omniture

Pendapatan bernilai 56 Juta Dolar: Persidangan Pembangunan Industri Lemon Dunia Kedua Bermula di Anyue, China

China News Service
2020-09-27 10:39 507

ZIYANG, China, 27 September 2020 /PRNewswire/ -- China News Service melaporkan: Persidangan Pembangunan Industri Lemon Dunia (WLIDC) kedua bermula pada hari Isnin di Anyue, pengeluar lemon terbesar China, dengan pesanan bernilai 56 juta dolar di pameran perdagangan.

Lemon Anyue
Lemon Anyue

Yang Xiubin, ketua jabatan pertanian wilayah Sichuan, mengatakan bahawa nilai eksport lemon Anyue meningkat tiga kali ganda tahun ini, sementara nilai jenama mencapai 2.6 bilion dolar. "Ia mengagumkan apabila melihat pertumbuhan urus niaga seperti ini di tengah-tengah pandemik ini," kata Yang dalam ucapan beliau.

Lemon Anyue telah dilindungi di pasaran EU sebagai satu GI makanan pertanian, yang dikeluarkan dalam perjanjian dua hala 2019 mengenai petunjuk geografi antara EU dan China pada tahun 2019. "Penandatanganan perjanjian EU-China mengenai GI menandakan kepentingan lemon Anyue di pasaran antarabangsa," kata Yang.

Naib Presiden Uganda, Edward Ssekandi menguntukan satu video untuk menyampaikan ucapan perasmian majlis WLIDC. Ssekandi menggesa untuk mempercepatkan pertukaran pengalaman penanaman lemon masa hadapan antara kedua-dua negara dan untuk memperkenalkan jenis-jenis lemon Anyue yang diperbaiki.

"Lemon juga merupakan buah yang biasa di Itali," Malavasi Luca, datuk bandar Quistello, Itali berkata dalam talian. "Saya sangat berharap WLIDC akan menjadi peluang untuk kedua-dua pihak mempererat kerjasama dalam pertanian."

Persidangan ini, yang dianjurkan oleh kerajaan Cina di bawah tema "Mengenali Lemon Terbaik di seluruh Dunia", dan ia merupakan usaha untuk membina kepimpinan Anyue dalam pasaran lemon global, kata pejabat perbandaran Ziyang.

Anyue ialah salah sebuah daripada lima pangkalan penghasilan lemon utama di dunia, dan memiliki 80% bahagian pasaran lemon di China.

Wu Xu, Datuk Bandar Ziyang, berkata bahawa lemon Anyue adalah keajaiban dalam industri pertanian China. "Lemon Anyue ialah momentum penting dalam perniagaan pertanian Sichuan, dan menyumbang kepada ekonomi Bandaraya Ziyang."

Dengan pelaksanaan Inisiatif Jalan dan Jalur, Anyue akan merebut lebih banyak peluang kerjasama antarabangsa, kata Wu.

Sekolam lemon Anyue
Sekolam lemon Anyue

 

Wu Xu berucap pada persidangan tersebut
Wu Xu berucap pada persidangan tersebut

 

Source: China News Service
Keywords: Agriculture Food/Beverages Organic Food Trade show news