omniture

Country Garden Forest City Siar Pelan Tindakan Pembangunan Ekologi Wujudkan Bandar Masa Depan Hijau dan Ekologi

Country Garden Forest City
2020-09-23 10:39 422

JOHOR BAHRU, Malaysia, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Pada 21 September, Country Garden Forest City menerbitkan Forest City Ecological Development Action Plan (Pelan Tindakan Pembangunan Ekologi Forest City) yang menggariskan misi pembangunan ekologi Forest City dan menetapkan dengan jelas matlamat serta sasaran pembangunan, operasi dan pengurusan bandar eko secara berfasa. Susulan daripada pelan ini, Forest City akan menjalankan pembangunan infrastruktur hijau sebagai asas, memanfaatkan industri teknologi tinggi bagi meningkatkan pembangunan ekonomi bandar dan akhirnya menjadi bandar hijau dan rancak dengan pelbagai industri dan budaya. Pada hari yang sama, dewan pameran Fasa 1 Forest City Eco Museum dibuka secara rasminya.

Forest City Eco Museum
Forest City Eco Museum

Forest City Eco-Museum, yang terletak di sebelah pantai Forest City, dibuka untuk orang awam hari ini. Muzim eko ini mematuhi konsep terbuka dan menembusi batasan muzium tradisional. Ia mengintegrasikan kawasan hijau luar, koridor ekologi, kawasan pemuliharaan rumput laut, dewan pameran dan makmal ke dalam satu sistem dan mencipta pengalaman yang imersif untuk pengunjung dengan ekosistem pemandangan yang sebenar.

Fasa 1 muzium berkenaan, yang terdiri daripada dewan pameran, bangunan makmal dan sebahagian daripada koridor eko, telahpun siap. Lebih 100 sampel biologi dipamerkan di dewan pameran bagi menunjukkan ekostem marin yang pelbagai di sekitar Forest City, misi pembangunan mampannya dan pencapaian perlindungan alam sekitar sejak beberapa tahun yang lalu. Makmal akan digunakan sebagai pusat penyelidikan dan pendidikan bagi memudahkan kerja-kerja penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta pendidikan oleh institusi penyelidikan dan universiti di sekitar Forest City. Sementara itu, kerja-kerja pembinaan fasa 2 telahpun bermula manakala fasa 3 sedang dirancang.

Dewan Pameran Fasa 1 Forest City Eco Museum
Dewan Pameran Fasa 1 Forest City Eco Museum

Pada hari yang sama, Forest City menerbitkan Forest City Ecological Development Action Plan yang menggariskan matlamat dan sasaran pembangunan, operasi dan pengurusan bandar eko, dari peringkat awal pembangunan projek pada tahun 2014 menuju masa depan. Susulan daripada pelan ini, Forest City akan menjalankan pembangunan infrastruktur hijau sebagai asas, memanfaatkan industri teknologi tinggi bagi meningkatkan pembangunan ekonomi bandar dan akhirnya menjadi sebuah bandar hijau dan rancak dengan pelbagai industri dan budaya.

Forest City Ecological Development Action Plan yang baru diterbitkan merangkumi tiga fasa, bagi setiap fasa, akan adanya satu set penunjuk pembangunan yang ditetapkan daripada aspek "Industri, Bandar dan Penduduk" dalam operasi bandar.

