omniture

Maybelline New York Melancarkan Berani Bersama-sama: Program Jangka Panjang untuk Menyokong Keresahan dan Kemurungan di Seluruh Dunia

Maybelline
2020-09-27 06:55 306

NEW YORK, 27 September 2020 /PRNewswire/ -- Di seluruh dunia, ramai yang hidup dengan keresahan dan kemurungan. Keresahan menjejaskan lebih daripada 284 juta orang. Kemurungan menjejaskan lebih daripada 264 juta.1 Separuh daripada semua keadaan kesihatan mental bermula daripada umur 14,2 dan dengan Covid-19, nombor ini semakin meningkat. Sebagai jenama alat solek antarabangsa No. 1, Maybelline New York mempunyai peluang untuk memberi sokongan yang betul bagi membantu berdepan dengan rintangan yang menghalang laluan wanita dan orang dewasa muda untuk melakukan sesuatu yang bermakna. Kami melancarkan program perjuangan global Maybelline Brave Together bagi membantu menyahstigma keresahan dan kemurungan, memberikan sokongan satu ke satu yang kritikal dan membantu semua orang, di mana-mana sahaja untuk berani menghadapi dunia mereka.

Sejak dua tahun yang lalu, Maybelline memudahkan penyelidikan berdasarkan pakar dan mengendalikan kumpulan fokus untuk memahami topik kesihatan mental dengan lebih mendalam. Maybelline juga bekerja dengan rakan kongsi tanpa untung CRISIS TEXT LINE, JED, AND NAMI untuk memberikan impak yang ketara kepada individu yang bergelut dengan keresahan dan kemurungan. Di dunia yang mana 1 dalam 5 orang yang dianggarkan terjejas oleh keresahan dan kemurungan,3 wanita terjejas dengan tidak seimbang.4 Dan kebanyakan keadaan kesihatan mental tidak terhalang atau tidak dirawat.5

"Maybelline sentiasa percaya dengan kekuatan untuk merealisasikan sesuatu dalam hidup anda.  Malah, kami tahu bahawa kesihatan mental adalah kritikal dalam perasaan sedia untuk melakukannya," kata Trisha Ayyagari, Presiden Jenama Global, Maybelline New York.  "Kami ingin menggunakan suara global kami untuk menyahstigma perbualan berkaitan dengan kesihatan mental dan menjadikan sokongan mudah dicapai.  Sekarang, lebih daripada sebelumnya, kami perlu memberi sokongan kepada individu yang hidup dengan keresahan dan kemurungan." 

Dengan menjadi rakan kongsi bersama organisasi tanpa untung yang terkemuka, program Berani Bersama Maybelline bertujuan untuk memecahkan stigma yang berkaitan keresahan dan kemurungan, memberikan sokongan dan sumber merentas generasi, serta menggalakkan budaya yang membolehkan sesiapa yang menghadapi kesukaran dan individu yang mereka sayangi tahu bahawa mereka tidak keseorangan. Laman web dalam talian yang dikumpul dengan teliti akan memberi orang ramai di seluruh dunia akses kepada komuniti dalam talian yang terdiri daripada kisah dunia sebenar berinspirasi daripada individu dengan perjalanan kesihatan mental mereka sendiri, dan juga pakar, petua, dan sumber kesihatan mental. 

"Salah seorang daripada pakar utama program ialah Dr. Kathleen Pike, pakar psikologi klinikal dan profesor di Columbia University Irving Medical Center dan Columbia Mailman School of Public Health. Dr. Pike ialah penasihat saintifik kepada program Berani Bersama dan mendorong kajian global, yang diberikan dana oleh Maybelline, untuk kadar dan sebab bagi keresahan dan kemurungan khusus kepada wanita Gen Z. "Terdapat keperluan yang menekan untuk program seperti ini sekarang, dan saya berasa bangga untuk bekerja dengan Maybelline tentang rekaan komuniti bagi sesiapa yang ingin belajar, dengar, dan memberikan inspirasi kepada perbualan terbuka dan berani yang berkaitan dengan kesejahteraan emosi."

Bagi bertemu dengan komuniti kami di mana mereka berada, Maybelline telah menjadi rakan kongsi dengan Crisis Text Line, organisasi tanpa untung yang terkemuka untuk memberi akses percuma yang meningkat kepada kaunseling krisis keyakinan, 24/7 melalui SMS – sesiapa yang memerlukan boleh menghantar teks BERSAMA ke 741741 untuk berhubung dengan kaunselor krisis.

Dalam semangat kebersamaan dan membudayakan budaya global sebenar bagi sokongan keresahan dan kemurungan, Maybelline komited untuk melabur $10M sepanjang lima tahun yang akan datang kepada organisasi kesihatan mental di seluruh dunia yang berkongsi matlamat kami untuk membuat perubahan besar. Sertai perbualan dalam talian di www.maybelline.com/bravetogether atau di Instagram dengan mengetag @Maybelline dan #BraveTogether.

Hubungi: 
Kristen Tully - KTully@maybelline.com  
Mollie Michelson - Mollie.Michelson@maybelline.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1281519/Maybelline_Brave_Together_Logo.jpg?p=medium600  

Source: Maybelline
Keywords: Cosmetics & Personal Care Health Care/Hospital Household/Consumer/Cosmetics Mental Health Retail Corporate Social Responsibility