omniture

GWM Sedia untuk Lancar Model Baharu di Auto China 2020

GWM
2020-09-25 06:16 635

BEIJING, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- GWM (601633.SS/02333.HK), pengeluar SUV dan pickup terkenal di dunia, akan mempamerkan model daripada tiga jenama kenderaan terkemukanya di Pameran Automotif Antarabangsa Beijing 2020 (Auto China 2020). Bertemakan "Kecerdasan menuju masa hadapan", acara ini akan berlangsung antara 26 September dan 5 Oktober di Pusat Pameran Antarabangsa China (Tempat Baharu) di Tianzhu, Beijing. Gerai berkeluasan 1700 meter persegi GWM akan berada di Dewan Pameran E3 di samping Audi dan Toyota.

GWM Bersedia Perkenal Model Baharu di Auto China 2020 dengan tema “PACU PERUBAHAN HEBAT”
GWM Bersedia Perkenal Model Baharu di Auto China 2020 dengan tema “PACU PERUBAHAN HEBAT”

Pameran ini membawa era baharu untuk GWM sebagai syarikat teknologi perjalanan global. Konsep kenderaan baharu dan inovasi teknologi menunjukkan peralihan daripada nilai produk kepada nilai pengguna, kerana produk ditakrifkan dan dipasarkan dari perspektif pelanggan.

Di samping pameran ini, GWM akan mengadakan penstriman langsung pada 26 September. Penstriman langsung ini akan tersedia di akaun media sosial rasmi GWM (Facebook: @GreatWallMotorsGlobal dan Twitter:@GWMGlobal), serta di laman web rasminya (https://www.gwm-global.com/).

"Auto China 2020 ialah acara industri yang penting untuk menyokong pemulihan ekonomi rantau ini berikutan pandemik COVID-19. Semasa pameran ini, kami berharap dapat mempamerkan bagaimana kami mendengar dan menyesuaikan diri dalam tempoh unik ini dengan mengambil langkah yang lebih besar untuk memahami keperluan pelanggan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi cabaran. GWM telah menyepadukan teknologi digital dan pengeluaran terkini dalam pelancaran produk teras untuk menyediakan pelanggan dengan lebih banyak pilihan untuk perjalanan cerdas dan selamat," kata Tony Sun, Timbalan Pengurus Besar GWM International.

GWM akan mempamerkan model dari GWM Pickup, HAVAL, dan EV yang meneraju trend SUV baharu global, HAVAL akan menampilkan 10 kenderaan yang merangkumi Gen-3nya H6 SUV, 2021 F7, F7x dan SUV bersaiz penuh H9. Sementara itu, pickup siri P GWM akan mendedahkan nama globalnya.

Penyertaan GWM di Auto China 2020 menandakan satu lagi langkah penting dalam strategi globalisasi jenama, yang telah menyaksikan syarikat membina sistem R&D dan pengeluaran merentas tujuh negara dan sepuluh lokasi. Setakat ini, pasaran luar negara GWM termasuk Rusia, Afrika Selatan, Australia, Amerika Tengah dan Selatan, Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika dan wilayah-wilayah lain.

Latar Belakang GWM 

GWM ialah pengeluar SUV dan pickup terkenal di dunia. Firma ini disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong pada tahun 2003 dan Bursa Saham Shanghai pada tahun 2011. Dengan empat jenama, yang merangkumi HAVAL, WEY, ORA dan GWM Pickup, pembuat kereta ini mengeluarkan kenderaan tenaga konvensional dan baharu dan memberi tumpuan kepada kategori SUV dan trak pickup. GWM dapat menyokong sendiri komponen terasnya, yang termasuk enjin dan transmisi. Dalam tahun 2019, GWM menjual 1,058,648 kenderaan baharu, meningkat sebanyak 1.43% tahun-ke-tahun, melebihi tanda satu juta untuk tahun keempat berturut-turut.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi https://www.gwm-global.com/

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926309-1-a?lang=0
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926309-1-b?lang=0

Generasi ketiga H6 SUV Akan Dipamerkan di Auto China 2020
Generasi ketiga H6 SUV Akan Dipamerkan di Auto China 2020

 

 

Source: GWM
Related Stocks:
HongKong:2333 OTC:GWLLY Shanghai:601633
Keywords: Auto Transportation Trade show news