BAODING, China, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- GWM (601633.SS/02333.HK), pengeluar SUV dan pikap yang terkemuka di dunia, mengumumkan rancangan pelancaran global untuk Pikap Siri P. Siri ini, yang dibangunkan pada platform P71 baharu pembuat kereta tersebut, satu sistem pengeluaran yang mematuhi sepenuhnya beberapa peraturan untuk keselamatan, emisi piawaian global dan direka untuk pasaran global selaras dengan misi untuk mencipta produk pintar, merupakan penambahan terkini oleh GWM ke dalam barisan produknya.
Siri P merupakan rangkaian trak pikap generasi seterusnya yang mengintegrasikan ciri-ciri pintar dan keselamatan serta merupakan kemas kini produk yang paling penting dalam sejarah jualan antarabangsa selama 23 tahunnya. Ia dijangka membantu GWM meningkatkan daya saing antarabangsanya dan menembusi pasaran pikap yang utama. Nama rasmi rangkaian tersebut yang akan diguna pakai dalam pasaran luar negara akan diumumkan pada peringkat selanjutnya.
"Pikap merupakan salah satu model yang paling popular dalam pasaran global memandangkan ia digunakan secara meluas dalam bidang kerja dan kehidupan harian. Ketika teknologi baru muncul membentuk semula dunia dan industri automotif mengalami transformasi, kami percaya teknologi pintar, ketersambungan dan pengelektrikan merupakan trend pembangunan masa depan untuk segmen pikap," kata Tony Sun, Timbalan Pengurus Besar GWM international. "Tatkala teknologi baharu berkembang maju, kami percaya barisan kenderaan baharu ini menunjukkan sejauh mana kami memperbaharui masa depan segmen pikap."
Di samping mengekalkan kapasiti muatan asas, prestasi kenderaan akan ditingkatkan dalam pelbagai aspek termasuk ciri-ciri keselamatan, aplikasi teknologi pintar dan keupayaan untuk menavigasi rupa bumi yang berbeza serta bidang kerja pemandu, perjalanan dan pelaksanaan aktiviti harian mereka. Pikap berbilang fungsi yang sebenar dijangka untuk menunjukkan kecemerlangan dalam empat aspek: keselesaan pemanduan, pengalaman pemanduan santai, kapasiti muatan dan prestasi luar jalan raya. Pikap berbilang fungsi GWM mengintegrasikan reka bentuk pintar dan selamat dalam segenap aspek pengalaman pemanduan, lalu membawa pengalaman bernilai tambah yang baharu kepada pemandu.
Siri P merupakan model pertama yang dibangunkan pada platform P71 terkini yang dilengkapi dengan teknologi baharu. Berdasarkan teknologi canggih dan keupayaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang inovatif daripada GWM pada model SUV, serta pengalaman globalnya selama 23 tahun, GWM berdedikasi untuk mencipta rangkaian pikap baharu yang kompetitif di peringkat global dengan mengaplikasikan teknologi terkini pada SUV mewah hingga pikap buat julung kalinya.
Reka bentuk keselamatan pintar menjadi teras bagi pikap siri P dan menonjolkan aplikasi teknologi baharu GWM. Siri pikap ini merupakan lanjutan kepada kategori trak pikap semasa yang sedang menjalani penaiktarafan teknologi yang besar. GWM menjangkakan untuk terus berkembang dalam pasaran global dengan melancarkan siri ini dan bagi membawa pengalaman baharu kepada pelanggan seluruh dunia.
Teknologi baru muncul membuka jalan untuk generasi pikap seterusnya tatkala industri automotif mengalami transformasi yang pesat. GWM berusaha untuk menerajui transformasi ini dengan memberi tumpuan pada kualiti pengilangan dan teknologi yang utama dalam industri. Sejak mengumumkan peralihan daripada syarikat automobil berpangkalan di China kepada sebuah syarikat teknologi mobiliti global, GWM melabur dalam teknologi pintar, ketersambungan, teknologi pemanduan berautonomi seraya meletakkan pengeluar berkenaan di kedudukan yang kukuh untuk mengubah pasaran pikap global yang sedia ada.
Latar Belakang GWM
GWM ialah pengeluar SUV dan pikap yang terkemuka di dunia. Firma ini disenaraikan dalam Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2003 dan Bursa Saham Shanghai pada tahun 2011. Menerusi empat jenama, termasuk HAVAL, WEY, ORA dan GWM Pickup, pembuat kereta ini mengeluarkan kenderaan tenaga konvensional mahupun tenaga baharu dan memberi tumpuan pada kategori SUV dan trak pikap. GWM mempunyai keupayaan sokongan bebas untuk komponen teras termasuk enjin dan transmisi. Setakat akhir tahun 2019, GWM mempunyai lebih 80 subsidiari dan menggaji hampir 60,000 kakitangan di seluruh dunia. Pada tahun 2019, syarikat ini mencatatkan keuntungan bersih sebanyak 4.497 bilion yuan (kira-kira US$663 juta). Setakat akhir tahun 2019, jumlah asset GWM berjumlah sehingga 113 bilion yuan (kira-kira US$16.7 bilion). Pada tahun 2019, GWM menjual 1,058,648 kenderaan baharu, satu peningkatan sebanyak 1.43% berbanding tahun sebelumnya, melebihi paras satu juta selama empat tahun berturut-turut.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.gwm-global.com/
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200917/2920654-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200917/2920654-1-b?lang=0