omniture

M.Sc. Pengurusan Rantaian Bekalan Global Tiga Benua Tongji Menang 50 Teratas Penarafan QS

School of Economics and Management, Tongji University
2020-09-27 10:35 533

SHANGHAI, 27 September 2020 /PRNewswire/ -- Pada 23 September, Quacquarelli Symonds (QS) mengeluarkan Penarafan Sarjana dalam Pengurusan Rantaian Bekalan, Sekolah Ekonomi dan Pengurusan, Tongji University (Tongji SEM) telah menduduki tempat ke-41 di dunia.

Tongji M.Sc. TriContinent Global Supply Chain Management Ranked 41st in QS 2021
Tongji M.Sc. TriContinent Global Supply Chain Management Ranked 41st in QS 2021

Penarafan Sarjana dalam Pengurusan Rantaian Bekalan 2021 QS ini berdasarkan kepada analisis menyeluruh ke atas sejumlah petunjuk, seperti reputasi majikan global, reputasi akademik global, fakulti, pengantarabangsaan, gaji alumni, dll. Pengurusan rantaian bekalan dan logistik adalah bidang yang kuat di sekolah-sekolah perniagaan Amerika Utara dan Eropah. Tongji SEM menikmati kelebihan tradisional dalam bidang-bidang ini dan telah membuat kemajuan besar dalam penyelidikan dan pengajaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini, mendahului banyak sekolah perniagaan Asia.

Untuk memupuk bakat pengurusan rantaian bekalan dengan visi antarabangsa, Tongji SEM bersama-sama melancarkan program sarjana dua ijazah yang diajar dalam Bahasa Inggeris, bersama dengan Kühne Logistics University (KLU) Jerman dan University of Tennessee-Knoxville (UTK) AS. Pengajaran multinasional ialah salah satu daripada ciri pembeza program ini. Fakulti dengan tahap akademik teratas dan pengalaman praktikal yang kaya dari tiga universiti, dan kandungan kursus sangat berorientasikan aplikasi. Selain itu, pelajar juga berpeluang untuk melakukan latihan amali di perusahaan-perusahaan Cina, Jerman dan Amerika untuk mengalami pengurusan rantaian bekalan dalam konteks globalisasi.

Profesor LI Yuan, Dekan Tongji SEM, berkata, "kami sentiasa mengikuti penerokaan pelbagai pertukaran dan kerjasama antarabangsa, untuk menyepadukan akademik dengan kerajaan dan industri perniagaan, dan untuk mewujudkan sistem inovasi kolaboratif semua arah. Saya senang menyaksikan bahawa M.Sc. Pengurusan Rantaian Bekalan Global Tiga Benua Tongji menunjukkan prestasi yang baik dalam penarafan antarabangsa. Ia membuktikan mod pemupukan bakat Tongji SEM telah diiktiraf oleh pasaran pendidikan antarabangsa."

YUAN Tianhua, anggota alumni yang tamat pengajian dari M.Sc. Pengurusan Rantaian Bekalan Global Tiga Benua dalam tahun 2019, kini pengurus Accenture. Beliau bertanggungjawab untuk menyediakan pelaksanaan perisian ERP untuk perusahaan di sebuah firma perundingan, sebelum penyertaan beliau dalam program sarjana. Pada masa itu, sukar baginya untuk memberikan penyelesaian yang sesuai, lengkap dan optimum untuk perusahaan dari perspektif strategik atau pengurusan. Ia juga tidak mudah baginya untuk memberi nasihat pada peringkat dalaman dan luaran mengenai seluruh rantaian bekalan. Namun, setelah pengijazahan, beliau mendapat pemahaman yang lebih lengkap dan mendalam mengenai prinsip perisian ERP itu sendiri dan pengoptimuman keseluruhan rantaian bekalan, yang merangkumi logistik dan selepas jualan. Program tersebut menyediakan beliau dengan kaedah dan cara berfikir yang komprehensif dalam menasihati perusahaan untuk menggalakkan penyepaduan rantaian bekalan, meningkatkan kecekapan perniagaan dan mencapai pengoptimuman kos dalam dunia praktikal. Pada masa yang sama, skim beliau semakin diiktiraf oleh pelanggan.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200925/2928718-1?lang=0

Source: School of Economics and Management, Tongji University
Keywords: Education Higher Education Transportation Survey, Polls & Research