yang paling lazim
  • Danone memulakan gerakan menangani masalah Anemia Kekurangan Zat Besi di Malaysia

SINGAPURA, 9 September 2020 /PRNewswire/ -- Rantau Asia Pasifik merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada separuh kanak-kanak yang kekurangan zat makanan di dunia[2] , yang menderita dari masalah "kelaparan tersembunyi". Anemia kekurangan zat besi (IDA), sejenis gejala  kekurangan nutrien mikro, ialah jenis anemia pemakanan yang paling lazim di dunia dan pada masa ini menjejaskan sekitar 11 juta kanak-kanak di bawah umur lima tahun di Asia Tenggara.

Danish Rahman, Pengurus Besar Pemakanan Khas Danone Malaysia, Singapura & Brunei
Danish Rahman, Pengurus Besar Pemakanan Khas Danone Malaysia, Singapura & Brunei

 

Dugro – Pilihan rakyat Malaysia lebih daripada 3 juta kali. Anggaran berdasarkan Kantar Worldpanel Division’s Consumer Reach Point. Tinjauan di seluruh 2,500 pembeli isi rumah utama di Semenanjung Malaysia antara bulan Januari dan Disember 2019.
Dugro – Pilihan rakyat Malaysia lebih daripada 3 juta kali. Anggaran berdasarkan Kantar Worldpanel Division’s Consumer Reach Point. Tinjauan di seluruh 2,500 pembeli isi rumah utama di Semenanjung Malaysia antara bulan Januari dan Disember 2019.

Disebabkan faktor pengangguran dan kekurangan makanan yang semakin meningkat kerana COVID-19, kehilangan punca pendapatan atau kemiskinan akan mempengaruhi tabiat pemakanan seterusnya, meningkatkan risiko kekurangan nutrien mikro, terutamanya zat besi. Ini ialah satu perkembangan yang membimbangkan kerana kajian tempatan menunjukkan bahawa satu daripada tujuh kanak-kanak Malaysia (13.8%) tidak memenuhi pengambilan zat besi harian yang disyorkan[3], dengan kanak-kanak daripada golongan keluarga berstatus ekonomi yang lebih rendah mempunyai kecenderungan IDA yang lebih tinggi[4].

Danone membantu menangani cabaran kesihatan awam mengenai kekurangan zat makanan di Malaysia

Sebagai sebahagian daripada agenda "Satu Planet, Satu Kesihatan" syarikat Danone di Malaysia, Danone akan melancarkan inisiatif kesihatan awam melalui pelbagai kerjasama untuk mengatasi kekurangan zat makanan dan IDA di kalangan kanak-kanak. Berdasarkan komitmen ini, syarikat ini telah merumus semula dan memperkuat rangkaian susu formula Dumex Dugro mereka. Formula yang baru ditingkatkan ini mengandungi tahap DHA yang tinggi dan merangkumi semua nutrien penting seperti zat besi, kalsium, Vitamin C Vitamin D, Vitamin A, Vitamin E, serat (inulin) dan laktosa.

"Sebagai pengeluar jenama terkemuka formula kanak-kanak Dugro di Malaysia, kami mempunyai peranan penting untuk memastikan produk kami berkhasiat. Ini memastikan kami dapat memberi manfaat kepada seramai mana mungkin. Kami terus melabur dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memahami keperluan pemakanan kanak-kanak di Malaysia dan seterusnya meningkatkan profil pemakanan produk kami sehingga kami dapat menawarkan penyelesaian terbaik yang paling sesuai dengan keperluan mereka," kata Danish Rahman, Pengurus Besar Pemakanan Khas Danone Malaysia, Singapura & Brunei.

