omniture

Huawei Berusaha Bina Kembar Pintar industri dengan Sambungan Pintar

Huawei
2020-09-27 10:30 532

SHANGHAI, 27 September 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, Huawei mengumumkan penyelesaian sambungan pintar semua-senario untuk senario teknologi, rangkaian dan industri. Penyelesaian ini akan membantu Huawei menyampaikan sambungan pintar yang dicirikan oleh gigabit merata, pengalaman berketentuan dan hiper-automasi bagi membina Kembar Pintar (Intelligent Twins) industri. Huawei turut melancarkan penyelesaian rangkaian pemanduan autonomi (ADN) untuk perusahaan, mendorong rangkaian perusahaan ke dalam era ADN dan mempercepatkan penaiktarafan pintar industri-industri.

David Wang, Pengarah Eksekutif Huawei dan Pengerusi Lembaga Penilaian Pelaburan, menyampaikan ucapan dasar yang bertajuk, "Membina Kembar Pintar industri dengan sambungan pintar." Menurut En. Wang, sambungan merupakan produktiviti. Ia bukan kuasa pengkomputeran semata-mata, tetapi juga sambungan mantap yang menjadikan Kembar Pintar lebih bijak.

Huawei percaya bahawa gigabit merata, pengalaman berketentuan dan hiper-automasi merupakan tiga ciri utama bagi sambungan pintar.

David Wang, Pengarah Eksekutif Huawei dan Pengerusi Lembaga Penilaian Pelaburan, mengumumkan penyelesaian sambungan pintar semua-senario
David Wang, Pengarah Eksekutif Huawei dan Pengerusi Lembaga Penilaian Pelaburan, mengumumkan penyelesaian sambungan pintar semua-senario

Kembar Pintar perkenal lima keperluan baharu untuk sambungan 

Empat komponen utama Kembar Pintar ialah interaksi pintar, sambungan pintar, aplikasi pintar dan hab pintar. Antara kesemua ini, sambungan pintar umpama tubuh Kembar Pintar. Apakah keperluan baharu yang diletakkan oleh Kembar Pintar terhadap sambungan pintar?

Terdapat tiga jenis senario sambungan untuk Kembar Pintar. Jenis pertama ialah sambungan dalam hab pintar, seperti sambungan pelayan kluster AI dan pusat data awan. Jenis kedua ialah sambungan antara hab pintar dan peranti interaksi pintar; boleh dikatakan seperti menghubungkan "otak" dan "anggota tubuh". Jenis terakhir ialah sambungan antara peranti interaksi pintar, seperti sambungan kamera AI, dron 4K dan lengan robotik.

Secara keseluruhan, Kembar Pintar mempunyai lima keperluan utama untuk sambungan: Keandalan tinggi, kehilangan paket sifar, perkhidmatan berbeza, lebar jalur tinggi masa sebenar dan O&M pintar.

Bagi memenuhi keperluan sambungan Kembar Pintar, Huawei menakrifkan tiga ciri utama sambungan pintar: 

Ciri pertama ialah gigabit merata. Lebar jalur merupakan asas bagi sambungan. Aplikasi luas kamera AI, dron, kamera industri dan perkhidmatan VR/AR industri menjadikan sambungan gigabit merata penting.

Ciri kedua ialah pengalaman berketentuan. Sambungan untuk Kembar Pintar menyasarkan terutamanya benda dan pelbagai senario pengeluaran. Sebagai contoh, semasa waktu puncak pada tahun 2019, terdapat sebuah pesawat yang berlepas atau tiba di Lapangan Terbang Shenzhen pada setiap kurang daripada seminit, menjadikannya penting untuk menjamin perangkaian masa sebenar. Dalam satu contoh yang lain, syarikat-syarikat kuasa elektrik perlu memastikan "enam sembilan" atau malah keandalan lebih tinggi dan kurang daripada dua minit gangguan bekalan kuasa bagi setiap isi rumah setiap tahun. Oleh itu, sambungan berketentuan penting untuk keselamatan dan keandalan perkhidmatan perusahaan.

