omniture

Sidang Kemuncak Beijing Bandar-bandar Kreatif UNESCO Ketiga Gesa Kerjasama Antarabangsa Terbuka dan Inklusif di seluruh Wilayah

Beijing Municipal Science and Technology Commission
2020-09-23 11:06 4173

BEIJING, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Menerusi tema "Daya kreativiti memperkasa bandar, teknologi mencipta masa depan", Sidang Kemuncak Beijing Bandar-bandar Kreatif UNESCO Ketiga, yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Sains dan Teknologi Perbandaran Beijing, meneroka sejauh mana budaya, kreativiti dan teknologi dapat meningkatkan pengurusan bandar. Peserta-peserta sidang kemuncak berkenaan menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa di seluruh wilayah.

"Pendigitalan telah menjadi pengubah industri yang utama dan pastinya akan kekal menjadi komponen yang penting dalam kebiasaan baharu," kata Lamia Kamal-Chaoui, Pengarah Pusat OECD untuk Keusahawanan, Perusahaan Kecil-kecilan & Sederhana, Wilayah dan Bandar. "Banyak bandar telah menerima pakai alatan bandar pintar, terutamanya untuk membawa perkhidmatan perbandaran.

"Bandar-bandar juga berpeluang untuk mempertimbangkan semula model pertumbuhan pelancongan mereka dan meneroka alternatif untuk pelancongan berskala besar, dengan memanfaatkan teknologi bagi memaparkan tempat tarikan global yang sering dikunjungi dan mempromosikan industri-industri tempatan."

Memandangkan Beijing telah dilantik sebagai Bandar Reka Bentuk UNESCO pada tahun 2012, industri kreatifnya menjadi sumber pertumbuhan ekonomi yang baharu. Transformasi Shougang No. 3 Blast-Furnace - lokasi sidang kemuncak ini - daripada struktur keluli dalam taman industri kepada ruang terbuka untuk orang awam, benar-benar selaras dengan misi dan keutamaan UNESCO.

Menyokong persekitaran kerjasama bandar yang bersifat terbuka dan inklusif, ramai pemimpin menekankan kepentingan kerjasama antarabangsa semasa sidang kemuncak berkenaan.

Virginia Raggi, Datuk Bandar Rome, berkata, "Kami memberi tumpuan pada pertumbuhan semula bandar sebagai suatu faktor dalam meningkatkan kesejahteraan penduduk serta pelancong dan benar-benar percaya dengan kerjasama antarabangsa. Multilateralisme dan kesalingan menonjolkan nilai-nilai asas demokrasi kami."

"Sekiranya ada sesuatu yang jelas buat kami semua, ia merupakan 'tiada sesiapa yang dapat diselamatkan sendiri,'" kata Enrique Avogadro, Menteri Kebudayaan Kerajaan Bandar Buenos Aires. "Kami mempunyai peluang unik untuk membina realiti baharu dan masa depan yang berbeza daripada apa yang kami bayangkan. Lebih penting lagi, kita dapat melakukannya bersama-sama, mendengar dan memberi ruang kepada semua suara dan idea."

Latar Belakang Sidang Kemuncak Beijing Bandar-bandar Kreatif UNESCO Ketiga

Sidang Kemuncak Beijing Bandar-bandar Kreatif UNESCO ketiga diadakan di Beijing pada 17-18 September 2020. Sidang kemuncak ini menyediakan platform bertaraf antarabangsa untuk mengadakan perbincangan dan perangkaian, menghimpunkan pelbagai kumpulan pemegang kepentingan bandar, termasuk Datuk Bandar dan penggubal dasar, wakil daripada agensi PBB, ilmuwan dan pakar serta penginovasi dan usahawan. Untuk maklumat lanjut mengenai sidang kemuncak ini, sila klik di sini.

Source: Beijing Municipal Science and Technology Commission
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news