SHANGHAI, 27 September 2020 /PRNewswire/ -- Di HUAWEI CONNECT 2020, Huawei melancarkan penyelesaian FusionServer Pro V6 SAP HANA. Tetamu-tetamu daripada SAP, Intel dan SUSE menghadiri upacara pelancaran dan menyampaikan ucapan mengenai perjalanan inovatif mereka bersama Huawei sepanjang tahun serta jangkaan masa depan bagi projek-projek bersama.
Penyelesaian Huawei FusionServer Pro V6 SAP HANA, merangkumi siri FusionServer Pro proprietari berasaskan x86 dan pangkalan data dalam-memori SAP HANA, menampilkan prestasi tinggi, keandalan tinggi dan pengembangan yang lancar, memperkasa perusahaan untuk mengumpul nilai data tepat pada masanya untuk lebih banyak peluang perniagaan. FusionServer Pro 2488H V6 generasi seterusnya menempatkan empat pemproses Boleh Skala Intel® Xeon® Generasi ke-3, dengan 48 DDR4 DIMM, 11 slot PCIe 3.0 dan sehingga dua puluh lima pemacu 2.5-inci untuk storan setempat dan beroperasi dengan memori berterusan (PMem) 200 siri Intel® Optane™ bagi menyediakan kuasa pengkomputeran yang unggul, kapasiti memori yang lebih besar dan konfigurasi yang lebih fleksibel.
Pelayan Huawei FusionServer Pro 2488H V6 yang telah disahkan secara teknikal oleh integrasi pusat data disesuaikan (TDI) SAP HANA dan diperakui oleh SAP HANA Appliance dan SUSE YES pada bulan Julai dan Ogos 2020, merupakan anggota baharu dalam rangkaian Huawei FusionServer Pro bersama penyelesaian SAP HANA. Memulakan kerjasama dengan SAP sejak tahun 2012, Huawei mengumpul pengalaman yang banyak dengan penyelesaian SAP HANA. Penyelesaian Huawei SAP HANA kini diaplikasikan dalam lebih 25 industri, termasuk pembuatan, tenaga, peruncitan, kewangan, pengangkutan dan pendidikan.
Dengan popularisasi teknologi seperti 5G, AI dan IoT, permintaan yang semakin meningkat terhadap pemprosesan data ialah sesuatu yang dijangkakan. Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya seperti Intel, SAP serta SUSE dan melancarkan produk dan penyelesaian yang inovatif serta kompetitif dengan prestasi dan kualiti lebih tinggi, menerajui gelombang digital global dan memudahkan transformasi digital perusahaan.
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20200925/2927620-1?lang=0