HOD HASHARON, Israel, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Sarine Technologies Ltd yang disenaraikan dalam Papan Utama Bursa Singapura ("Sarine", U77 :SI), peneraju dunia bagi pembangunan, pengeluaran dan penjualan produk teknologi jitu untuk penilaian, perancangan, pemprosesan, kemasan, penggredan dan perdagangan berlian dan batu permata, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa laporan berlian digital Sarine Profile berserta keputusan penggredan berlian Prestasi Sarine Light akan dilancarkan di seluruh Malaysia dan Brunei oleh Diamond & Platinum untuk koleksi Berlian Estrella proprietarinya.
Diamond & Platinum, ditubuhkan pada tahun 1999, merupakan anggota DeGem Berhad Group, mengendalikan 12 butik berlian di seluruh Malaysia dan Brunei. Laporan Barang Kemas Berlian Estrella dengan Prestasi Sarine Light dilancarkan secara digital awal bulan ini dan setiap butir berlian Estrella akan dijual dengan sijil fizikal Prestasi Sarine Light yang disertakan dengan laporan berlian digital Sarine Profile.
Laporan berlian digital Sarine Profile memaparkan maklumat visual dan pengalaman yang menarik mengenai berlian, dikuasakan oleh teknologi analisis dan paparan berlian yang tepat daripada Sarine yang menawarkan pengguna dengan keputusan analisis prestasi cahaya berlian dan penggredan yang tepat dengan imejan berformat digital dan bahan video bagi meningkatkan proses pembelian di kedai mereka sekali gus membina kepercayaan dan keyakinan mereka.
En. Leslie Choong, Pengarah Diamond & Platinum berkata: "Kami berasa sangat gembira untuk bekerjasama dengan Sarine. Diamond & Platinum bersedia untuk memanfaatkan penggredan prestasi cahaya yang terbukti secara saintifik dan memberi suntikan dorongan pembelian baharu kepada pasaran Malaysia dan Brunei. Pembeli dari kedua-dua negara akan berpeluang untuk merasai perjalanan pembelian yang berkembang maju dengan meneliti laporan digital berlian Estrella. Ia akan menyediakan suasana pembelian yang aman dan tenang untuk laporan digital bertambah nilai sedemikiannya untuk pengguna."
En. Noy Elram, Pengarah Urusan APAC Sarine, menyatakan: "Pengguna celik teknologi hari ini mengharapkan tahap inovasi teknologi baharu yang memberi harapan daripada sebuah firma yang andal dan ternama yang dapat memenuhi keinginan mereka selama bertahun-tahun baik yang akan datang. Teknologi Sarine sedang bersiap sedia memenuhi keperluan transformasi generasi akan datang dengan penyertaan jualan runcit."
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200917/2920501-1?lang=0