SINGAPURA, 25 September 2020 /PRNewswire/ -- vCargo Cloud Pte. Ltd. ("VCC") Singapura hari ini mengumumkan pelancaran GUUD – sebuah kumpulan syarikat dan platform teknologi baharu yang bermatlamat untuk memudahkan proses perdagangan yang rumit di seluruh dunia dan memperbaharui proses berkenaan bagi mendorong kecekapan dan keterangkuman yang lebih besar dalam dunia digital.
GUUD merujuk model Beli-Hantar-Bayar UN/CEFACT untuk meliputi semua aspek pemudahan perdagangan. Sejajar dengan visinya untuk Berdagang demi Kebaikan (Trade for Good), falsafahnya adalah untuk membolehkan semua perniagaan terutamanya perusahaan mikro, kecil-kecilan dan sederhana (MSME) bagi menjadi pengusaha dalam perdagangan global dengan mengurangkan halangan birokrasi, menghapuskan orang tengah dan memberi akses yang lebih besar terhadap perkhidmatan logistik dan kewangan.
Platform GUUD melaksanakan hal ini dengan menyelaraskan semua proses yang berkaitan dengan perdagangan, termasuk pematuhan, penghantaran, pembiayaan dan pembayaran melalui platform bersepadu yang membolehkan perniagaan menghantar dokumen dengan cepat dan menempah serta mengesan dengan lancar penghantaran mereka dalam setiap langkah perjalanan, di samping mengurus kos keseluruhan mereka dengan lebih baik.
Mengulas mengenai pelancaran berkenaan, Desmond Tay, Ketua Pegawai Eksekutif, GUUD berkata: "Proses perdagangan rentas sempadan terkenal sangat rumit dan leceh. MSME mendapati adalah sukar khususnya dalam memenuhi keperluan pematuhan yang membebankan memandangkan mereka mempunyai sumber yang terhad. Kami memutuskan untuk melancarkan GUUD bagi menyamakan daya saing dan mencipta peluang yang lebih besar untuk semua saiz pengeluar. Dengan mewujudkan platform komprehensif yang merangkumi seluruh kitar hayat perdagangan, GUUD akan mempercepatkan pemulihan pasca-pandemik wilayah berkenaan melalui perdagangan yang tangkas, inklusif dan berdaya tahan."
VCC ialah salah sebuah syarikat teknologi yang paling pantas berkembang di Singapura, dengan pejabat-pejabatnya terletak secara strategik di Indonesia dan Kenya manakala projek-projeknya merangkumi lebih daripada 16 negara. Syarikat ini telah mencapai banyak kejayaan sebagai pemain pertama, termasuk pelancaran Seafood Xchange, e-pasaran makanan laut B2B pertama Singapura untuk pedagang makanan laut. CamelONE™ Trade Finance, dilancarkan pada November 2019 ialah portal kewangan perdagangan berbilang bank seragam yang pertama di Asia Tenggara manakala produk Smart eCO daripada vCargo Cloud merupakan perisian e-Sijil Asal didayakan rantaian blok yang pertama di dunia.
Pada masa kini, VCC mengendalikan 16% daripada semua permit deklarasi perdagangan di Singapura dan dalam masa yang sama bekerjasama dengan tujuh daripada 10 penghantar barang yang terbesar di dunia. Di luar Singapura, VCC mengusahakan beberapa projek pematuhan perdagangan yang penting dengan badan-badan kerajaan termasuk projek Jendela Tunggal Nasional Kemboja (Cambodia National Single Window) dan Sistem Wilayah Kastam Tunggal Komuniti Afrika Timur (East African Community Single Customs Territory System).
Menerusi pelancaran GUUD, kepakaran, amalan terbaik dan pembelajaran daripada projek-projek ini akan dimanfaatkan untuk mentransformasikan ekosistem perdagangan global yang lebih luas.
Catatan untuk editor:
Latar Belakang GUUD
GUUD, kaedah digital yang baharu untuk berdagang di seluruh dunia, merupakan platform teknologi dan kumpulan perniagaan di bawah VCC. Kumpulan GUUD merujuk model Beli-Hantar-Bayar UN/CEFACT untuk meliputi semua aspek pemudahan perdagangan, dengan memintas halangan yang telah lama wujud untuk berdagang dan mentransformasikan secara digital proses perdagangan agar ia menjadi lebih mudah, lebih cekap dan lebih inklusif.
Dipimpin oleh pasukan profesional industri dan IT yang mantap, GUUD beraspirasi untuk membantu sesiapa sahaja terutamanya perusahaan mikro, kecil-kecilan dan sederhana, bagi menjadi pengusaha dalam perdagangan global dan untuk mengeksport dan mengimport dari mana-mana pelosok dunia.
Misi kami adalah untuk Berdagang demi Kebaikan (Trade for Good) dan berpandukan matlamat pembangunan lestari PBB, kami meneruskan apa yang baik untuk orang ramai, perniagaan dan ekonomi, membantu meningkatkan mata pencarian, menjana kesejahteraan dan mewujudkan kecekapan serta penambahbaikan teknologi di mana sahaja kami berada.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.guud.company
Latar Belakang vCargo Cloud ("VCC")
Beribu pejabat di Singapura, VCC ialah penyedia penyelesaian dan perkhidmatan Infocomm Technology ("ICT") terkemuka di Asia, mengkhusus dalam bidang penyelesaian teknologi untuk kerajaan dan perusahaan di seluruh dunia. Kami menyediakan penyelesaian e-dagang dan e-barang melalui platform VCC CamelONE™, menghubungkan pemegang kepentingan penting dalam industri perdagangan dan logistik di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.vcargocloud.com
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926294-1?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20200923/2926294-1logo?lang=0
Logo - https://photos.prnasia.com/prnh/20191111/2638348-1LOGO?lang=0