omniture

Xinhua Silk Road: Persidangan Ekonomi Digital Sedunia ke-10 & Bandaraya Pintar dan Ekspo Ekonomi Cerdas bermula di Ningbo E.China

Xinhua Silk Road Information Service
2020-09-14 10:33 508

BEIJING, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- Persidangan Ekonomi Digital Sedunia ke-10 & dan Ekspo Ekonomi Cerdas Bandaraya Pintar bermula pada hari Jumaat di Ningbo, China.

Photo taken on September 11 shows the interior scene of the 10thWorld Digital Economy Conference 2020 & Smart City Intelligent Economy Expo.
Photo taken on September 11 shows the interior scene of the 10thWorld Digital Economy Conference 2020 & Smart City Intelligent Economy Expo.

Dengan tema "Digital Memudahkan Pembangunan Pintaar," ekspo ini memberi tumpuan kepada bidang-bidang ekonomi digital yang penting, seperti teknologi 5G, data raya, kecerdasan buatan (AI), internet perindustrian, pengeluaran pintar, yang bertujuan untuk menyepadukan sumber inovatif untuk era baharu ekonomi digital.

Ekspo ini telah menarik perhatian ramai dari industri-industri yang berkaitan dan telah menjadi platform kerjasama dan komunikasi untuk sektor ekonomi digital.

Menjelang hujung bulan Jun tahun ini, Zhejiang menyaksikan sejumlah 51,000 stesen pangkalan 5G disiapkan dan mula beroperasi, menurut Gao Xingfu, naib gabenor Daerah Zhejiang, menambah bahawa nilai tambahan industri teras ekonomi digital bernilai hingga 2.9 trilion yuan dalam separuh pertama tahun ini, meningkat 9.4 peratus tahun ke tahun.

Zheng Shanjie, pemangku gabenor daerah Zhejiang, menyeru Zhejiang untuk membina zon rintis pembangunan inovatif ekonomi digital kebangsaan dengan memberikan peranan penuh kepada ekspo ini sebagai platform kerjasama yang penting.

Sejak kejayaan ekspo pertama yang diadakan di Zhejiang, daerah ini telah memanfaatkan sepenuhnya kelebihan utamanya dan melaksanakan pembinaan ekonomi digital secara mendalam.

Terutamanya di bawah pengaruh epidemik COVID-19 tahun ini, Zhejiang telah mewujudkan sistem kawalan kecerdasan ketepatan, yang akan menggalakkan pembangunan bersepadu ekonomi digital dalam berbagai bidang.

Ekspo ini menyaksikan penandatanganan 50 projek baharu dalam sektor ekonomi digital yang melibatkan jumlah pelaburan bernilai 33.6 bilion yuan, terutamanya berkaitan dengan bidang-bidang litar bersepadu, aplikasi demonstrasi 5G, platform Internet perindustrian, dan transformasi pintar.

Ningbo sedang melaksanakan pusingan baharu pelan tindakan untuk ekonomi digital, berikrar untuk menjadi bandaraya contoh terkemuka dalam pembangunan Internet perindustrian dan pengeluar antarabangsa yang pintar.

Zhejiang berjanji untuk melaksanakan pembinaan ekonomi digital, merintis dalam teknologi teras, dan terus meningkatkan peranan demonstratif dan penyebarannya dalam ekonomi digital ini.

Dijadualkan dari 11 hingga 13 September, ekspo ini juga akan mengadakan empat pertandingan dalam AI, internet perindustrian, dan industri-industri berkaitan lain pada masa yang sama.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/316139.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200911/2914645-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news Future Events