omniture

Absen antara Syarikat Diurus Terbaik 2020 negara China

Absen
2020-09-09 12:22 587

SHENZHEN, China, 9 Sep 2020 /PRNewswire/ -- Pakar paparan LED, Absen (SZSE: 300389), sekali lagi diiktiraf sebagai salah satu Syarikat Diurus Terbaik negara China di program Best Managed Companies (BMC) di Deloitte.

Absen diiktiraf oleh indeks tahunan Deloitte untuk tahun kedua berturut-turut
Absen diiktiraf oleh indeks tahunan Deloitte untuk tahun kedua berturut-turut

Program BMC ini ialah inisiatif global yang mengenal pasti dan mengiktiraf syarikat swasta dengan idea pengurusan yang maju dan prestasi perniagaan yang sangat baik. Faktor utama dalam penilaian kemampuan pengurusan syarikat termasuk Strategi, Keupayaan, Komitmen dan Kekuatan Kewangan. Pada tahun ini, kriteria pemilihan juga mempertimbangkan Ketahanan terhadap pandemik Covid-19. Absen dianggap telah menunjukkan kecekapan luar biasa dalam semua bidang, yang membolehkan syarikat menghadapi saat-saat sukar ini.

Dengan reputasi dalam penyediaan paparan LED berkualiti tinggi, Absen sekali lagi mencapai kedudukan eksport global #1 untuk tahun ke-11 berturut-turut dan akan menyambut ulang tahun yang ke-20 pada tahun hadapan. Absen mempunyai kemudahan pembuatan canggih dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 300,000 meter persegi dan memberi penekanan yang besar terhadap R&D dan inovasi. Syarikat ini telah membina rangkaian perkhidmatan pelanggan yang kukuh dengan 15 anak syarikat di dalam dan luar negara bagi menyokong pelanggan syarikat ini di seluruh dunia.

Sepanjang tahun 2020, Absen terus membuat penambahbaikan terhadap sistem pengurusan syarikat, sistem IT dan proses hujung-ke-hujung dengan tujuan untuk menjadi organisasi yang 'berpusatkan pelanggan' sepenuhnya dan disokong serta dibimbing oleh budaya korporat yang kuat dan pengurusan kewangan yang mantap. Syarikat ini juga telah melabur dalam pengembangan bakat dan amalan tanggungjawab sosial korporat.

Zhao Jian, rakan urusan BMC, berkata bahawa daya tahan mewujudkan nilai yang mampan bagi perusahaan. Perniagaan jangka panjang dan perusahaan kelas pertama telah mengalami beberapa kitaran ekonomi, dan akan mempunyai strategi yang lebih komprehensif dan canggih. Semakin besar misi jangka panjang perusahaan, semakin besar daya hidupnya. "Perusahaan yang berdaya tahan tinggi" telah membina imuniti yang kuat.

Mengulas mengenai anugerah itu, Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Absen, Ashley Li berkata: "Anugerah BMC memeriksa setiap aspek organisasi dan kami amat bangga bahawa Absen memenuhi semua syarat. Anugerah berprestij ini ialah pengiktirafan hebat untuk kejayaan keseluruhan Absen, berdasarkan arah strategi dan struktur organisasi yang jelas, prestasi kewangan yang luar biasa, kemampuan pengurusan risiko yang kukuh dan budaya korporat yang memberi inspirasi. Anugerah ini akan meningkatkan keyakinan kami untuk terus meningkatkan pengurusan perniagaan kami serta produk dan perkhidmatan kami."

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200908/2910203-1?lang=0

Source: Absen
Related Stocks:
Shenzhen:300389
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Components Workforce Management/Human Resources Awards