omniture

Modul DeepBlue 3.0 Baharu JA Solar Peroleh Pelbagai Perakuan, Produk Berasaskan Wafer 182mm x 182 mm Sedia Tembusi Pasaran Global

JA Solar Technology Co., Ltd.
2020-09-25 15:11 834

BEIJING, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- Hari ini JA Solar mengumumkan bahawa modul siri DeepBlue 3.0 baharunya telah melepasi ujian perakuan yang dijalankan oleh TUV SUD mengikut standard IEC 61215 dan IEC 61730. Standard ini memperakui kualiti daripada pelbagai sifat produk seperti reka bentuk, struktur, bahan, komponen dan teknologi pengeluaran. Perakuan ini menunjukkan keandalan dan keselamatan barisan produk dan kesediaannya untuk diperkenalkan ke pasaran PV global. Modul DeepBlue 3.0 dibina menggunakan wafer 182 mm x 182 mm (oleh itu dikenali sebagai " modul 182").

DeepBlue 3.0 ialah produk baharu yang dilancarkan oleh JA Solar pada bulan Mei 2020. Kecekapan modul ini adalah melebihi 21.0% dan output kuasa jenis sel-72 yang dihasilkan secara besar-besaran dapat mencecah 545W. Sebagai salah satu modul 182 yang pertama mendapat perakuan TUV, DeepBlue 3.0 mengintegrasikan kelebihan pelbagai teknologi berkecekapan tinggi dan degradasi rendah termasuk teknologi sel kecekapan tinggi PERC generasi baharu PERCIUM+ dan wafer silikon terdop-Ga yang membolehkan produk memperoleh prestasi tinggi dari segi keandalan, kecekapan penukaran dan penjanaan kuasa. Ia dapat mengurangkan LCOE dengan berkesan dan meningkatkan hasil pelanggan. Direka bentuk dengan konfigurasi sel-60, sel-66, sel-72 dan sebagainya, siri DeepBlue 3.0 dapat digunakan secara meluas dalam persekitaran aplikasi yang berbeza. Pada bulan Ogos, JA Solar mengumumkan pengeluaran besar-besaran produk DeepBlue 3.0, dengan perancangan kapasiti pengeluaran yang besar. Dijangkakan bahawa menjelang akhir tahun 2021, kapasiti pengeluaran DeepBlue 3.0 modul 182 JA Solar akan mengambil alih 50% daripada kapasiti keseluruhan syarikat.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan terhadap modul berkuasa tinggi dan berkecekapan tinggi berkembang dalam seluruh pasaran PV global. Susulan pelancaran saiz wafer 166mm x 166mm tahun lalu, saiz wafer yang lebih besar dilancarkan tahun ini dan telah mendapat pengiktirafan yang luas. Antaranya, modul 182 mempunyai kelebihan jelas dari segi kematangan teknologi dan keserasian peralatan dengan seluruh rantaian industri, satu perbezaan apabila dibandingkan dengan produk bersaiz besar lain yang dipromosikan oleh pengeluar PV. Kelebihan produk yang merangkumi kestabilan, keandalan, kecekapan tinggi, kelebihan kos dalam bahagian pengilangan dan keserasian tinggi dengan sistem telah disahkan sepenuhnya dan ia dapat mengurangkan dengan berkesan LCOE sebanyak 7% - 9% (angkanya berbeza mengikut lokasi projek-projek yang berlainan) dan dipercayai merupakan pilihan terbaik untuk membantu mencapai pariti grid pada tahun 2021.

Sebagai produk berkualiti tinggi yang direka bentuk dengan wafer besar, DeepBlue 3.0 juga berjaya diperakui oleh LVD dan EMC, yang bererti bahawa siri produk ini diluluskan untuk memasuki pasaran PV Kesatuan Eropah. Pasaran ini mempunyai halangan kemasukan yang tinggi untuk produk PV, maka DeepBlue 3.0 menawarkan pelanggan EU dengan pilihan produk berkualiti tinggi dan berkuasa tinggi yang baharu.

Jin Baofang, Pengerusi Lembaga Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif JA Solar berkata, "Kualiti produk DeepBlue 3.0 baharu daripada JA Solar ditunjukkan oleh perakuan pantas oleh institusi-institusi pengujian yang terkemuka ini. Kami akan terus memberi tumpuan pada penyelidikan dan pembangunan produk serta teknologi bagi menyediakan produk yang berkualiti tinggi dan berkecekapan tinggi kepada pelanggan global kami. Kami berhasrat untuk terus mempopularkan teknologi dan produk fotovolta yang akan membantu pembangunan seluruh industri ini."

Pertanyaan Media:

Oriana Zhang 
+86-10-63611888-1697 
zhangbobo@jasolar.com

Source: JA Solar Technology Co., Ltd.
Keywords: Alternative Energies Environmental Products & Services Oil/Energy Utilities