omniture

"Makmal Bergerak Pintar" Macrogen, K-Quarantine System Dieksport ke Indonesia

Macrogen
2020-09-25 09:00 551

Sistem ujian di tapak pasang siap pertama seumpamanya untuk COVID-19 di Korea

Membekalkan sistem ujian COVID-19 jenis-kontena bergerak komprehensif semua-dalam-satu

Memperoleh kedudukan kukuh untuk eksport global dengan pembekalan ke Indonesia

SEOUL, Korea Selatan, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- Macrogen telah menubuhkan "Makmal Bergerak Pintar" yang pertama di Korea dan turut membekalkannya ke Indonesia.

Macrogen menubuhkan "Makmal Bergrak Pintar" pertama di Korea dan membekalkannya ke Indonesia
Macrogen menubuhkan "Makmal Bergrak Pintar" pertama di Korea dan membekalkannya ke Indonesia

Macrogen (Ketua Pegawai Eksekutif Sukang Lee, www.macrogen.com), sebuah syarikat bioteknologi untuk perubatan kepersisan, mengumumkan bahawa ia menubuhkan "Makmal Bergerak Pintar (SML)" pertama di Korea dan mengeksport makmal tersebut ke Indonesia.

Macrogen menandatangani perjanjian eksport pertamanya dengan LG International, anggota gabungan LG Group di Korea dan sebuah syarikat perdagangan am, pada 22 September lalu. Dua unit eksport awal akan dibekalkan ke Indonesia melalui LG International. Susulan daripada perjanjian pertama ini, unit-unit tambahan kini sedang dirunding pada saat-saat akhir melalui perjanjian eksport tambahan.

Makmal Bergerak Pintar Macrogen ialah jenis kontena bergerak yang pertama seumpamanya bagi tujuan pengujian COVID-19 di tapak yang dibangunkan di Korea. Ia menawarkan ujian COVID-19 sehenti hanya dalam beberapa minit dan ia boleh dipasang dengan mudah di mana-mana sahaja jika perlu.

Macrogen mereka bentuk SML yang mudah digerakkan dan dipasang bagi membekalkan pempakejan K-quarantine ke luar negara yang mengalami kesukaran menjalankan ujian COVID-19 disebabkan oleh infrastruktur kuarantin rawatan kesihatan yang tidak mencukupi. SML dengan Keselamatan Bio Tahap-2(BSL-2) mengendalikan semua peringkat bermula daripada pengekstrakan RNA virus, tindak balas rantaian polimerase masa sebenar (RT-PCR), diagnosis, analisis sehinggalah keputusan. Ia turut menyediakan perkhidmatan yang unik dan berbeza untuk Prosedur Operasi Standard (SOP), latihan dalam talian/di tapak untuk juruteknik makmal dan penyelenggaraan instrumen.

SML Macrogen turut menunjukkan prestasi yang cemerlang dari segi kemampanan memandangkan ia boleh dilanjutkan kepada proses yang berupaya menjalankan ujian diagnostik molekul untuk pelbagai penyakit berjangkit selain daripada COVID-19. Kini, Macrogen sedang dalam proses penyediaan aplikasi paten berkaitan berdasarkan kepada struktur reka bentuk unik SML dan pelaksanaan ciri-ciri tambahan yang berbeza.

Sukang Lee, Ketua Pegawai Eksekutif Macrogen berkata, "Hasil daripada meneliti tindak balas setiap negara terhadap COVID-19 setelah memasuki bidang perniagaan baharu kami dalam diagnostik molekul tahun ini, kami mendapati bahawa terdapat had untuk bertindak balas kepada pandemik COVID-19 dengan menyediakan kit ujian, oleh yang demikian kami membawakan Makmal Bergerak Pintar. Perjanjian bersama LG International ini dijangka menyumbang dengan ketara ke arah memperluaskan skop sistem perubatan tempatan dalam aspek-aspek dengan infrastruktur kawalan penyakit yang tidak mencukupi dan mengukuhkan kapasiti untuk bertindak balas terhadap COVID-19 dengan memperkenalkan sistem K-quarantine yang cemerlang."

"Kami akan terus bekerjasama erat dengan LG International bagi mendorong prestasi perniagaan dalam sektor perniagaan baharu kami, di samping turut berkongsi maklumat dengan telus dan berkomunikasi secara aktif dengan pelanggan bagi meningkatkan nilai korporat dan pemegang saham kami," tegas Ketua Pegawai Eksekutif Lee.

LG International Corp. 

LG International merupakan anggota gabungan LG Group dan sebuah syarikat perdagangan am yang ditubuhkan pada tahun 1953. Kini, ia terlibat dalam pelbagai projek perniagaan dengan tumpuan pada tenaga, barangan industri dan penyelesaian di 50 tapak di lebih 20 negara seluruh dunia.

Macrogen 

Macrogen ialah sebuah syarikat bioteknologi perubatan kepersisan yang ditubuhkan pada tahun 1997. Ia menyediakan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan untuk penyelidikan bioteknologi dan klinikal seperti analisis jujukan (CES dan NGS). analisis biocip (Microarray), sintesis oligo (Oligo), tikus yang direkayasa secara genetik (GEM) dan bioinformatik. Dibina berdasarkan pengetahuannya dalam bidang diagnosis klinikal dan genomik peribadi, baru-baru ini Macrogen memperoleh sijil CE-IVD Eropah untuk kit ujian COVID-19 dan membina "Makmal Bergerak Pintar" yang pertama seumpamanya di Korea, iaitu sistem ujian COVID-19 jenis-kontena pasang siap di tapak.

Hubungi
Macrogen Inc.
ngsclinic@macrogen.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926261-1?lang=0

 

Source: Macrogen
Related Stocks:
Korea:038290
Keywords: Biotechnology Health Care/Hospital Contracts