omniture

Zoomlion Keluarkan Pengisytiharan Keselamatan Kren Menara Pertama, Gesa untuk Piawaian Keselamatan yang Dipertingkat

Zoomlion
2020-09-27 10:31 456

XIONG'AN NEW AREA, China, 27 September 2020 /PRNewswire/ -- Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (Zoomlion), pengeluar jentera pembinaan dan peralatan berat Cina yang terkemuka, telah menerbitkan pengisytiharan keselamatan kren menara perusahaan pertama dunia semasa Konvensyen Pembinaan dan Sidang Kemuncak Keselamatan Kren Menara 2020 Xiong'an Zoomlion pada 14 September di Xiong'an New Area, kawasan baharu peringkat negara bersebelahan ibu kota Cina Beijing, yang mengundang penyertaan seluruh industri dalam meningkatkan piawaian keselamatan kren menara.

Guo Xuehong, Naib Presiden Zoomlion, mengatakan dalam ucapan perasmian bahawa sebagai pemimpin industri jentera pengangkat pembinaan, ia merupakan tanggungjawab Zoomlion untuk mempromosi pembangunan industri kren menara yang selamat, berkualiti tinggi dan lestari.

Pengisytiharan keselamatan kren menara ini menetapkan 11 standard teras dalam empat bidang iaitu keselamatan kawalan, keselamatan struktur, keselamatan persekitaran yang ekstrim dan keselamatan awan, yang merangkumi beban ujian yang melebihi piawaian Eropah, kapasiti kekuatan memutus tali dawai, kawalan peranti keselamatan digital dan banyak lagi.

Sehingga 14 September, jumlah penghantaran peralatan jentera pengangkat pembinaan Zoomlion telah melebihi 10 bilion yuan (US$1.47 bilion), tiga bulan lebih awal berbanding tahun 2019. Ia menunjukkan kedudukan No.1 Zoomlion dalam pasaran kren menara global serta komitmennya yang kuat terhadap piawaian kualiti dan keselamatan yang tinggi. 

"Zoomlion menyediakan sokongan yang menyeluruh untuk pembinaan Xiong'an New Area melalui dua platform – platform pengurusan keselamatan dan platform penghantaran produk Zoomlion, dan dua pangkalan – pangkalan sokongan kren menara dan lif pembinaan dan pangkalan Latihan Xiong'an," kata Tang Shaofang, Naib Presiden Zoomlion dan Pengurus Besar Zoomlion Construction Hoisting Machinery Company. "Pada masa ini, lebih 80 peratus kren menara yang bekerja di pelbagai projek pembinaan di Xiong'an dibekalkan oleh Zoomlion."

"Dengan pengisytiharan keselamatan kren menara ini, Zoomlion komited untuk pembangunan industri yang selamat dan positif. Kami berusaha untuk menggalakkan orang lain untuk menghargai keselamatan dan terus menambahbaik piawaian kualiti dan keselamatan," kata Yu Lekang, Timbalan Pengurus Besar Zoomlion Construction Hoisting Machinery Company.

Latar Belakang Zoomlion 

Ditubuhkan pada tahun 1992, Zoomlion Heavy Industry Science & Technology Co., Ltd. (01157.HK) ialah perusahaan pembuatan peralatan kelas atas yang menyepadukan jentera kejuruteraan, jentera pertanian, dan perkhidmatan kewangan. Syarikat ini kini menjual lebih 600 produk canggih daripada 55 barisan produk merangkumi sepuluh kategori penting.

Source: Zoomlion
Related Stocks:
HongKong:1157 OTC:ZLIOY Shenzhen:000157
Related Links:
Keywords: Construction/Building Machinery Mining/Metals New products/services Survey, Polls & Research