omniture

Xinhua Silk Road: Ciri istimewa dilancar untuk pamer pengeluaran pintar Anhui semasa Forum Ekonomi Dalam Talian Jianghuai Konvensyen Pengeluaran Sedunia

Xinhua Silk Road
2020-09-16 14:46 399

BEIJING, 16 September 2020 /PRNewswire/ -- Ciri istimewa yang didedikasi untuk mempamerkan pembangunan industri pengeluaran pintar yang menarik perhatian di Daerah Anhui Timur China dilancarkan semasa Forum Ekonomi Dalam Talian Jianghui Konvensyen Pengeluaran Sedunia yang diadakan di ibu kotanya Hefei pada 12 September.

Photo taken on the World Manufacturing Convention Jianghuai Online Economic Forum on Sept. 12.
Photo taken on the World Manufacturing Convention Jianghuai Online Economic Forum on Sept. 12.

Ciri ini terdiri daripada kes-kes pembangunan pengeluar-pengeluar pintar biasa di Anhui, yang mewakili kejayaan daerah dalam mengoptimumkan persekitaran pelaburan dan susun atur perindustrian bagi industri pengeluaran pintar tempatan.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Anhui telah berusaha keras untuk membangunkan sektor pengeluaran dan pembangunan Internet, data raya dan kecerdasan buatan (AI) bersepadunya bersama sektor pengeluaran untuk meneruskan pembangunan yang berkualiti tinggi.

Pada masa ini, daerah ini telah mengumpulkan serangkaian industri pengeluaran pintar yang canggih dan terbaik seperti maklumat kuantum, paparan baharu, suara pintar dan robot. Dalam daerah ini, output robot perindustrian melebihi 10,000 unit dan output dan jualan kenderaan tenaga baharu menyumbang sekitar 13 peratus daripada jumlah nasional. Generasi 10.5 barisan pengeluaran pertama dunia dilancarkan dan kaca sensor 0.12 milimeter ternipis di dunia mula dikeluarkan.

Di sebalik semua ini ialah usaha berterusan Anhui untuk menggalakkan pembangunan sektor pengeluaran pintarnya yang dipacu oleh inovasi.

Sehingga tahun ini, empat platform induk inovasi telah dibentuk di daerah ini, termasuk Pusat Sains Kebangsaan Komprehensif Hefei, Bandaraya Sains Binhu Hefei, Zon Demonstrasi Inovasi Kebangsaan Hefei-Wuhu-Bengbu. Anhui juga telah mempercepatkan penubuhan sistem perindustrian moden yang memberi tumpuan terhadap pengeluaran cip, paparan panel rata, pengeluaran peralatan dan robot perindustrian, dan penyepaduan AI dan pengeluaran.

Sebagai satu daripada daerah Cina yang mempunyai rantaian perindustrian yang paling lengkap, Daerah Anhui mempunyai 40 kategori perindustrian yang besar, yang kebanyakannya memiliki sokongan dan pangkalan perindustrian tambahan yang baik.

Anhui ialah daerah pengeluar peralatan rumah yang besar di China dan dalam setiap tiga peti sejuk, setiap empat mesin basuh, setiap lima penghawa dingin dan setiap lapan komputer tablet yang dibuat di China, satu daripadanya dihasilkan di Anhui.

Di bawah ketidaktentuan ekonomi global semasa di tengah-tengah pandemik COVID-19, teknologi digital dan rantaian bekalan cerdas berfaedah Anhui telah membantu perusahaan-perusahaan tempatan berjaya mengharungi krisis ini.

Sebagai contoh, sistem logistik udara, keretapi dan maritimnya yang pelbagai membantu pengeluar tempatan mengangkut produk-produk ke 270 bandaraya utama di 126 negara dan rantau di seluruh dunia.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/316161.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200915/2917558-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Banking/Financial Service Trade show news