omniture

ASSA ABLOY bersedia untuk pimpin penyelesaian kediaman pintar di APAC

Peta jalan inovasi strategi pastikan ASSA ABLOY Group miliki wawasan, sumber, dan teknologi untuk pimpin trend kediaman pintar di Asia Pasifik.
ASSA ABLOY Asia Pacific
2020-09-21 12:42 549

HONG KONG, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Pasaran kediaman pintar APAC dijangka akan mempunyai pertumbuhan yang stabil, pada anggaran CAGR sebanyak 16% dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Di samping penggunaan meluas telefon pintar dan peningkatan keterhubungan internet, dasar kerajaan mempunyai peranan untuk dimainkan. Organisasi kerajaan di seluruh rantau ini seperti China, Jepun, Singapura, dan India telah berjanji untuk membangunkan bandaraya pintar yang maju yang mendayakan aplikasi kediaman pintar.

Penyelesaian Pembukaan APAC ASSA ABLOY meletakkan pelanggan di landasan yang tepat untuk mengatur ekosistem penyelesaian kediaman pintar dengan Yale, jenama kediamannya yang terkenal di dunia. Penyelesaian kediaman pintar bermula dengan kunci pintar yang datang dengan aplikasi Access Yale dan boleh dipasangkan dengan Connect Wi-Fi Bridge membolehkan peralihan yang lancar daripada fungsi-fungsi mekanikal kepada fungsi yang maju.

"Produk-produk kami merupakan nadi agenda inovasi kami," kata Troy Jackson, Pengarah Urusan untuk Kediaman Pintar dan E-Perniagaan di Penyelesaian Terbuka APAC ASSA ABLOY. "Kunci pintu pintar ialah manifestasi strategi inovasi sistematik ASSA ABLOY yang berdasarkan pada proses, produk, dan organisasi."

Proses inovasi produk ASSA ABLOY adalah berdasarkan kepada pendekatan get laluan berstruktur dalam membongkar pasaran dan wawasan pelanggan untuk mengenalpasti peluang. Idea-idea produk distrategikan dan diprotaipkan dengan teliti untuk memaksimumkan kejayaan buat pertama kalinya.

Produk-produk baharu perlu lestari dari segi bahan, pengeluaran, logistik, dan pelupusan. Seterusnya, perancangan generasi mengatur pelancaran teknologi baharu untuk keluar ke pasaran pada masa yang tepat.

Sehingga 2,800 pekerja penyelidikan dan pembangunan di seluruh dunia menyokong evolusi produk-produk pintar di ASSA ABLOY Group. Serangkaian jurutera dan lebih 9,000 paten, tanda dagang, dan reka bentuk berdaftar mengekalkan reputasi syarikat sebagai pemimpin dunia dalam penyelesaian akses. Di Asia Pasifik, pasukan pembangun aplikasi, pakar perisian tegar, dan jurutera awan yang beribu pejabat di Shanghai membangunkan dan menyesuaikan penyelesaian kediaman pintar untuk rantau ini.

Bidang-bidang tumpuan ini memastikan ASSA ABLOY melabur dalam idea-idea yang merupakan asas kepada masa hadapan kediaman pintar.

"Akhirnya, ia adalah untuk memberikan ketenangan kepada pengguna di mana pengguna percaya bahawa pintu depan mereka selamat sambil memudahkan dan senang untuk menikmati semua faedah lain kunci pintar dari membolehkan rakan-rakan dan keluarga mengakses atau sentiasa tahu sama ada pintu anda sudah dikunci," tambah Jackson.

Source: ASSA ABLOY Asia Pacific
Keywords: Construction/Building Home Improvement Household/Consumer/Cosmetics Retail