omniture

Liquid Group dan Wing Bekerjasama untuk Pembayaran Merentas Sempadan di Cambodia

Pelanggan-pelanggan Liquid Group dan rakan-rakan kongsinya boleh membuat pembayaran QR di lebih daripada 40,000 peniaga di Cambodia
Liquid Group
2020-09-10 11:32 3602

SINGAPURA, 10 September 2020 /PRNewswire/ -- Liquid Group, kumpulan perkhidmatan pembayaran mudah alih serantau yang beribu pejabat di Singapura, akan bekerjasama dengan Wing (Cambodia) Limited Specialised Bank, penyedia perkhidmatan perbankan mudah alih terkemuka Cambodia, untuk mendayakan pembayaran QR merentas sempadan untuk urusniaga dalaman ke Cambodia.

En. Manu Rajan, Ketua Pegawai Eksekutif Wing, berkata: "Kami sangat gembira dan sangat mengharapkan kerjasama dengan Liquid Group ini, kumpulan perkhidmatan pembayaran QR terkemuka. Kerjasama ini mencerminkan pendekatan strategik kami dalam menyediakan akses mudah kepada perkhidmatan kewangan mudah alih yang melindungi, selamat dan segera kepada setiap pelanggan melalui ekosistem dan rakan kongsi kami yang kukuh di seluruh rantau ini. Wing sentiasa berusaha untuk menyediakan lebih kepada pelanggan kami."

Dengan kerjasama ini, Liquid Group dan Wing akan menyokong urus niaga pembayaran kod QR yang dipersembahkan peniaga dan pengguna merentas sempadan, membolehkan rakan dagang Wing di seluruh negara Cambodia menerima aplikasi pembayaran QR Liquid Group dan rakan-rakan kongsinya. Kerjasama ini juga akan memperluaskan kumpulan peniaga antarabangsa Liquid Group dan rakan-rakan kongsinya.

Dilancarkan dalam tahun 2009, Wing ialah salah satu daripada jenama yang paling diiktiraf dan dipercayai dalam pasaran wang mudah alih dan perkhidmatan pembayaran elektronik dengan rangkaian yang luas melebihi 8,000 ejen Wing Cash Express di seluruh negara, melayani 5 juta pelanggan di Negara Cambodia.

Jeremy Tan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Liquid Group, berkata: "Berikutan penubuhan rangkaian pembayaran serantau bersepadu kami – XNAP dalam tahun 2019, kami gembira untuk melangkah ke tahun kedua pembukaan koridor baharu merentas rantau untuk memudahkan pembayaran QR merentas sempadan di seluruh Singapura, Hong Kong, Indonesia, Filipina, Taiwan, Thailand dan kini Cambodia. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Wing, pemain pembayaran mudah alih terkemuka Cambodia, yang membolehkan kami menyokong penyertaan kewangan untuk komuniti yang berurus niaga secara tunai dan tidak mempunyai akaun bank di Cambodia, seiring dengan matlamat kami untuk memajukan masyarakat tanpa tunai di seluruh rantau."

Liquid Group juga akan bekerjasama dengan Wing untuk menyampaikan perkhidmatan tambah nilai inovatif tambahan kepada pelanggan mereka melalui pembayaran merentas sempadan bersepadunya dan platform pemasaran untuk rakan kongsi.

Latar Belakang Wing (Cambodia) Limited Specialised Bank 

Wing (Cambodia) Limited Specialised Bank ialah penyedia perkhidmatan perbankan mudah alih terkemuka Cambodia dan merupakan salah satu daripada beberapa bank yang mengkhusus di dunia. Ditubuhkan dalam tahun 2009, Wing telah mengubah cara rakyat Cambodia mengirim dan menerima wang, menggunakan telefon mudah alih untuk kemudahan bila-bila masa di mana sahaja.

Wing kekal berada di barisan hadapan pasaran wang mudah alih dan perkhidmatan pembayaran elektronik di Cambodia dengan liputan daerah 100% melalui rangkaian melebihi 8,000 kedai Wing Cash Xpress di seluruh negara kami. Ia mempunyai kerjasama dengan lebih 4,000 peniaga, termasuk pembekal tempatan dan pemimpin industri global seperti Mastercard, MoneyGram, AliPay, WeChat Pay dan Western Union. 

Wing juga menyediakan penyelesaian pembiayaan dan pembayaran untuk sektor korporat melalui perkhidmatan perusahaan kami. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat yang lebih besar boleh menggunakan perkhidmatan gaji dan pembayaran Wing untuk pekerja, membantu untuk mendorong pertumbuhan dan penyebaran ekosistem pembayaran kami.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.wingmoney.com

Latar Belakang Liquid Group 

Liquid Group ialah kumpulan perkhidmatan pembayaran QR terkemuka yang beribu pejabat di Singapura dengan kehadiran di seluruh Asia Pasifik. Ia mengendalikan XNAP Network (www.xnap.network), rangkaian penerimaan pembayaran QR yang berasaskan API terbuka yang mendayakan penerimaan merentas sempadan aplikasi pembayaran QR bank dan bukan bank merentas pelbagai pasaran di rantau ini. Dengan menerajui rangka kerja saling kendali merentas sempadan yang terbesar, Liquid Group ialah pemimpin industri dalam penciptaan ekosistem pembayaran mudah alih yang lebih terhubung dan kukuh untuk semua.

Source: Liquid Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology