omniture

Amazfit Band 5 Dilancar dengan Penepuan Oksigen Darah, 15-hari Hayat Bateri[1] berharga 49.9USD[2] pada 21 September dan Amazon Alexa Terbina-dalam[3] Akan Datang

Bolehkah Gegelang Menjadi Lebih Pintar? Lihatlah Gegelang Serba Guna ini dengan Pelbagai Pengurusan Kesihatan dan Alexa Terbina-dalam.
Amazfit
2020-09-22 00:00 578

SHENZHEN, China, 21 September 2020 /PRNewswire/ -- Amazfit Band 5, gegelang tangan pintar, dilancarkan sebagai tawaran terkini daripada Huami untuk kecemerlangan barisan produk boleh pakai Amazfit. Amazfit Band 5 mempunyai kebanyakan fungsi yang anda miliki sebagai gegelang gimnasium sukan, tetapi juga merupakan pembantu pengurusan kesihatan yang teliti dan gegelang tangan yang lebih pintar dengan interaksi yang kerap digunakan hasil daripada fungsi-fungsi Alexa terbina-dalam berkuasa yang akan datang. Dengan harga mampu milik, Amazfit Band 5 bertujuan untuk membantu orang awam, yang berumur antara 18-50 tahun atau lebih, untuk Kekal Aktif dan Kekal Muda dalam dunia yang mencabar pada masa kini, terutamanya mereka yang peka terhadap kesihatan dan berminat dengan sukan ringan yang mencari gegelang dengan bajet yang lebih baik.

Gegelang dengan Pengurusan Kesihatan Diri yang Teliti dan berasaskan Sains[4]  

Kategori gegelang boleh pakai biasanya dianggap sebagai peranti asas dengan harga yang rendah. Namun demikian, Amazfit Band 5 menjadikan kategori "gegelang" dinaik taraf, terutamanya pengurusan kesihatan diri.

  • BioTracker™ 2 jitu: Walaupun Amazfit bukanlah alat perubatan, namun ia didatangkan dengan sensor optik PPG generasi paling baharu, Huami BioTracker™ ke-2, menyediakan pengukuran kadar denyutan jantung berterusan selama 24/7 dengan kejituan tinggi berserta kadar denyutan jantung semasa rehat, zon kadar denyutan jantung dan amaran kadar denyutan jantung tinggi yang merupakan biosensor yang paling versatil dan jitu yang pernah dibangunkan oleh Huami.
  • OxygenBeats TM canggih membolehkan Amazfit Band 5 untuk pengukuran Penepuan Oksigen Darah, dikuasakan oleh enjin AI data oksigen yang dibangunkan sendiri oleh Huami. Dibandingkan dengan keputusan daripada penganalisis oksigen profesional, purata ralat OxygenBeatsTM  hanyalah 1.67%[5] mencerminkan kejituan unggul daripada kebanyakan peranti pergelangan tangan boleh pakai untuk pengesanan oksigen darah. OxygenBeatsTM diaplikasikan untuk lawatan susulan dengan pesakit COVID-19 yang telah pulih di China.
  • PAI™ berasaskan sains ialah Sistem Penilaian Kecerdasan Aktiviti Peribadi yang berasaskan kajian PaiHealth[6] dari Norway. Dengan metrik pengesanan aktiviti yang ringkas, anda boleh menafsirkan data kadar denyutan jantung harian anda pada skor tunggal dan peribadi bagi mengetahui berapa banyak aktiviti yang diperlukan untuk kekal sihat. Disokong oleh kajian sains, bahawa mengekalkan lebih 100 PAI dikaitkan dengan penambahan sehingga 5 tahun[7] kepada hayat anda dan mengurangkan risiko kematian penyakit kardiovaskular sebanyak purata 25%[8]. Cubalah Amazfit Band 5, anda akan dapat memperbaharui pemahaman anda mengenai apa itu gimnasium jantung.
  • Pemantauan Kualiti Tidur boleh mengukur tidur keseluruhan anda, tidur ringan, tidur nyenyak dan pergerakan mata pantas (REM) bagi memahami corak tidur anda. Amazfit Band 5 boleh menjaga tidur anda walaupun semasa waktu tidur siang selama lebih 20 minit.
  • Penjejakan Tempoh Haid membantu wanita memantau tempoh haid dan ovulasi mereka dan mengingatkan wanita sebelum haid bermula.
  • Pemantauan Tekanan akan menghitung tahap tekanan anda melalui keragaman kadar denyutan jantung anda dengan 4 tahap termasuk santai, normal, sederhana dan tinggi.
  • Latihan Bernafas akan membimbing anda untuk sesi bernafas mendalam bagi membantu anda melegakan tekanan.
Amazfit Band 5 Launched with Blood Oxygen Saturation, 15-day Battery Life at 44.9USD  on Sept. 21st, and Amazon Alexa Built-in
Amazfit Band 5 Launched with Blood Oxygen Saturation, 15-day Battery Life at 49.9USD on Sept. 21st, and Amazon Alexa Built-in

Gegelang Serba Guna yang Layak Dimiliki oleh Semua Orang sebagai Gegelang Tangan Pintar Gimnasium dan Kesihatan 

Amazfit Band 5 kini merupakan gegelang yang begitu serba guna dalam pasaran yang membawakan perkakasan, perisian dan fungsi-fungsi kompetitif antara gegelang boleh pakai pada harga yang serupa. Ia menyokong paparan warna 1.1" AMOLED dengan resolusi 126x294. Walaupun pada harga yang berpatutan, skrin didatangkan dengan kaca tahan pecah 2.5D dan lapisan anti-cap jari.

Gegelang ini ringan dan hanya seberat 12g tanpa tali. Dengan Bluetooth 5.0 dan teknologi penjimatan kuasa, bateri 125 mAh dapat memastikan Amazfit Band 5 berfungsi sehingga 15 hari dalam senario penggunaan biasa, 25 hari dalam senario penjimatan kuasa dan siap sedia sekitar 3 bulan.[9]

Amazfit Band 5 didatangkan dengan tali TPU mesra kulit dengan tiga warna dan menyokong 11 mod sukan termasuk berenang hasil daripada ciri kalis air 5ATM[10]. Ia menawarkan seleksi luas dengan lebih daripada 45 muka jam untuk dimuat turun daripada Aplikasi, 2 muka jam yang menyokong widget yang boleh disunting agar pengguna dapat memperibadikannya, malah menambah gambar diri mereka sendiri pada bahagian latar belakang.

Amazfit Band 5 Boleh Menjadi Salah Satu Gegelang Lebih Pintar 

Bolehkan gegelang tangan menjadi lebih pintar?

Jawapannya positif. Amazfit Band 5 boleh menjadikan kehidupan lebih mudah dan lebih menyeronokkan dengan Amazon Alexa[11]. Dengan Alexa, anda boleh bertanya soalan, mencari maklumat, mendapatkan terjemahan, membuat senarai beli belah, menetapkan penggera dan pemasa, peringatan, menyemak cuaca, menyemak pemberitahuan, membuat arahan rumah pintar dan banyak lagi. Anda boleh bercakap dengan Amazfit Band 5 dan ia memberi respons mengikut arahan suara pengguna pada skrin dengan respons teks. Sebagai contoh, katakanlah,

  • "Alexa, tetapkan pemasa pasta."
  • "Alexa masukkan telur dalam senarai beli belah saya."
  • "Alexa hidupkan lampu ruang tamu."
  • "Alexa siapakah Barack Obama?"

Alexa berada dalam infrastruktur awan, maka ia sentiasa menjadi lebih pintar, menambah keupayaan baharu yang dihantar ke peranti anda secara automatik. Menggunakan Alexa on Amazfit Band 5 adalah mudah dan bebas-tangan – tanyalah dan Alexa akan memberi respons serta merta.

PENTING :

  • Amazfit Band 5 mula dijual mulai 21 September melalui Amazon dalam pasaran AS. Pasaran lain akan menyusul mulai Oktober ini.
  • Keupayaan Alexa terbina-dalam akan didayakan oleh kemas kini OTA percuma dalam pasaran-pasaran tersedia.
  • Muat turun Imej HQ Images daripada Amazfit Band 5 di sini, https://bit.ly/3hbyk6M 

