SINGAPURA, 24 September 2020 /PRNewswire/ -- IMA® (Institute of Management Accountants), persatuan bagi akauntan dan ahli profesional kewangan dalam bidang perniagaan, hari ini mengumumkan permulaan pendaftaran untuk Virtual AsiaPac Conference 2020. Persidangan ini, yang bakal diadakan pada 17 Oktober, jam 1 petang hingga 5 petang, akan menjadi tuan rumah kepada barisan pakar industri dan akademik yang terkemuka untuk berkongsi kandungan eksklusif dalam pengalaman maya yang imersif sepenuhnya. Acara ini percuma untuk semua dan hadirin boleh mendapat sehingga 3.5 kredit CPE.
Dengan penceramah-penceramah bertaraf dunia dari seluruh dunia yang telah membuat pengesahan daripada IBM, Johnson & Johnson, Grant Thornton, Deloitte dan lain-lain, IMA Virtual AsiaPac Conference akan menyediakan golongan profesional kewangan dan perakaunan dengan kemahiran yang tepat serta peluang untuk berinovasi dan mencipta nilai apabila melibatkan persediaan menghadapi masa depan. Penceramah-penceramah tersebut mewakili gabungan pemimpin perakaunan dan kewangan kanan dari A.S., Singapura, Jepun dan Australia serta akan menyediakan hadirin dengan contoh dan pandangan yang meliputi topik-topik seperti cabaran yang dihadapi oleh industri pada hari ini dan masa depan, terutamanya dengan COVID-19 serta bagaimana data digunakan untuk menyampaikan kisah-kisah strategik bagi memaklumkan keputusan perniagaan.
"Persidangan ini merupakan bahagian penting dalam inisiatif serantau kami bagi menyokong kemajuan kerjaya perakaunan dan kewangan serta merapatkan jurang kemahiran golongan profesional dengan menghubungkan mereka bersama beberapa pemimpin industri yang ternama menerusi pandangan dan analisis mereka yang akan memperkasa mereka untuk berkembang maju dan menempuh masa depan dengan yakin," kata Josh Heniro, Ph.D., Pengarah Kanan, Asia Tenggara & Australasia, IMA.
IMA Virtual AsiaPac Conference membawakan platform untuk membincangkan dan terlibat dalam isu-isu serantau dan global yang kritikal. Beberapa penyampai ucapan dasar, panel dan kumpulan kecil termasuk:
Untuk maklumat lengkap mengenai IMA Virtual AsiaPac Conference dan butiran pendaftaran, sila kunjungi: https://www.imanet.org/events/asia-pacific-conference
Latar Belakang IMA® (Institute of Management Accountants)
IMA®, dinamakan sebagai Badan Profesional Terbaik Tahun 2017 dan 2018 oleh The Accountant/International Accounting Bulletin, ialah salah satu persatuan yang terbesar dan paling disegani yang memberi tumpuan eksklusif bagi memajukan kerjaya perakaunan pengurusan. Secara global, IMA menyokong kerjaya ini melalui penyelidikan, program-program CMA® (Certified Management Accountant) dan CSCA® (Certified in Strategy and Competitive Analysis), pendidikan berterusan, perangkaian dan advokasi amalan perniagaan beretika tertinggi. IMA mempunyai jaringan global melibatkan lebih 125,000 ahli dalam 150 negara dan 350 cawangan profesional dan pelajar. Beribu pejabat di Montvale, New Jersey, AS, IMA menyediakan perkhidmatan setempat melalui empat wilayah globalnya: Amerika, Asia/Pasifik, Eropah dan Timur Tengah/India. Untuk maklumat lanjut mengenai IMA, sila kunjungi www.imanet.org.
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191017/2614087-1LOGO?lang=0