omniture

Xinhua Silk Road: WIEIE 2020 bermula di Changzhou, China

Xinhua Silk Road Information Service
2020-09-21 10:08 470

BEIJING, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Ekspo Internet Perindustrian dan Tenaga Dunia & Pameran Peralatan Industri Antarabangsa 2020 (WIEIE 2020) bermula pada hari Rabu di Changzhou, Wilayah Jiangsu, China, yang bertujuan untuk menyediakan platform pertukaran dan kerjasama untuk pembangunan industri Internet perindustrian, Internet tenaga, bandar pintar dan teknologi pembuatan termaju.

Photo taken during the 2020 World Industrial and Energy Internet Expo & International Industrial Equipment Exhibition (WIEIE 2020) on Wednesday
Photo taken during the 2020 World Industrial and Energy Internet Expo & International Industrial Equipment Exhibition (WIEIE 2020) on Wednesday

Dengan tema "Industri Baharu, Tenaga baharu, Infrastruktur baharu dan Kuasa baharu," ekspo berkenaan akan menghimpunkan beratus-ratus pakar domestik dan luar negara, wakil cendekiawan daripada syarikat dan pegawai kerajaan untuk berkongsi pandangan dan pengalaman mereka yang paling penting serta meneroka trend baharu pembangunan industri semasa Ekspo 10-hari tersebut.

Sebagai produk dengan integrasi mendalam antara teknologi maklumat dan pembuatan generasi baharu, Internet perindustrian merupakan kunci bagi menggalakkan integrasi antara ekonomi digital dan ekonomi sebenar, seraya menjadi enjin penting untuk menggalakkan pembangunan ekonomi yang berkualiti tinggi.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, melalui penambahbaikan yang selanjutnya terhadap ekosistem pembuatan pintar, pembuatan pintar dan tenaga pintar menjadi petanda penting mengenai kemajuan Changzhou dalam membina bandar pembuatan pintar yang terkenal.

"Changzhou menikmati asas perindustrian yang baik, sumber pengguna yang banyak dan persekitaran ekologi yang boleh didiami untuk pembangunan Internet perindustrian dan Internet tenaga," kata Qi Jiabin, Setiausaha Jawatankuasa Perbandaran Changzhou CPC.

"Pada masa akan datang, bandar ini akan merebut peluang untuk menggalakkan integrasi mendalam antara Internet, data raya, kecerdasan buatan dan ekonomi sebenar, membina sebuah bandar Internet perindustrian dan Internet tenaga terkenal dengan infrastruktur yang lebih baik, keupayaan yang terkemuka dalam industri yang lebih mantap dan tahap keterbukaan dan kerjasama yang lebih tinggi," tambah Qi.

Semasa berlangsungnya Ekspo berkenaan, sebuah dewan pameran awan juga telah dilancarkan, termasuk 4 bahagian dengan temat Internet perindustrian, Internet tenaga, teknologi hitam dan peralatan penting. Hampir 100 syarikat yang terkenal akan mempamerkan produk mereka di pameran awan tersebut yang meliputi banyak bidang seperti AI, pengkomputeran awan dan data raya, sambungan komunikasi dan keselamatan Internet perindustrian, kilang digital, platform Internet tenaga serta aplikasi produk dan bandar pintar.

Antara sepuluh aktiviti tema WIEIE 2020, Forum Bakat dan Pendidikan Internet Perindustrian diadakan pada hari Selasa di Bandar Sains & Pendidikan Changzhou. Ia meneroka kaedah latihan bakat baharu secara bersama oleh universiti-universiti dan perusahaan-perusahaan Internet perindustrian, yang bertujuan untuk membina Changzhou menjadi sebuah bandar pembuatan pintar terkenal dengan sokongan bakat.

Lihat pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/316259.html

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200918/2920570-1?lang=0

Source: Xinhua Silk Road Information Service
Related Links:
Keywords: Internet Technology Machinery Mining/Metals Oil/Energy Telecommunications Utilities Trade show news