omniture

Casio bakal Lancar Model-model Kolaborasi EDIFICE bersama Scuderia AlphaTauri

CASIO COMPUTER CO., LTD
2020-09-14 20:34 657

TOKYO, 14 September 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini, Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pelancaran penambahan baharu untuk barisan EDIFICE dengan kronograf logam berprestasi tinggi berdasarkan konsep jenamanya iaitu "Kelajuan dan Kepintaran". Jam tangan EQB-1100AT dan ECB-20AT baharu merupakan model-model kolaborasi bersama pasukan Formula One Scuderia AlphaTauri, pemenang Italian GP 2020.

EQB-1100AT/ECB-20AT
EQB-1100AT/ECB-20AT

Casio telah menjadi rakan rasmi Scuderia Toro Rosso sejak tahun 2016. Model-model kolaborasi EQB-1100AT dan ECB-20AT merupakan yang pertama sejak pasukan berkenaan menukar namanya kepada Scuderia AlphaTauri dalam musim ini. Muka jamnya mempunyai skim warna biru kelasi dan putih bergradasi, menyerupai warna-warna pasukan Scuderia AlphaTauri dan warna biru kelasi yang sama persis warna jenama EDIFICE. ECB-20AT mempunyai bekas jam dan tali jam berwarna biru kelasi. Kedua-dua model tersebut diterakan dengan logo pasukan pada muka jam, bahagian belakang bekas jam dan tali jam, sebahagian daripada rekaan yang diterapkan dengan pandangan dunia Scuderia AlphaTauri.

EQB-1100AT mempunyai bekas jam setebal 9.6 mm dan bezel berbentuk segi lapan digabungkan dengan karbon yang digunakan secara meluas dalam sukan bermotor. Jam tangan ini boleh memaparkan waktu dalam dua bandar secara serentak. ECB-20AT dilengkapi dengan Pemasa Jadual, berserta penambahan tali jam kulit yang diterakan dengan logo pasukan. Pada kedua-dua model ini, muka depannya diperbuat daripada kristal nilam tahan calar yang cukup kuat untuk mekanik pasukan. Jam tangan ini juga menyesuaikan masa secara automatik apabila dipasangkan dengan telefon pintar menggunakan aplikasi khusus. Kedua-dua model diterakan dengan logo pasukan pada muka jam, bahagian belakang bekas jam dan tali jam, sebahagian daripada rekaan yang diterapkan dengan pandangan dunia Scuderia AlphaTauri. Ini merupakan model-model kolaborasi istimewa yang menyokong anggota-anggota pasukan yang menjelajah ke seluruh dunia dan perlu menjadualkan perkara tanpa sebarang pembaziran masa walaupun satu minit.

EQB-1100AT/ECB-20AT
EQB-1100AT/ECB-20AT

 

EQB-1100AT/ECB-20AT
EQB-1100AT/ECB-20AT

Scuderia AlphaTauri

Berpangkalan di Itali, Scuderia AlphaTauri ialah sebuah pasukan perlumbaan yang mana senarai anggota pasukannya dipenuhi dengan pemain-pemain muda yang sedang meningkat naik. Pada musim ini, pasukan ini baru sahaja menukar namanya daripada Scuderia Toro Rosso. Pasukan ini membawa tenaga mudanya, kereta lumba dikuasakan oleh inovasi teknologi yang luar biasa serta semangat yang bersungguh-sungguh dalam mengejar kelajuan ke litar Formula One. Dengan mempercayai bahawa kualiti-kualiti ini benar-benar sepadan dengan konsep jenama EDIFICE, Casio telah menjadi rakan pasukan rasminya sejak tahun 2016.

EDIFICE: https://www.edifice-watches.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200911/2914488-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200914/2914488-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200914/2914488-1-c?lang=0

Source: CASIO COMPUTER CO., LTD
Keywords: Auto Household/Consumer/Cosmetics Jewelry Retail Sports Transportation New products/services