omniture

Manny Pacquiao bakal Lancar PacPay untuk Hubungkan Pempengaruh, Jenama dan Peminat Global

Pac Technologies
2020-09-19 05:08 4226

SINGAPURA, 19 September 2020 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi yang baru Pac Technologies Pte Ltd dan Remsea Pte Ltd, sebuah syarikat pengiriman wang teknologi kewangan yang dilesenkan oleh Penguatkuasa Kewangan Singapura, telah menjalin hubungan kerjasama yang strategik untuk memajukan inisiatif-inisiatif bagi kedua-dua syarikat tersebut di ruang teknologi kewangan di Asia danselanjutnya daripada itu..

Pac Technologies, yang diasaskan bersama oleh juara tinju dunia Senator Manny Pacquiao, bertujuan untuk melancarkan PacPay tahun ini. PacPay ialah platform pembayaran digital untuk pemengaruh-pemengaruh, jenama-jenama dan peminat-peminat global, yang menyediakan penyelesaian prabayar rentas sempadan yang lebih lancar, lebih pantas dan lebih selamat untuk membuat pembayaran dengan mudah kepada para pengguna. Melalui program ganjaran unik PacPay, para pengguna dapat berhubung dengan pemengaruh-pemengaruh atau jenama-jenama kegemaran mereka dengan mudah, mengambil bahagian dalam acara peribadi eksklusif dan menikmati keistimewaan dengan pengalaman yang 'tidak boleh dibeli dengan wang'.

"Peminat saya telah menyokong saya sejak beberapa dekad yang lalu sejak saya memulakan kerjaya saya sebagai peninju. Saya sangat berharap untuk dapat lebih banyak peluang untuk berinteraksi dengan mereka. Melalui program kad yang unik, pengikut-pengikut saya akan diberi insentif dengan hadiah eksklusif termasuk tiket percuma, barang dagangan edisi terhad yang ditandatangani dan diskaun menarik oleh pedagang di seluruh dunia," kata Senator Pacquiao.

Walaupun dengan kemelesetan ekonomi disebabkan oleh wabak COVID-19, Pac Technologies berusaha untuk menyiapkan PacPay, bersedia untuk mencapai matlamatnya untuk melancarkan platform pembayaran digital pada suku terakhir tahun ini.

"Landskap pembayaran global menyaksikan penumbuhan yang tidak pernah berlaku dahulu. Ini ialah peluang luar biasa bagi kami untuk memasuki pasaran serantau. Kami sangat gembira dapat bekerjasama dengan Remsea untuk menambah nilai dan meningkatkan rangkaian produk kami dengan menawarkan kad debit prabayar kepada peminat global Senator Pacquiao," kata Sean Wong, PBM, Ketua Pegawai Eksekutif Pac Technologies.

Semasa sidang media yang diadakan di Makati Shangri-La, Manila tahun lalu, Senator Pacquiao mendedahkan rancangannya untuk mengembangkan PacPay. Peminat-peminat peninju legenda sejak itu menunjukkan minat yang tinggi, kebanyakan dari mereka telah membuat pra-pendaftaran untuk program kad yang dinanti-nantikan itu.

Source: Pac Technologies
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce New products/services Financial Technology