omniture

Smartfren Umum Perkongsian dengan Whale Cloud Laksanakan AI Tingkatkan Penglibatan Pelanggan Berbilang Saluran

Whale Cloud
2020-09-25 15:08 4589

JAKARTA, Indonesia, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- Whale Cloud Technology CO., LTD., syarikat terkemuka yang menyediakan penyelesaian serta perkhidmatan perisian untuk telekomunikasi dan pelbagai industri, mengumumkan bahawa Smartfren, salah satu penyedia perkhidmatan telekomunikasi yang terkemuka di Indonesia, bekerjasama dengan Whale Cloud untuk menaik taraf Pengurusan Kempen Berbilang Saluran (MCCM) ZSmart, penyelesaian kempen hujung-ke-hujung bagi mengurus kempen masa sebenar omnisaluran dalam setiap fasa kitar hayat pelanggan, bagi mengekalkan dan mengembangkan pelanggan, lantas meningkatkan margin dengan ketara.

Smartfren berperanan sebagai pengendali 4G utama dengan liputan 4G LTE terluas dalam pasaran telekomunikasi Indonesia - pasaran mudah alih yang sedang berkembang maju - yang mana pengembangan jangkauan pasaran akan menjadi kunci untuk mencapai kejayaan. Memandangkan jumlah saluran terus meningkat, penting untuk meningkatkan penglibatan pelanggan dan juga merangkumkan pemasaran berbilang saluran.

"Whale Cloud telah menjadi rakan kongsi Smartfren sekian lama serta dipercayai dan penyampaian penyelesaian BSS kami yang membuahkan hasil menggalakkan kami untuk terus melanjutkan hubungan kerjasama ini," kata En. Jagbir, Ketua Pegawai Inovasi Teknologi Smartfren. "Dengan ZSmart MCCM, kami berharap dapat melibatkan lebih ramai pelanggan dan menyampaikan mereka dengan kempen pemasaran pintar yang lebih disasarkan pada masa sebenar yang disokong oleh kecerdasan buatan atau pembelajaran mesin."

ZSmart MCCM yang terkini dapat membantu Smartfren meningkatkan penglibatan pelanggan melalui pelbagai saluran termasuk aplikasi MySmartfren, WhatsApp, emel, SMS, USSI, pusat panggilan dan media sosial. Sistem berkenaan menyediakan pandangan pelanggan 360-darjah untuk tawaran diperibadikan yang dapat meliputi kitaran hayat penuh pemerolehan, penukaran dan pengekalan pelanggan. Di samping itu, ZSmart MCCM dapat menilai keberkesanan kempen pemasaran bagi meningkatkan kerelevenan untuk pengalaman pelanggan dan meningkatkan pertumbuhan hasil.

"Perusahaan yang memberi tumpuan pada pengalaman pelanggan dapat mengatasi persaingan, namun percambahan saluran yang tersedia menimbulkan cabaran terhadap ketekalan pengalaman," kata En. Ben Zhou, Ketua Pegawai Eksekutif Whale Cloud International. "Kami berbesar hati kerana sekali lagi dipilih oleh Smartfren dan ZSmart MCCM akan memperkasa Smartfren untuk membawa pengalaman yang lancar dan tekal tanpa mengira saluran."

Source: Whale Cloud
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Licensing/marketing agreements