Fasa 1, bermula dari tahun 2014 hingga 2019, merupakan peringkat asas pembangunan ekosistem hijau bandar, mengaplikasikan konsep alam sekitar dalam seluruh perancangan bandar, pembangunan, pembinaan dan operasi bandar. Forest City tidak pernah menghentikan pelaburannya dalam pembangunan hijau, bermula daripada penilaian alam sekitar pada awal projek, hinggalah pelbagai langkah alam sekitar seperti pemasangan tetirai kelodak dua lapisan semasa kerja-kerja penambakan, pewujudan sistem pengurusan alam sekitar peringkat-perusahaan, pemuliharaan bakau melalui pengesanan satelit dan rondaan harian, pemuliharaan rumput laut dan pemantauan dinamik hidrologi, hanya untuk meminimumkan kesan alam sekitar semasa kerja-kerja pembangunan. Forest City juga telah memeterai kerjasama jangka panjang bersama institusi penyelidikan dan universiti bagi menjalankan pemantauan saintifik dan analisis terhadap alam sekitar semula jadi di sekitar Forest City, menyediakan sokongan saintifik untuk pemulihan dan penyelenggaraan ekosistem yang berkesan. 

Sejak tahun 2016, Forest City telah memenangi lebih daripada 10 anugerah alam sekitar peringkat antarabangsa dan kebangsaan. Selain itu, Forest City juga telah meraih pelbagai kejayaan dalam pembangunan industri semasa fasa 1 pembangunan ekologinya. Asas kukuh industri hijau telah diletakkan, menerusi pelancaran loji IBS yang terkemuka, pusat peranginan eko dan beberapa industri berkaitan yang lain.

Dalam pembinaan budaya bandar, projek "Cintai Alam Semula Jadi, Cintai Forest City" "—"Mesra Alam" ("Love Nature, Love Forest City"—"Go Green") dilancarkan pada tahun 2019 dan ia menerajui pelbagai aktiviti alam sekitar sehingga kini.

Dalam fasa 2, bermula dari tahun 2020-2023, Forest City bermatlamat untuk mencapai matlamat integrasi industri-bandar secara berperingkat-peringkat. Menjadikan "Hijau" dan "Pintar" sebagai tumpuan utama, ia komited terhadap pembangunan Pengindustrian 4.0 dan membawakan industri teknologi tinggi seperti robotik bagi memperkasa pembangunan hijau dan menjadikan Forest City benar-benar sebagai model perdana untuk bandar-bandar masa depan yang boleh didiami dengan integrasi industri.

Industri-industri terkemuka seperti pusat e-dagang, industri hijau dan pintar, serta industri teknologi tinggi dan sebagainya akan memperkasa pembangunan Forest City dalam fasa 2.

Dari segi pembangunan dan operasi bandar, Forest City akan membina koridor eko 4km dengan pelbagai kawasan khas yang menarik seperti pagaran tanaman hijau, tapak ekologi, tempat pemuliharaan rumput laut, kawasan perkahwinan, Kafe rumah pokok, panggung wayang terbuka dan sebagainya, sepanjang perjalanannya bagi mewujudkan pengalaman eko yang imersif. Forest City akan memanfaatkan sepenuhnya sumber-sumbernya bagi membangunkan pelbagai laluan ekopelancongan bertema seperti laluan kesihatan ekologi, laluan pendidikan serta pengalaman alam sekitar dan sebagainya bagi mendorong industri pelancongan tempatan. Forest City akan menjadi pusat pertukaran budaya eko-pelancongan, pendidikan alam sekitar, penjagaan kesihatan serta riadah, dan sebagainya.

Fasa 3, bermula dari tahun 2024 dan seterusnya, Forest City membayangkan untuk membina ekosistem bandar yang diselaraskan dengan pewujudan bersama pembangunan bandar dan warisan semula jadi serta menjadi model perdana untuk bandar-bandar masa depan.

Untuk pembangunan industri, Forest City akan terus membangunkan industri-industri Pelancongan & MICE, Penjagaan Kesihatan, Pendidikan & Latihan, Ibu Pejabat Serantau, Pembiayaan Dekat Pantai dan sebagainya bagi mencapai integrasi industri-bandar, integrasi industri-pendidikan-penyelidikan dan susunan fungsi bandar yang diselaraskan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200921/2923010-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200921/2923010-1-b?lang=0

Source: Country Garden Forest City
Keywords: Environmental Products & Services Travel