Ciri ketiga ialah hiper-automasi. Tatkala industri-industri menjadi pintar, jenis-jenis perkhidmatan serta skala dan kerumitan rangkaian akan berlipat kali ganda, menjadikan O&M rangkaian lebih sukar. Aplikasi data raya dan AI akan mentransformasikan O&M tradisional dan separa automatik kepada O&M hiper-automatik dan menyerahkan semua kerumitan ini untuk dikendalikan oleh kecerdasan digital.

Penyelesaian sambungan pintar semua-senario Huawei 

Dari segi teknologi, penyelesaian sambungan pintar semua-senario Huawei akan menyediakan gigabit merata dan sambungan dengan kependaman rendah untuk peranti interaksi pintar dan mengaplikasikan AI bagi mencapai pengalaman rangkaian berketentuan dan O&M hiper-automatik. Dari segi rangkaian, penyelesaian ini akan menyediakan Kembar Pintar dengan kampus, pusat data, WAN dan rangkaian keselamatan. Bagi industri-industri pula, sambungan pintar akan digabungkan dengan interaksi pintar, hab pintar dan pengetahuan industri bagi membina penyelesaian khusus-senario dan pintar untuk industri-industri.

  • Sambungan pintar 5G: Kelajuan paut naik gigabit, kependaman 20ms dan lokasi tahap-submeter

Bagi menyokong penaiktarafan pintar industri-industri, Huawei akan terus meningkatkan keupayaan sambungan pintar 5G dari segi lebar jalur paut naik, kependaman dan ketepatan lokasi. Sebagai contoh, dalam domain pembuatan pintar, Huawei menggunakan teknologi Super Uplink bagi menyediakan kelajuan paut naik gigabit untuk muat naik video HD. Bagi senario yang memerlukan operasi dan kawalan jarak jauh, seperti pelabuhan, teknologi sambungan pintar 5G Huawei memperkenalkan ciri-ciri seperti pra-penjadualan dan slot mini bagi mengurangkan kependaman kepada 20ms dan menggantikan 90% tenaga kerja manual dengan operasi automatik. Hasil daripada UTDOA dan lebar jalur yang lebih tinggi, sambungan pintar 5G Huawei dapat menyokong ketepatan lokasi tahap-submeter untuk pembuatan pintar, meningkatkan kecekapan pengeluaran dan pengurusan di taman industri.

  • Rangkaian IP pintar: Lebar jalur tinggi dan nirhilang untuk semua perkhidmatan  

Berdasarkan seni bina AI tiga lapisan yang terdiri daripada elemen rangkaian, rangkaian dan awan, rangkaian IP pintar Huawei memudahkan penaiktarafan kampus, WAN dan rangkaian pusat data kepada Versi 2.0.

Penyelesaian CloudCampus 2.0 Huawei membawa rangkaian kampus ke era gigabit, menyediakan mana-mana aplikasi dengan sambungan gigabit melalui sebarang peranti dan membolehkan penjadualan pintar untuk sumber rangkaian. Penyelesaian CloudWAN 2.0 membawa kecerdasan kepada rangkaian WAN. Dengan CloudWAN 2.0, sinergi dapat dicapai antara awan dan rangkaian, lalu memenuhi keperluan terhadap peranti yang berbeza. CloudFabric 2.0 mendayakan kehilangan paket sifar dalam rangkaian pusat data dan meningkatkan kecekapan pengkomputeran dan storan AI sebanyak lebih 30%, bagi membantu rangkaian pusat data menjadi pintar.

  • Rangkaian semua-optik pintar F5G: Saling sambungan lebar jalur tinggi dan paip fleksibel

Huawei mencadangkan strategi rangkaian semua-optik untuk era F5G dan melancarkan tiga penyelesaian rangkaian semua-optik pintar.

Penyelesaian pertama ialah penyelesaian Campus OptiX. Campus OptiX menawarkan akses lebar jalur tinggi bagi memenuhi keperluan kampus untuk perkhidmatan baharu seperti kamera 4K dan VR/AR.

