omniture

Ekosistem HMS Rintis Usaha Baharu Dayakan Pembangun Global Cipta Masa Depan Digital

Huawei Consumer Business Group
2020-09-21 10:46 474

SHENZHEN, China, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Di Persidangan Pembangun Huawei 2020 (Bersama-sama) hari ini, Huawei berkongsi perkembangan terkini mengenai Ekosistem Huawei Mobile Services (HMS). Ketika menyampaikan ucapan dasar beliau yang bertajuk "Ayuh Kita Bersama-sama Menerokai HMS" ("Together, Let's Play with HMS"), Zhang Ping'an, Presiden Perkhidmatan Awan Pengguna, Huawei Consumer Business Group, mengetengahkan pencapaian tahun 2020nya, mengumumkan bahawa terdapat 1.8 juta pembangun berdaftar dengan ekosistem HMS, dua kali ganda daripada HDC.2019.

Zhang Ping’an, President of Consumer Cloud Service, Huawei Consumer Business Group, delivered rkeynote speech titled “Together, Let’s Play with HMS”
Zhang Ping’an, President of Consumer Cloud Service, Huawei Consumer Business Group, delivered rkeynote speech titled “Together, Let’s Play with HMS”

"Ekosistem HMS kini merupakan yang ketiga terbesar di dunia dan teras HMS mencapai peningkatan yang luar biasa. Bersama-sama banyak pasukan Huawei, kami dapat merealisasikan sesuatu yang mustahil dalam tempoh setahun," kata Zhang.

HMS – Ekosistem Ketiga Terbesar di Dunia

Setakat Ogos 2020, 96,000 aplikasi global telah berintegrasi dengan HMS Core. HMS Apps terus dilancarkan di seluruh dunia, berserta aplikasi kandungan seperti HUAWEI Music, HUAWEI Video, HUAWEI Themes, HUAWEI Reader dan HUAWEI GameCenter yang menjadi tumpuan dalam pelbagai negara dan wilayah.

Soaring global developer enrollment in the HMS ecosystem
Soaring global developer enrollment in the HMS ecosystem

AppGallery kini mempunyai 73,000 aplikasi luar negara, meningkat daripada 6,000 tahun lalu, mencapai 700 juta pengguna di seluruh dunia. Aplikasi dan perkhidmatan tempatan terus diintegrasikan setiap hari - selaras dengan strategi 'Global + Tempatan AppGallery' - membawa pengalaman semua-senario kepada pengguna. Bermula dari Januari hingga Ogos 2020, aplikasi dalam AppGallery, gedung aplikasi 3 teratas, telah diedarkan sebanyak 261 bilion kali.

HMS phones have become increasingly popular among consumers around the world
HMS phones have become increasingly popular among consumers around the world

"Jualan global telefon mudah alih HMS berkembang pesat sejak Mei tahun ini, hasil daripada sokongan padu daripada pembangun, rakan kongsi dan terutamanya pengguna global. Dengan itu, kami mengundang lebih banyak pembangun dan rakan kongsi untuk menyertai kami dengan aktif, ketika kami menjayakan inovasi anda dengan keupayaan kami yang terbuka sepenuhnya, untuk memberi manfaat kepada lebih ramai pengguna," kata Zhang.

HMS Perkenalkan Lima Enjin Perkhidmatan Asas

Huawei memperkenalkan lima enjin perkhidmatan asas kepada pembangun global termasuk carian, peta, bayaran, pelayar dan iklan.

Five HMS basic service engines nurture global developer innovation
Five HMS basic service engines nurture global developer innovation

Enjin gelintar HMS disediakan di lebih 170 negara dan wilayah seluruh dunia. Menawarkan pengalaman carian yang inovatif dan pelbagai dalam lebih 20 industri vertikal termasuk aplikasi, sukan, kewangan dan banyak lagi, ia menyokong lebih daripada 50 bahasa.

Enjin peta HMS telah mengumpul lebih daripada 180 juta maklumat POI dan membuka 11 keupayaan seperti perancangan laluan, susun atur pemandangan 3D tarik-dan-lepas, keupayaan pengkomputeran ruang pemandangan-penuh dan navigasi berjalan kaki AR yang jitu. Pada masa kini, lebih daripada 2,000 aplikasi luar negara telah diintegrasikan dengan enjin peta HMS.

Enjin bayaran HMS menyediakan pembangun dengan keupayaan pembayaran mudah alih global dan setempat, bagi membantu pembangun mencapai kejayaan perniagaan. Sejak HDC 2019, jumlah aplikasi luar negara yang diintegrasikan dengan perkhidmatan IAP telah meningkat sebanyak 619%.

