omniture

Pameran Canton ke-128 bakal Diadakan Dalam Talian Dari 15-24 Oktober

Pameran Canton
2020-09-21 12:06 609

GUANGZHOU, China, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Pameran Import dan Eksport China (Pameran Canton) telah mengumumkan bahawa Edisi ke-128 akan diadakan dalam talian dari 15-24 Oktober. Pameran maya selama 10 hari ini akan memanfaatkan fungsi interaksi digitalnya untuk mewujudkan peluang-peluang baharu bagi syarikat-syarikat global mendapatkan produk dan menjalin perkongsian perdagangan.

The 128th Canton Fair to Go Online from October 15-24
The 128th Canton Fair to Go Online from October 15-24

"Mengadakan Pameran Canton dalam talian adalah sesuai untuk terus memainkan peranannya sebagai platform terbuka serba boleh untuk perdagangan luar, mempromosi pembangunan perdagangan luar yang stabil dan sihat dalam masa penormalan pencegahan dan kawalan wabak, dan untuk memastikan rantaian industri perdagangan luar dan rantaian bekalan tidak terganggu. Kami akan bekerja keras untuk menyediakan perkhidmatan yang lebih baik dan lebih selesa untuk pempamer dan pembeli. Perusahaan dan pembeli Cina dan asing dialu-alukan untuk turut serta secara aktif dalam pameran ini dan berniaga," kata Gao Feng, jurucakap Kementerian Perdagangan China.

Pameran Canton maya ke-128 akan menyediakan 50 zon pameran yang menampilkan 16 kategori produk dengan zon e-dagang merentas sempadan yang didedikasi untuk mempromosi zon rintis bersepadu bagi mengembangkan kerjasama di seluruh platform e-dagang merentas sempadan B2B.

Platform digital pameran perdagangan maya ini dilengkapi dengan fungsi yang dipertingkatkan dan proses pendaftaran yang dioptimumkan untuk pembeli global. Laman sesawang yang baru ditambahbaik ini membolehkan navigasi halaman sesawang yang lebih mudah untuk merangsang kecekapan bagi pembeli dan penjual melalui fungsi carian yang komprehensif dan antara muka yang lebih intuitif. Teknologi berasaskan awan yang inovatif, alatan dalam talian untuk perkhidmatan seperti demonstrasi produk yang distrim secara langsung, alatan komunikasi segera, janji temu mesyuarat perniagaan dan padanan perdagangan juga akan disediakan untuk memudahkan proses perniagaan.

Mempromosi Perdagangan Global melalui Saluran Baharu

Pameran Canton ialah satu contoh sumbangan inovatif terkini China untuk menstabilkan rantaian industri dan bekalan global. Dengan import dan eksport China yang terus menunjukkan momentum pemulihan yang kuat, Pameran ini bersedia untuk mempromosi perdagangan global dengan membuka saluran-saluran baharu untuk mengukuhkan ekonomi dan kerjasama perdagangan antarabangsa.

Dengan trend penggunaan baharu yang dipimpin oleh amalan-amalan kekal-di-rumah, Pameran Canton akan membantu syarikat-syarikat menyesuaikan diri kepada normal ekonomi baharu melalui pembinaan platform untuk melancarkan produk-produk rumah tangga berkualiti tinggi mereka yang termasuk perkakas rumah tangga, peralatan dapur dan peralatan senaman dalaman mudah alih.

Sesi musim luruh Pameran Canton 2020 ini juga akan menampilkan acara-acara "Promosi di Awan", membangunkan rakan kongsi global baharu, dan melancarkan program-program sokongan yang direka untuk membantu pembeli menyesuaikan diri dengan pameran dalam talian dengan lebih baik.

https://www.cantonfair.org.cn/en/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200918/2921820-1?lang=0

Source: Pameran Canton
Keywords: Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Trade show news Future Events