Penyelesaian kedua ialah Single OptiX. Penyelesaian ini dapat memenuhi keperluan penghantaran pada kadar berbeza sekali gus meningkatkan kecekapan dengan banyaknya.

Penyelesaian ketiga ialah DC OptiX. Kakitangan IT boleh menggunakan DC OptiX dengan hanya satu klik, menjadikannya penyelesaian pasang-dan-main untuk senario perusahaan.

Melalui strategi ini, Huawei komited untuk memperluaskan sambungan optik ke pinggir rangkaian dan membawa pengalaman perkhidmatan yang terbaik kepada setiap individu, kediaman dan organisasi.

Penyelesaian ADN Huawei sasar perusahaan 

Penyelesaian ADN Huawei membawa kecerdasan kepada rangkaian. Dengan mengintegrasikan AI ke dalam elemen rangkaian, rangkaian dan awan, rangkaian ADN Huawei menyusun sendiri, memulihkan sendiri dan mengoptimumkan sendiri. Penyelesaian ini akan menjadikan perkhidmatan industri digital dan operasi hiper-automatik suatu kenyataan.

Elemen rangkaian + AI: AI diaplikasikan bagi menaik taraf elemen rangkaian tradisional kepada elemen rangkaian digital, pintar, bagi membolehkan pengesanan data yang lebih tangkas dan pemprosesan setiap elemen rangkaian.

Rangkaian + AI: Huawei menggunakan AI untuk menakrifkan semula pengurusan rangkaian. Sistem pengurusan dan kawalan pintar membantu membina kembar digital rangkaian dan memberikan kawalan dinamik dan pengurusan rangkaian gelung tertutup, seperti penggunaan automatik, simulasi sebelum peristiwa, pengesahan selepas peristiwa, ramalan dan pencegahan serta pengoptimuman proaktif.

Awan + AI: Huawei menyediakan perkhidmatan latihan dan model AI berasaskan awan untuk rangkaian dan terus menaik taraf sistem perisian dan model AI yang telahpun dibenamkan ke dalam peralatan dan rangkaiannya. Ini meningkatkan dengann tekal rangkaian pemanduan autonomi dan menjadikan rangkaian lebih pintar.

Pelanggan Huawei daripada Lapangan Shenzhen, China Southern Power Grid dan SPD Bank berkongsi aplikasi sambungan pintar Huawei dalam sektor pengangkutan, elektrik dan kewangan.

En. Wang menyimpulkan ucapan beliau dengan berkata: "Sepanjang 40 tahun yang lalu, Huawei telah bekerjasama dengan semua pemegang kepentingan bagi menghubungkan yang tidak terhubung dan membina dunia yang terhubung sepenuhnya. Sepanjang 40 tahun akan datang, kami komited untuk membina Kembar Pintar industri dengan sambungan pintar."

HUAWEI CONNECT 2020 ialah acara utama tahunan yang dianjurkan oleh Huawei untuk industri ICT global dan diadakan di Shangai mulai 23 hingga 26 September 2020. HUAWEI CONNECT ialah platform terbuka yang diwujudkan untuk membantu pelanggan dan rakan kongsi kami menavigasi perubahan ini, berkongsi pengalaman dan menjalin kerjasama bagi mencipta nilai baharu. Di acara tahun ini, kami akan meneroka trend dan peluang dalam pendigitan industri; mempamerkan teknologi, produk dan penyelesaian ICT termaju; memberikan anda pandangan pakar mengenai hasil inovasi bersama; dan berkongsi amalan terbaik dalam transformasi digital. Matlamat utama kami adalah untuk membina ekosistem industri terbuka dan baik yang akan memberi manfaat kepada semua pemegang kepentingan dan mencipta nilai baharu untuk semua industri. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi:

https://www.huawei.com/en/events/huaweiconnect2020/ 

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200924/2927780-1?lang=0

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment New products/services