omniture

Bekas Ketua Pegawai Operasi HSBC Group Andy Maguire sertai Thought Machine sebagai Pengerusi baharu

Thought Machine
2020-09-24 14:39 314

LONDON dan SINGAPURA, 24 September 2020 /PRNewswire/ -- Thought Machine, syarikat teknologi perbankan teras natif awan hari ini mengumumkan pelantikan Andy Maguire sebagai Pengerusi. Maguire, bekas Ketua Pegawai Operasi Kumpulan HSBC, menyertai Thought Machine berkuatkuasa serta merta. Di HSBC, Maguire mengetuai perkhidmatan IT, operasi perniagaan, sokongan perubahan, pemerolehan dan hartanah bank. Sebelum HSBC, Maguire merupakan rakan kongsi pengurusan Boston Consulting Group untuk UK dan Ireland, dan anggota jawatankuasa eksekutif global mereka.

Andy Maguire

Pelantikan Maguire tiba pada masa momentum yang penting bagi Thought Machine, yang baru-baru ini telah menutup pusingan Siri Bnya pada nilai US$125j, pusingan pengumpulan dana terbesar keempat dalam fintech UK tahun ini. Tambahan lagi, Thought Machine telah menambah lebih daripada 150 pekerja dalam tahun 2020 dan telah membuat beberapa pelantikan jawatan kanan utama dalam Suku ke-2 yang termasuk Nicole Jude sebagai Ketua Pegawai Sumber Manusia. Nicole baru-baru ini mengetuai fungsi HR dan sumber manusia di Diligent Corporation dan Bloomberg. 

Pelantikan Maguire berlaku ketika bank-bank di seluruh dunia semakin memerlukan infrastruktur perbankan teras yang tidak lapuk. Thought Machine bakal mengumumkan sejumlah pelanggan baharu dalam beberapa bulan akan datang. Ketika syarikat meneruskan strategi pengantarabangsaannya, Thought Machine sedang mengukuhkan lembaganya dengan pengalaman Maguire dalam mendorong transformasi perbankan di HSBC, institusi kewangan terkemuka dunia yang melayani lebih daripada 40 juta pelanggan di lebih 64 negara.

Maguire akan mengambil alih daripada Richard Little, usahawan perisian, pelabur swasta dan pengarah bukan eksekutif dalam perniagaan perisian dan teknologi. Little telah mempengerusikan Thought Machine sejak tahun 2016, menyelia pertumbuhannya daripada 40 pekerja kepada lebih 400 hari ini. Pengalaman beliau dalam mengembangkan perniagaan perisian sangat berharga dalam memimpin pengembangan Thought Machine ke dalam pasaran luar negara baharu dan beroperasi dengan beberapa bank terkemuka.

Diasaskan dalam tahun 2014 oleh jurutera Google Paul Taylor, Thought Machine memberikan teknologi perbankan teras natif awan kepada bank-bank terkemuka di seluruh dunia. Sekarang, Thought Machine menamakan Lloyds Bank, Standard Chartered, Atom bank dan SEB sebagai pelanggan.

Andy Maguire, Pengerusi Thought Machine yang baru dilantik, berkata:

"Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah menyaksikan Thought Machine mengganggu masalah perbankan teras yang lama dan bekerjasama dengan bank-bank terkemuka untuk menyampaikan perjalanan transformasi mereka. Kejayaan Thought Machine dapat dikaitkan kepada dua pembeza strategik – pasukan kejuruteraan bertaraf dunia dan komitmen terhadap penyampaian yang berkualiti tinggi. Dengan pembiayaan baru-baru ini, dan pencepatan pengambilan pekerja antarabangsa, syarikat ini bersedia untuk peringkat pertumbuhan global selanjutnya. Saya gembira dapat menyertai Thought Machine ketika ia mengembangkan jejaknya ke pasaran baharu, meningkatkan pendapatannya, dan menunjukkan bahawa insfrastruktur perbankan teras yang moden ialah keperluan yang strategik untuk kewangan abad ke-21."

Paul Taylor, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Thought Machine, mengulas:

"Saya gembira bahawa seseorang yang berkaliber seperti Andy Maguire menyertai Thought Machine. Ketika kami mengembangkan bahagian pasaran kami, rangkaian kemahiran dan pengalaman Andy dalam mendorong strategi infrastruktur dan operasi HSBC akan menjadi kritikal dalam mewujudkan nilai penting untuk perniagaan. Ketika dunia menavigasi persekitaran ekonomi baharu, infrastruktur perbankan teras yang berdaya tahan dan lincah semakin menjadi penting kepada bank-bank yang perlu menyesuaikan diri dan melayani pelanggan. Saya berharap dapat bekerjasama rapat dengan Andy ketika Thought Machine memenuhi keperluan ini dan meneruskan pelan pertumbuhan antarabangsa kami dengan agresif dalam tahun-tahun akan datang." 

Latar Belakang Thought Machine 

Thought Machine telah diasaskan dalam tahun 2014 dengan misi untuk mendayakan bank-bank melaksanakan sistem moden dan berpindah dari platform IT legasi yang sudah lama berada dalam industri perbankan. Kami melakukannya melalui platform perbankan teras natif awan kami, Vault. Sistem generasi akan datang ini telah ditulis dari awal sebagai platform natif awan sepenuhnya. Ia tidak mengandungi walau sebaris kod yang legasi, atau pra-awan.

Diasaskan oleh usahawan Paul Taylor, pelanggan Thought Machine merangkumi Lloyds Banking Group, SEB, Standard Chartered dan Atom bank. Kami kini ialah sekumpulan lebih daripada 400 orang yang tersebar di semua pejabat di London dan Singapura dan telah mengumpulkan lebih daripada 110j Pound dalam pembiayaan daripada Eurazeo, Draper Esprit, SEB, British Patient Capital, IQ Capital, Playfair Capital, Lloyds Banking Group dan Backed. Untuk maklumat lebih lanjut kunjungi thoughtmachine.net.

Hubungan Media:

Pamela Sumayao
Pengurus Pemasaran (APAC),
Thought Machine
pamela@thoughtmachine.net
+65-8288-7510

Asif Faruque
Ketua Komunikasi
Thought Machine
asif@thoughtmachine.net 

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2924975-1LOGO?lang=0

Source: Thought Machine
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Venture Capital Financial Technology