omniture

Sidang Kemuncak Bandaraya Kreatif UNESCO Ketiga Beijing Serlah Kreativiti dan Inovasi

Beijing Municipal Science and Technology Commission
2020-09-21 11:15 3330

BEIJING, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Bandaraya Kreatif UNESCO Ketiga Beijing diadakan di Beijing dari 17-18 September 2020. Dengan bertemakan "Kreativiti memperkasa bandaraya, teknologi mencipta masa hadapan", sidang kemuncak ini dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), Kementerian Pendidikan Republik Rakyat China, Majlis Perbandaran Kerajaan Rakyat Beijing, Suruhanjaya Kebangsaan Republik Rakyat China untuk UNESCO.

"Beijing, sebagai Bandaraya Reka Bentuk Rangkaian Bandaraya Kreatif UNESCO (UCCN), telah menjadi contoh yang baik dalam penyepaduan beribu tahun sejarah dan teknologi canggih," Pengarah Besar UNESCO, Audrey Azoulay, mengatakan dalam ucapan pembukaan beliau.

"Bandaraya ini berfungsi sebagai ruang istimewa untuk perpaduan, kerjasama, dan inovasi. Pembangunan bandaraya ini akan menentukan visi masyarakat masa hadapan kami," tambah Audrey Azoulay.

Semasa sidang kemuncak ini, e-penerbitan "Respons Bandaraya Kreatif UNESCO terhadap COVID-19" dilancarkan secara global. Ia mengumpulkan amalan-amalan terbaik dari bandaraya-bandaraya anggota UCCN di seluruh dunia, memanfaatkan kuasa budaya dan kreativiti sebagai respons terhadap COVID-19.  Penerbitan ini tersedia dalam bahasa Cina, Inggeris, Perancis, dan versi bahasa Sepanyol akan dilancarkan tidak lama lagi.

Sidang kemuncak ini merangkumi satu forum utama dan tiga panel. Bertajuk "Kreativiti dan Inovasi: Laluan untuk bandaraya hari esok,", forum utama mengetengahkan ekonomi digital dan kepentingan kreativiti dan inovasi sebagai kuasa pendorong untuk membina bandaraya yang lebih lestari dan berdaya tahan di masa hadapan. Selanjutnya, tiga panel ini menekankan tiga topik berbeza mengenai Bandaraya Kreatif, Sains, Teknologi dan Kreativiti, serta Kerjasama Antara Bandaraya.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai sidang kemuncak ini, sila kunjungi di sini.

Latar Belakang Rangkaian Bandaraya Kreatif UNESCO (UCCN)

UCCN telah ditubuhkan dalam tahun 2004 untuk mempromosi kerjasama dengan dan dalam kalangan bandaraya yang telah mengenalpasti kreativiti sebagai faktor strategik untuk pembangunan bandar lestari. 246 bandaraya yang kini membentuk rangkaian ini bekerjasama ke arah objektif yang sama: menempatkan industri kreativiti dan kebudayaan di tengah-tengah rancangan pembangunan mereka pada peringkat tempatan dan bekerjasama secara aktif di peringkat antarabangsa. 

 

Source: Beijing Municipal Science and Technology Commission
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Telecommunications Trade show news