omniture

Yili Group Jadi Jenama Tenusu Paling Berharga di Dunia

Yili Group
2020-09-23 10:26 481

HOHHOT, China, 23 September 2020 /PRNewswire/ -- Brand Finance, perunding penilaian jenama bebas yang terkemuka di dunia, telah mengeluarkan Laporan Makanan & Minuman 2020, yang mana syarikat gergasi tenusu Asia Yili Group ("Yili", SHA: 600887) dinamakan sebagai jenama tenusu yang paling berharga dan jenama makanan kedua paling BERHARGA di dunia hasil pencapaiannya yang mengagumkan pada tahun lalu.

Yili dinobatkan sebagai jenama tenusu paling berharga oleh Brand Finance dalam laporan Makanan & Minuman 2020
Yili dinobatkan sebagai jenama tenusu paling berharga oleh Brand Finance dalam laporan Makanan & Minuman 2020

Brand Finance ialah salah satu daripada lima institut penilaian jenama terbaik di dunia dan diiktiraf secara meluas hasil profesionalisme dan kebebasannya. Laporan penilaian jenamanya merupakan petunjuk penting untuk syarikat-syarikat dan golongan profesional kewangan.

"Sebagai jenama yang komited terhadap inovasi produk yang berterusan dalam industri ini, tidak hairanlah Yili berupaya untuk terus mencapai matlamat pengembangannya tahun ini, walaupun berlakunya pandemik Covid-19," kata Savio D'Souza, Pengarah Penilaian Brand Finance.

Menurut Brand Finance, kini Yili telah mengatasi pesaingnya untuk menjadi syarikat tenusu yang terbesar di dunia, dengan nilai jenama mencecah sehingga 13% pada tahun lalu hasil daripada inovasi dan strategi pengantarabangsaannya selain falsafah bertumpu pelanggan oleh Pengerusi Pan Gang. Yili turut dinamakan sebagai jenama tenusu yang paling berpotensi di dunia, memperlihatkan kepimpinan berterusan Yili dalam industri tenusu global. 

Yili perluas jenama dan sasar dua billion pengguna seluruh dunia 

Sebagai jenama tenusu Asia yang paling berharga sejak lima tahun yang lalu, Yili terus maju ke hadapan dalam pengembangan antarabangsa, terutamanya di Asia Tenggara, Eropah dan Oceania. Ia menyasarkan untuk membina rangkaian global dan rantaian bekalan yang menyediakan perkhidmatan kepada dua bilion pengguna di seluruh dunia menjelang akhir tahun 2020.

Dengan memberi penekanan yang kuat terhadap inovasi, Yili memberi tumpuan untuk menghasilkan produk baharu dan menerajui kategori produk baharu yang dapat menampung keperluan pengguna, meluaskan pilihan dan meningkatkan kesihatan dalam pasaran seluruh dunia. Pengguna mengiktiraf dan menerima kualiti produknya yang terkenal dan tawaran produk yang beraneka, yang membolehkan Yili untuk mencapai penembusan jenama yang tinggi dalam pasaran-pasaran yang luas.

Yili mewujudkan platform radar data raya bagi mengumpul maklumat yang boleh diakses oleh orang awam daripada lebih 420 sumber data, menyediakan lebih 90 peratus data yang sah untuk tujuan analisis pandangan pelanggan. Ia memberi penekanan yang signifikan bagi memahami dan bertindak balas kepada keperluan pengguna, membangunkan produk baharu dan inovatif yang melangkaui pilihan dan meningkatkan kesihatan buat pengguna di seluruh dunia.

Yili turut diiktiraf oleh syarikat perkhidmatan kewangan Belanda Rabobank dalam Laporan 20 Teratas Tenusu Global 2020, yang mana ia dinamakan sebagai pengeluar produk tenusu kelima di dunia. Ini merupakan penarafan tertinggi yang pernah dicapai oleh pengeluar tenusu Asia.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200918/2921869-1?lang=0

 

Source: Yili Group
Keywords: Banking/Financial Service Beverages Food/Beverages Survey, Polls & Research