omniture

Kristal nilam dengan cip pembayaran daripada Infineon menukar setiap jam tangan menjadi peranti pembayaran tanpa sentuh

Infineon Technologies AG
2020-09-25 13:29 627

MUNICH dan GRAZ, Austria, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- Semakin ramai orang di seluruh dunia yang membayar dengan peranti tanpa sentuh kerana ia mudah, cepat dan bersih. Terutama sekali setelah berlakunya pandemik Korona, penerimaan dan penyebaran teknologi telah dipercepatkan dengan ketara. Di samping ATM atau kad kredit, peranti boleh pakai juga mempunyai permintaan tinggi. Buat pertama kalinya, ia kini mungkin untuk melengkapkan jam tangan tradisional atau model mewah yang diperbuat daripada logam dengan fungsi pembayaran tanpa sentuh. Syarikat Switzerland Winwatch menyepadu cip keselamatan yang kecil dari Infineon Technologies AG (FSE: IFX / OTCQX: IFNNY) yang hampir tidak dapat dilihat ke dalam kristal nilam STISS® terpatennya untuk tujuan ini. Cip ini membolehkan urus niaga pembayaran yang cepat dan selamat oleh frekuensi radio dalam masa milisaat.

Syarikat Switzerland Winwatch menyepadu cip keselamatan kecil dari Infineon yang hampir tidak dapat dilihat ke dalam kristal nilam STISS® terpatennya untuk menukar jam tangan analog menjadi peranti pembayaran digital. Cip ini membolehkan urus niaga pembayaran yang cepat dan selamat oleh frekuensi radio dalam masa milisaat.
Syarikat Switzerland Winwatch menyepadu cip keselamatan kecil dari Infineon yang hampir tidak dapat dilihat ke dalam kristal nilam STISS® terpatennya untuk menukar jam tangan analog menjadi peranti pembayaran digital. Cip ini membolehkan urus niaga pembayaran yang cepat dan selamat oleh frekuensi radio dalam masa milisaat.

 

"Sambungan yang cepat dan kuat daripada jam tangan kepada pembaca di kaunter daftar keluar adalah sangat penting untuk penerimaan pelanggan," kata Alex Kalbermatten, Ketua Pegawai Eksekutif Winwatch. "Infineon mengatasi semua penyelesaian lain yang kini tersedia di pasaran dari segi kualiti tanpa wayar. Sebagai contoh, dengan menyepadukan cip tanpa sentuh, kami dapat membangunkan kristal nilam yang menukar setiap jam tangan – daripada barang pusaka mekanikal kepada jam tangan sukan logam – menjadi peranti pembayaran tanpa sentuh. Dan kesemuanya tanpa bateri."

"Sama ada dengan kad klasik, aksesori fesyen seperti cincin atau peranti boleh pakai pintar – inovasi cip daripada Infineon menggabungkan dunia nyata dan digital dan membolehkan urus niaga pembayaran yang mudah, selamat dan bersih," kata Björn Scharfen, Ketua barisan produk Penyelesaian Pembayaran & Tiket di Infineon. "Dengan kepakaran keselamatan dan tanpa sentuh kami serta reka bentuk cip yang cekap tenaga, kami memainkan peranan utama dalam pasaran pertumbuhan ini."

Kaedah pembayaran tanpa sentuh yang paling banyak digunakan masih kad kredit atau debit. Menurut ABI, sudah dua pertiga daripada semua kad yang digunakan hari ini adalah tanpa sentuh. Bahagian mereka dijangka bertumbuh kepada lebih daripada 80 peratus menjelang 2025. Permintaan untuk peranti boleh pakai dengan fungsi pembayaran terus bertumbuh. Urus niaga pembayaran dengan telefon pintar dan peranti boleh pakai telah meningkat dua kali ganda dalam tempoh setahun daripada tujuh kepada 14 peratus.

Dengan bahagian pasaran lebih daripada 47 peratus*, Infineon ialah nombor 1 di dunia dalam cip pembayaran untuk kad dan peneraju dalam teknologi tanpa sentuh. Pengeluar semikonduktor yang beribu pejabat di Munich ini mengendalikan pusat kecekapannya sendiri untuk teknologi tanpa sentuh di Graz, Austria.

Gabungan teknologi cipm keselamatan data dan reka bentuk antena

Penyelesaian pembayaran tanpa sentuh memerlukan tiga rangkaian teknologi semikonduktor, penyulitan dan teknologi radio analog. Sama ada kad, jam tangan, cincin atau jam rantai kunci, cip yang bersepadu memainkan peranan utama.

Ia adalah mini komputer yang berukuran hanya beberapa milimeter persegi yang memulakan dan mengawal semua komunikasi antara pelanggan dan institut kewangan melalui antena kecil. Dalam tempoh kira-kira 200 milisaat – sekelip mata manusia – cip ini membuktikan kesahihan peranti dengan tandatangan individu dan mewujudkan kriptogram data kad, jumlah bayaran dan tempat pembayaran. Setelah pengesahan berjaya, bank mengesahkan pembayaran kepada pembaca.

Komunikasi antara kad atau peranti boleh pakai dan pembaca adalah berdasarkan kepada teknologi NFC (Near Field Communication). Pada jarak dua hingga sepuluh sentimeter, cip ini menggunakan hanya medan tenaga pembaca untuk mengira, menyulit dan menghantar data.

*Laporan Pembayaran ABI dan Kad Perbankan Selamat IC Teknologies Julai 2020

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926317-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200707/2850283-1LOGO?lang=0

Source: Infineon Technologies AG
Related Stocks:
Frankfurt:IFX OTC:IFNNY
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics OTC/SmallCap IRW Semiconductors Financial Technology