Huawei Browser menyediakan perkhidmatan pelayaran web yang pintar, tepat dan berkualiti tinggi, serta sokongan untuk pengedaran Aplikasi Pantas (Quick App).

HUAWEI Ads menyediakan perkhidmatan pengewangan trafik yang cekap untuk pembangun, bagi mencapai kejayaan komersial yang selanjutnya. Ia menyediakan perkhidmatan pengewangan trafik yang cekap untuk pembangun berkembang ke dalam pasaran global. Dengan lebih 3,100 aplikasi luar negara yang dihubungkan dengan HUAWEI Ads, pembangun global dapat mempercepatkan kejayaan komersial mereka.

HMS Core 5.0: Membolehkan Setiap Inovasi Dijayakan

HMS Core 5.0 dirasmikan secara rasmi di HDC 2020, meliputi keupayaan terbuka dalam tujuh aspek utama termasuk Perkhidmatan Aplikasi, Grafik, Media, AI, Peranti Pintar, Keselamatan dan Sistem.

HMS Core 5.0 opens 56 kits and 12,981 APIs, spanning 7 service categories
HMS Core 5.0 opens 56 kits and 12,981 APIs, spanning 7 service categories

Bagi Grafik, Kit Grafik Komputer menyediakan keupayaan terbuka yang bertumpu sekitar teknologi GPU bagi menyokong pembangun permainan dengan rangka kerja kemasan (rendering) yang berprestasi tinggi dan beberapa pemalam kemasan bagi meningkatkan kecekapan kemasan skrin permainan. Aplikasi permainan mencapai hampir 11% dari segi peningkatan dalam purata kadar kerangka mahupun pengurangan purata penggunaan kuasa dengan mengintegrasikan Kit Grafik Komputer HMS Core.

Dalam aspek AI, Kit ML menyediakan perkhidmatan teks, ucapan, bahasa, imej yang banyak serta pengesanan wajah dan tubuh bagi membantu pembangun membina aplikasi AI dengan mudah dan cekap. Pada masa kini, ciri ini disokong dalam enam bahasa: Bahasa Cina, Bahasa Inggeris, Bahasa Perancis, Bahasa Jerman, Bahasa Itali dan Bahasa Sepanyol. Aplikasi yang diintegrasikan dengan Kit ML dapat meliputi semua platform dan peranti dengan mudah.

Platform audio-visual Huawei VR menyediakan pembangun dengan platform teknikal yang komprehensif bagi membawa pengalaman audio-visual subversif dan inovatif kepada pengguna.

Kit Imej membuka keupayaan tema HUAWEI, menyediakan kesan animasi dan templat siap-pakai, bagi membolehkan pembangun menghasilkan kandungan kreatif dengan cepat. Beribu-ribu baris kod diperlukan sebelum ini untuk mencapai kesan tersebut, selepas diintegrasikan, hanya dua atau tiga baris kod diperlukan dan lebih mudah untuk menetapkan parameter yang ringkas bagi mencapai kesan kreatif yang lebih hebat.

Huawei menyediakan pembangun global dengan perkhidmatan operasi sehenti dan amat cekap melalui AppGallery Connect, yang merangkumi 68 perkhidmatan –satu peningkatan sebanyak 27 perkhidmatan sejak HDC 2019. Jumlah aplikasi yang menggunakan AGC meningkat sebanyak 90%.

Huawei Mobile Services telah menubuhkan 6 pusat serantau, 7 DIGIX LAB, berserta pakar teknologi dan kakitangan operasi tempatan, bagi menyediakan perkhidmatan kepada pembangun dan rakan kongsi tempatan. Huawei memperkasa pembangun di setiap wilayah untuk berinovasi dan menawarkan sokongan penuh bagi membantu mereka membawa inovasi tempatan mereka ke persada global dan dalam masa yang sama membolehkan ekosistem HMS berkembang maju.

HMS: The Spark of Inspiration to Light Our Lives
HMS: The Spark of Inspiration to Light Our Lives

"Bintang menerangi masa depan. Pada tahun lalu, kami berkembang menjadi ekosistem ketiga terbesar di dunia. Kami akan terus bekerjasama dengan bintang pembangun kami dari serata dunia untuk membolehkan api inovasi bersemarak," tambah Zhang.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2919082-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2919082-1-b?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2919082-1-c?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2919082-1-d?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2919082-1-e?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200916/2919082-1-f?lang=0

 

Source: Huawei Consumer Business Group
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Telecommunications Trade show news