omniture

Casio bakal Lancar G-SHOCK dengan Bezel dan Tali Jam Boleh Ditukar Ganti

CASIO COMPUTER CO., LTD
2020-09-10 15:57 292

Jam Tangan Merangkumkan Tiga Jenis Tali Jam dan Dua Bezel

TOKYO, 10 September 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan penambahan terkini kepada barisan jam tangan tahan gegaran G-SHOCK. DWE-5600CC merupakan G-SHOCK pertama yang mempunyai tali jam dan bezel yang boleh ditukar ganti dengan bebas.

DWE-5600CC
DWE-5600CC

DWE-5600CC ialah model siri 5600 yang terbaharu, mewarisi bentuk segi empat epik G-SHOCK pertama dan merangkumkan tiga jenis tali jam yang boleh diganti dan dua bezel untuk meluaskan pengalaman pengguna bagi jenama G-SHOCK. Seperti mana model siri 5600 sebelumnya, tali jam dibentuk untuk mengurangkan gegaran pada bekas jam jika jam tangan terjatuh dan dalam masa yang sama turut menggabungkan tuas luncur yang baru dibangunkan untuk kemudahan penanggalan. Bezel, yang biasanya dipasang pada bekas jam dengan skru, menggunakan reka bentuk baharu bercangkuk dengan menggunakan empat cangkuk kecil yang diperbuat daripada gentian karbon. Jam tangan ini merupakan model siri 5600 yang pertama menggabungkan struktur Carbon Core Guard dengan bekas jam yang diperkuat dengan gentian karbon untuk ketahanan gegaran.

DWE-5600CC
DWE-5600CC

DWE-5600CC dilengkapi dengan bezel dan tali jam resin berwarna hijau yang ditera dengan reka bentuk papan litar yang biasanya digunakan pada model asas jam tangan siri 5600, yang memberikan rupa penyamaran kepada jam tangan berkenaan. Aksesori yang disertakan ialah bezel resin hitam matt dan tali jam yang ditera dengan angka "3229" yang mewakili designasi modul untuk siri 5600. Turut disertakan ialah tali jam fabrik dengan kemasan pendarkilau dan reflektif, yang ditera dengan reka bentuk papan litar berwarna hitam dan putih. Pengguna akan berasa gembira apabila mereka mengangkat bezel untuk menonjolkan logo "SHOCK RESIST" yang boleh dilihat dari sisi bekas jam.

Laman Sesawang Rasmi G-SHOCK: https://products.g-shock.com/asia-mea/en/_detail/DWE-5600CC-3/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200908/2910078-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200908/2910078-1-b?lang=0

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail New products/services