omniture

iChongqing: Sejauh Mana 5G Perkasa Tempat Pelancongan Popular Chongqing

iChongqing
2020-09-14 18:28 527

CHONGQING, China, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- Apakah perubahan yang bakal dilakukan oleh 5G? Bagaimanakah pelancongan pintar mendapat manfaat daripada 5G di Kawasan Perbandaran Chongqing, barat daya China? Pada 8 September, anjuran Pusat Berita Jerayawara Pintar (Smart Roadshow News Center) bagi Ekspo China Pintar Dalam Talian (Smart China Expo Online) 2020, temu bual kumpulan dalam talian berlangsung di kawasan pemandangan indah Jalan Kabel Sungai Yangtze, Chongqing dengan topiknya, sejauh mana 5G memperkasa tempat pelancongan popular di Chongqing.

Wakil-wakil daripada Pusat Maklumat Kebudayaan dan Pelancongan Chongqing (Pusat Data), kerajaan tempatan dan tempat pelancongan menyertai wawancara dalam talian tersebut. Mereka berkongsi banyak maklumat dan pengalaman mengenai bagaimana kualiti pelancongan dan pengalaman lawatan ditingkatkan oleh teknologi 5G dan pengurusan tempat pemandangan indah pintar.

The online group interview took place in the Yangtze River Cableway scenic area of Chongqing. (Photo from the Smart Roadshow News Center of the 2020 Smart China Expo Online)
The online group interview took place in the Yangtze River Cableway scenic area of Chongqing. (Photo from the Smart Roadshow News Center of the 2020 Smart China Expo Online)

"Aplikasi teknologi seperti pengkomputeran awan, data raya dan 5G telah menetapkan piawaian yang lebih tinggi untuk pembangunan kebudayaan dan pelancongan pintar. Suruhanjaya Pembangunan Kebudayaan dan Pelancongan Kawasan Perbandaran Chongqing telah meletakkan kepentingan yang tinggi terhadap pembinaan pelancongan budaya pintar Chongqing," kata En. Liu, yang bertanggungjawab terhadap Pusat Maklumat Kebudayaan dan Pelancongan Chongqing. Bandar ini telah membina awan radio dan televisyen pelancongan budaya pintar untuk menyepadukan sistem dan data yang berkaitan bagi mencapai perkhidmatan dan pengawasan yang lebih baik dan menyeluruh. Selain itu, ia aktif mempromosikan pembangunan pelancongan pintar, termasuk pembinaan tempat pemandangan indah pintar serta kampung pelancongan pintar. Kini, terdapat 56 tempat pemandangan indah pintar dan 54 kampung pintar yang sedang dibangunkan.

Beberapa tempat pemandangan indah pintar, kedai buku pintar, muzium pintar dan senario demonstrasi integrasi 5G antara budaya, perniagaan dan pelancongan telah dibina di pusat bandar Chongqing. Daerah Yuzhong telah membangunkan pengalaman pelancongan awan dengan melancarkan peta 3D dalam talian serta jelajah berpanorama dan menyiarkan kod QR pada peninggalan budaya dan bangunan bersejarah.

Jalan Kabel Sungai Yangtze mempunyai program pengalaman supersensori VR jalan kabel 5G pertama China di tempat-tempat pemandangan indah. Tanpa perlu berbaris atau bimbang mengenai cuaca buruk, pelancong boleh merasai pengalaman "meluncur" supersensori sepanjang Jalan Kabel Sungai Yangtze. Dengan memakai cermin mata VR hanya selama tiga minit, anda boleh melihat seluruh pemandangan Sungai Yangtze pada waktu sebenar.

Pada tahun 2019, jumlah pelawat tahunan ke Gua Hongyadong ialah 18 juta orang, jumlah kedua ramai hanya selepas Kota Larangan (Forbidden City). Kawasan tersebut menyediakan perkhidmatan dalam talian yang membolehkan pelawat membuat temu janji, mendapat panduan untuk mencari restoran, membeli belah dan melawat ke tempat-tempat dengan WeChat, media sosial Cina yang paling popular.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200913/2915325-1?lang=0

Source: iChongqing
Keywords: Computer/Electronics Telecommunications Travel Trade show news