omniture

iChongqing: Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020 Dibuka di Chongqing

iChongqing
2020-09-14 10:22 544

CHONGQING, China, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020 (SCE OL) akan diadakan secara dalam talian untuk memastikan pencegahan dan kawalan pandemik dari 15 hingga 17 September, dan disampaikan melalui beberapa siri persidangan, pameran, pertandingan, forum dan pelancaran.

Kawasan pameran Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020 (Foto dari laman sesawang rasmi Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020)
Kawasan pameran Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020 (Foto dari laman sesawang rasmi Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020)

Kementerian Perdagangan dan Industri (MTII) Singapura ialah penganjur acara tahun ini. Singapura, tetamu kehormat pada SCE 2019, bertindak sebagai negara tuan rumah bersama tahun ini.

Tayangan Holografik Dalam dan Luar Talian

Majlis pembukaan akan disiarkan secara langsung pada 15 September melalui platform internet rasmi. "Pemenang Hadiah Nobel dan Anugerah Turing, ketua-ketua organisasi antarabangsa, wakil-wakil kerajaan asing, dan datuk bandar bandaraya kembar Chongqing akan mengalu-alukan SCE secara maya melalui teknologi penayangan holografik." Kata Chen Jinshan, pengarah jawatankuasa penganjur SCE dan suruhanjaya ekonomi dan maklumat bandaraya tersebut.

Di laman sesawang rasmi, akan terdapat enam kawasan pameran maya yang disebut Chongqing Dalam Talian, Produk Pintar, Aplikasi Pintar, Teknologi Pintar, Produk Pintar dan Kerjasama Serantau. SCE OL juga akan mempunyai kehadiran luar talian dalam bentuk dua astaka butik berskala kecil di Taman Kecerdasan Lijia Chongqing, yang disebut Rumah Kuasa Pengeluaran Pintar dan Bandaraya Pintar Terkenal.

Penyertaan dan Arah Industri Pintar 

Pada masa ini, lebih 500 tetamu utama domestik dan luar negara telah dijemput untuk turut serta dalam persidangan melalui pelbagai bentuk. Lebih 300 gergasi industri, yang termasuk anggota Fortune 500 di seluruh dunia, dijangka akan menyertai pameran dalam talian. Lebih daripada 300 syarikat teknologi terkenal dan terkemuka di dunia akan membuat pameran dalam talian dengan teknologi pemodelan maya mereka, sementara industri canggih akan turut serta dalam 41 forum dan 17 pertandingan. Akan terdapat 16 pelancaran luar talian dan 100 dalam talian untuk menunjukkan pencapaian terbaru dalam teknologi baharu, serta produk dan model baharu dalam industri pintar.

Trend peneraju dalam teknologi

SCE OL tahun ini terus menerajui trend dalam teknologi. AR, MR, XR, dan teknologi-teknologi lain yang digunakan dengan meluas. Platform pameran dalam talian ini menggunakan panduan maya, video atas permintaan, siaran langsung, dan banyak teknologi inovatif lain.

Chongqing telah menumpukan faedah dasar kerajaan yang menyokong, logistik yang hebat, pengangkutan yang mudah dan kepakaran antarabangsa tahun-tahun ini.

Penyertaan dalam talian 

Dari segi komunikasi inovatif, Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020 membentuk bengkel untuk inovasi teknologi yang sesuai dan pusat untuk inovasi yang menghubungkan individu dan projek berbakat. Ia juga berfungsi sebagai platform perkongsian di mana masyarakat boleh mengasyikkan diri mereka dengan mendalam dengan sains yang popular.

Jawatankuasa penganjur melakukan siaran langsung atas permintaan melalui platform media utama di dalam dan luar negara supaya penonton dapat menikmati sorotan SCE OL 2020 melalui semua rangkaian utama di peranti mereka tanpa meninggalkan kediaman.

Untuk maklumat lebih lanjut tentang Ekspo China Pintar Dalam Talian 2020, sila periksa: www.ichongqing.info/special/2020-smart-china-expo-online/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200911/2914356-1?lang=0

Source: iChongqing
Keywords: Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Trade show news Future Events