Latar Belakang Amazfit 

Ditubuhkan pada September 2015, Amazfit ialah jenama persendirian yang dimiliki oleh Huami Technology (NYSE: HMI), menawarkan tujuh siri produk jam tangan dan gelang pintar termasuk siri Stratos, siri Asas, siri Unggulan, siri Kesihatan, siri Fesyen, siri Luar dan siri X. Amazfit turut menyediakan perkakasan pintar lain yang berkaitan dengan sukan dan kesihatan termasuk fon telinga kecil (earbud) sukan TWS, sawat injak pintar, skala lemak tubuh pintar dan peralatan sukan. Dengan reka bentuk dan ketukangan cemerlang, produk jam tangan pintar Amazfit telah memenangi banyak hadiah, seperti Anugerah Reka Bentuk Industri iF Jerman dan Anugerah Reka Bentuk Red Dot. Pada masa kini, produk Amazfit memasuki pasaran melibatkan lebih daripada 70 negara dan wilayah termasuk Amerika Syarikat, Jerman dan Jepun. Menurut laporan penjejakan pasaran peranti boleh pakai global IDC, dalam separuh pertama tahun 2020, jam tangan Amazfit mendapat bahagian terbesar dalam pasaran jam tangan dewasa di Itali, Sepanyol, India dan wilayah-wilayah lain serta turut menjadi antara produk terbaik di wilayah-wilayah seperti China, Jerman, Perancis, Rusia dan Brazil.

Temui butiran lebih lanjut mengenai kami, https://en.amazfit.com/about.html

Huami Technology, beroperasi sejak tahun 2013, ialah penyedia perkhidmatan rawatan kesihatan berasaskan awan yang menawarkan teknologi boleh pakai pintar yang terkemuka di dunia. Pada Februari 2018, Huami Technology disenaraikan dalam Bursa Saham New York (NYSE) (kod saham: HMI).

Hubungan Media
press@huami.com 

[1] Ujian hayat bateri di bawah keadaan makmal, mungkin berbeza mengikut penggunaan dan keadaan.
[2] Harga jualan mungkin berbeza mengikut pasaran.
[3] Alexa Terbina-dalam untuk Amazfit Band 5 akan disediakan melalui penaiktarafan OTA tidak lama lagi sekiranya pasaran berkenaan terdapatnya Alexa. Apabila tersedia, pemberitahuan akan muncul melalui Zepp APP (dahulunya dikenali sebagai Amazfit APP) dan peranti. Masa tolak OTA mungkin berbeza mengikut pasaran.
[4] Produk ini bukanlah peranti perubatan. Semua data dan pengurusan bukan bertujuan untuk diagnosis perubatan atau pemantauan perubatan.
[5] Menurut Ucapan Dasar Persidangan Inovasi AI Huami, Jun, 2020
[6] Sains PAI. Penyelidik menggunakan data Kajian HUNT untuk mengesahkan PAI. Kajian HUNT merupakan salah satu kajian kesihatan yang terbesar seumpamanya dan dijalankan oleh Fakulti Perubatan yang memenangi Hadiah Nobel di Norwegian University of Science and Technology. Ia mengandungi pangkalan data unik mengenai sejarah perubatan diri dan keluarga yang terdiri daripada lebih 45,000 orang sepanjang 25 tahun yang lalu. https://www.paihealth.com/science-of-pai/default.htm
[7] Dengan mengaplikasikan algoritma PAI kepada data HUNT, penyelidik mendapati bahawa apabila individu tekal bersenam pada kadar intensiti bersamaan bagi mengekalkan 100 PAI, ia dikaitkan dengan penurunan risiko kematian akibat penyakit kardiovaskular dengan purata sebanyak 25% dan penurunan risiko kematian daripada penyakit berkaitan gaya hidup yang lain untuk lelaki dan wanita pada semua peringkat umur. Mereka juga melihat bahawa pengekalan 100 PAI dikaitkan dengan peningkatan jangka hayat sebanyak purata 5 tahun. Dipetik daripada https://www.paihealth.com/science-of-pai/default.htm pautan asal https://cdn.flipsnack.com/widget/v2/widget.html?hash=fd1pf7owi, lihat juga <Personalized Activity Intelligence (PAI) for Prevention of Cardiovascular Disease and Promotion of Physical Activity> https://www.amjmed.com/article/S0002-9343(16)31069-5/abstract
[8] Lihat nota kaki di atas
[9] Ujian hayat bateri di bawah keadaan makmal, mungkin berbeza mengikut penggunaan dan keadaan.
[10] Peranti ini melepasi ujian tahap kerintangan air 5 ATM yang dijalankan oleh institusi pihak ketiga.
[11] Akan didatangkan dengan kemas kini OTA. Pasaran AS akan diutamakan. Pasaran-pasaran lain akan menyusul sekiranya Alexa tersedia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200917/2919079-1?lang=0

Source: Amazfit
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Health Care/Hospital Internet Technology Sports Telecommunications New products/services