Danone komited untuk menyokong keluarga-keluarga di Malaysia ketika negara ini sedang menghadapi cabaran kesihatan dan pemakanan. Beberapa inisiatif yang sedang dijalankan oleh syarikat tersebut termasuk:

  • Bekerjasama dengan rakan penjagaan kesihatan bagi meningkatkan pemeriksaan IDA di seluruh negara dan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kekurangan nutrien mikro di kalangan ibu bapa dan pakar pediatrik
  • Menyediakan sumber dan kepakaran untuk menguji dan meningkatkan penggunaan peralatan bukan-invasif bagi mengukur kadar zat besi seseorang tanpa perlu mengambil darah
  • Penglibatan berterusan oleh golongan profesional dan penyelidik penjagaan kesihatan terkemuka, NGO dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi menilai keperluan Danone memberikan sokongan di mana sahaja dan pada bila-bila masa diperlukan.

"Di Danone, tujuan kami adalah memberi inspirasi terhadap amalan pemakanan dan minuman yang lebih sihat dan lestari untuk seluruh masyarakat. Oleh yang demikian, Danone akan terus aktif  mengambil bahagian dalam keutamaan kesihatan awam khususnya untuk menangani anemia kekurangan zat besi di kalangan kanak-kanak di Malaysia pada tahun-tahun akan datang," kata Encik Rahman.

Latar belakang Danone Malaysia

Berdedikasi dalam memastikan kesihatan melalui makanan kepada seramai mungkin orang, Danone ialah syarikat makanan dan minuman global terkemuka yang membina kategori berfokuskan kesihatan dan kategori berkembang pesat dalam tiga perniagaan: Produk Berasaskan Tumbuhan & Tenusu Penting, Minuman dan Pemakanan Khas. Danone bertujuan untuk memberi inspirasi terhadap amalan makan dan minum yang lebih sihat dan lestari, sejajar dengan visi syarikat 'Satu Planet, Satu Kesihatan' yang mencerminkan kepercayaan yang kuat bahawa kesihatan manusia dan planet ini adalah saling berkaitan. Untuk merealisasikan visi ini dan mewujudkan nilai yang unggul, lestari, menguntungkan bagi semua pihak berkepentingan, Danone telah menentukan Matlamat 2030 syarikat: satu set dengan sembilan matlamat bersepadu yang diselaraskan dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) PBB. Danone komited untuk beroperasi dengan cara yang cekap, bertanggungjawab dan terangkum; syarikat berpegang pada piawaian tertinggi dalam menjalankan perniagaan, seperti cita-cita syarikat menjadi salah satu syarikat multinasional pertama yang diiktiraf sebagai B CorpTM. Dengan lebih daripada 100,000 pekerja, dan produk yang terjual di lebih 120 pasaran, Danone menjana penjualan sebanyak €24.7 bilion pada tahun 2018. Portfolio Danone termasuk jenama antarabangsa terkemuka (Actimel, Activia, Alpro, Aptamil, Danette, Danio, Danonino, evian, Nutricia, Nutrilon, Volvic, antara lain) serta jenama besar tempatan dan serantau (termasuk Dumex, AQUA, Blédina, Cow & Gate, Horizon, Mizone, Oikos, Prostokvashino, Silk, Vega).

Disenaraikan di Euronext Paris dan di pasaran OTCQX melalui program ADR (American Depositary Receipt), Danone ialah stok komponen indeks tanggungjawab sosial terkemuka termasuk Dow Jones Sustainability Indexes, Vigeo Eiris, Ethibel Sustainability Index, MSCI Global Sustainability, MSCI Global SRI Indexes dan FTSE4Good Index.

Untuk maklumat lanjut mengenai Danone, sila layari https://www.danone.com/malaysia.html

[1] Anggaran berdasarkan Kantar Worldpanel Division's Consumer Reach Point. Tinjauan di seluruh 2,500 pembeli isi rumah utama di Semenanjung Malaysia antara bulan Januari dan Disember 2019.

[2] https://www.globalcitizen.org/en/content/hunger-asia-cities/

[3] https://e-nrp.org/DOIx.php?id=10.4162/nrp.2015.9.3.278

[4] https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6266561/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200903/2848873-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200904/2848873-1-b?lang=0

Source: Danone
Related Links:
Keywords: Beverages Health Care/Hospital Non-Alcoholic Beverages New products/services