omniture

AWE2021 dilancar secara rasmi

China Household Electrical Appliances Association
2020-09-11 19:44 993

BEIJING, 11 September 2020 /PRNewswire/ -- Ekspo Dunia Perkakas & Electronik 2021 bersedia untuk dimulakan mulai 11 hingga 14 Mac 2021 di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai di bawah tema "Smartize the Future" ("Pintarkan Masa Depan"). Ia merupakan pameran penting bertaraf antarabangsa yang pertama dalam bidang ini yang kembali semula secara dalam talian mahupun luar talian di tengah-tengah pandemik ini.

AWE2021 officially launched
AWE2021 officially launched

Jiang Feng, Presiden penganjur AWE China Household Electrical Appliances Association (CHEAA) mendedahkan bahawa AWE akan dibina menjadi ekosistem berasaskan teknologi yang lebih inovatif, lebih terbuka dan lebih inklusif.

AWE 2021, perangsang keyakinan untuk industri 

AWE telah menyaksikan perubahan dalam seluruh dekad sejak penubuhannya di Shanghai pada tahun 2011. Sepanjang sepuluh tahun yang lalu, ia berkembang daripada pameran perkakas domestik menjadi pameran antarabangsa yang mencakupi perkakas, barangan elektronik, kediaman pintar, hiburan pintar, IoT, AI dan 5G.

Selepas berita untuk menggabungkan AWE2020 ke dalam AWE2021 diumumkan, 95% daripada pempamer mengesahkan penyertaan mereka serta merta, yang mencerminkan sepenuhnya pengiktirafan mereka terhadap AWE dan keyakinan mereka dalam prospek industri ini.

AWE2021 bersedia untuk kembali semula bukan sahaja secara dalam talian, tetapi juga luar talian. Berita ini pastinya menjadi perangsang keyakinan buat industri ini untuk keluar daripada bayang-bayang Covid-19 dan mengekalkan pertumbuhan yang berkualiti tinggi.

AWE2021, pameran untuk transformasi teknologi

Mencakupi kawasan pameran seluas lebih daripada 140,000 meter persegi, 11 dewan AWE2021 akan dibahagikan kepada empat zon: Zon Kediaman Pintar, Zon Elektronik Pengguna, Zon Dapur Pintar dan Zon Ekologi dan Penjagaan Kesihatan. Di samping itu, AWE2021 akan berganding bahu dengan 36Kr untuk membina sebuah "Bandar Tak Terbatas Tidak Dijangkakan" yang mengintegrasikan hiburan dengan pengalaman langsung untuk menambah lebih keseronokan dan penglibatan kepada Taman Teknologi popularnya.

Perlu dinyatakan bahawa AWE2021 akan melancarkan satu siri aktiviti dalam talian seperti forum awan, pertunjukan awan dan strim langsung awan untuk menyasarkan pengunjung dalam talian.

AWE2021, suara mantap untuk industri 

AWE2019 dipenuhi dengan lapan program CCTV terkenal selama tiga minggu berturut-turut dengan lebih daripada 200 minit laporan mendalam disiarkan. Pada tahun 2021, AWE akan terus bekerjasama dengan rakan media yang ternama dari dalam dan luar negara untuk laporan mendalam pelbagai sudut.

Forum selari AWE Sidang Kemuncak Pembangunan Perkakas Rumah China akan dinamakan semula sebagai Forum Sidang Kemuncak Global AWE mulai tahun 2021. Selain itu, Anugerah AWE 2021 akan membolehkan produk yang memohon untuk Anugerah AWE 2020 menghantar semula permohonan untuk Anugerah AWE 2021 lantaran penangguhan AWE2020.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200909/2911825-1?lang=0

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Home Improvement Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news